| kemasyarakatan | hal-hal mengenai masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kemasyarakatan | keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ilmu kemasyarakatan | sosiologi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| biadat | tidak bersifat kemasyarakatan (tidak suka bergaul dgn orang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| feudalisme | (féudalisme) 1. sistem kemasyarakatan yg dikuasai oleh kaum bangsawan; 2. sistem pembahagian tanah kpd kaum bangsawan di Eropah pd zaman dahulu (dgn kaum petani yg mengusahakan tanah diwajibkan memberikan khidmat kpd kaum bangsawan yg menjadi tuan punya tanah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sosiopolitik | berkaitan dgn atau melibatkan faktor kemasyarakatan dan faktor politik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sosiopolitik | berkaitan dgn atau melibatkan faktor-faktor kemasyarakatan dan politik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sosio- | awalan asing berkaitan dgn faktor sosial (kemasyarakatan), mis sosioekonomi dan sosiopolitik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sosioekonomi | /sosioékonomi/ berkaitan dgn atau melibatkan faktor kemasyarakatan dan faktor ekonomi: kajian-kajian ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sosio- | awalan yg berkaitan dgn faktor sosial atau kemasyarakatan, mis sosioekonomi dan sosiopolitik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |