| terdengih-dengih | kembang kempis dadanya (spt orang yg memikul barang yg sangat berat), mengeluarkan bunyi dengih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dengih | bunyi spt bunyi orang menahan kesakitan (biasanya senak perut), bunyi spt orang sesak nafas; terdengih-dengih kembang kempis dadanya (spt orang yg memikul barang yg sangat berat), mengeluarkan bunyi dengih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kembang I | 1. mekar terbuka (kuntum bunga), menjadi terbuka atau terbentang (bkn sesuatu yg kuncup atau terlipat spt payung, layar, dll): bunga yg telah ~; 2. menjadi besar atau luas (naik atau muai dsb): kepingan besi itu ~ setelah dipanaskan; adunan kuih itu dibiarkan beberapa jam supaya ~; 3. menjadi luas (maju dsb); ~ hatinya besar hatinya, berasa sukacita, menjadi girang atau gembira hatinya; ~ hidung berasa bangga (kerana dipuji, dimuliakan, dsb); ~-kembut memancar-mancar dan mengedip-ngedip; ~ rabu girang, gembira; ~ tengkuk berasa berdiri bulu roma (spt seseorang yg terlihat sesuatu yg menakutkan atau mengerikan), seram bulu tengkuk (kerana ketakutan); berkembang 1. kembang (terbuka atau terbentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; berkembangan berkembang (mekar) merata-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dsb): di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yg ~ semerbak baunya; maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah; mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; mengembangkan 1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyukakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, tersebar, dsb), memajukan, meluaskan, menyebarkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganutnya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh; memperkembangkan menjadikan makin berkembang, mengusahakan supaya berkembang dgn lebih luas (lebih pesat dsb): bahasa Malaysia perlu dirancang dan dibina serta diperkembangkan dgn rapi; terkembang terbuka menjadi lebar (bkn payung dll), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dsb): surat khabarnya ~ di hadapannya; maka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan; kembangan keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang; perkembangan perihal (proses dsb) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; pengembangan 1. perihal mengembang (menjadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera; pengembang orang yg mengembangkan (memperluas pengaruh dsb): pengaruh drpd kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dgn Za’ba sbg ~nya; ~ agama orang yg mengembangkan agama (dgn menyebarkan ajarannya dan menambah bilangan penganutnya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ibu I | 1. orang yg melahirkan kita, emak: tiap-tiap bulan, dia mengirim wang kpd ~nya di kampung; 2. panggilan hormat terhadap wanita yg telah berumur atau wanita yg bersuami: kaum ~ dipersilakan duduk di hadapan; 3. bahagian yg besar (induk, utama, pusat, dll) drpd sesuatu (spt pejabat dll); rumah ~ bahagian yg besar atau bahagian tengah sesebuah rumah; 4. ki inti: surah al-Fatihah sbg ~ kpd al-Quran; ~ afrit ketua dlm satu kumpulan budak-budak nakal; ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur; ~ haruan orang yg suka mengusik atau menyakat orang lain (biasanya kanak-kanak); ~ jari = ~ tangan jari yg besar antara jari-jari tangan; ~ kaki jari yg besar antara jari-jari kaki; ~ kandung ibu yg sebenar; ~ keladi orang tua yg masih berkelakuan spt orang muda-muda; ~ kelung gajah betina yg digunakan utk memikat gajah liar; ~ kota = ~ negara = ~ negeri bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; ~ kuih ragi (benda yg dibubuh dlm adunan supaya kuih naik); ~ mentua ibu kpd isteri (suami); ~ mutiara bahan yg keras, licin dan berkilat yg menjadi lapisan atau selaput kulit tiram terutamanya digunakan utk membuat butang, barang perhiasan, dll; ~ panah busar; ~ pasir pasir yg kasar-kasar; ~ pejabat pejabat besar; ~ pemalas orang yg sangat malas; ~ pembohong orang yg selalu bercakap bohong; ~ pertiwi negeri tempat tumpah darah (negeri sendiri); ~ roti sj yis yg menjadikan doh roti naik, kembang dan gebu; ~ saraf pusat urat saraf; ~ saudara adik perempuan atau kakak kepada ibu (bapa) kita; ~ sawat (telekom) pusat suis atau pensuisan yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon: kegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh operator di ~ sawat telekom; ~ sungai sungai besar yg mempunyai beberapa buah anak sungai; ~ suri bonda raja; ~ susu perempuan yg menyusui seseorang kanak-kanak yg bukan anaknya sendiri; ~ tangga kayu (buluh) tempat anak tangga dipakukan atau diikat; ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb; spt anak ayam kehilangan ~ prb rakyat yg berpecah-belah atau hilang akal kerana kehilangan pemimpin (kesusahan kerana bercerai dgn sahabat karib); beribu 1. mempunyai ibu; 2. menganggap sbg ibu; beribukan mempunyai sbg ibu: isteri yg ~ orang berharta; keibuan sifat-sifat ibu, kewanitaan: perasaan ~ memang cepat tumbuh di kalangan anak-anak perempuan; peribuan perindukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cindai I | 1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bunga I | 1. bahagian tumbuhan utk pembiakan, biasanya berwarna terang dan berbau harum: ~ jambu; ~ melati; ~ raya; 2. lukisan (pd kain dll); ~ pamor lukisan pd keris kerana waja putih yg ditempa pd bilah keris; 3. = ~ tayar bahagian permukaan tayar yg rupanya spt hiasan (ukiran atau corak); 4. = ~ wang bayaran (tambahan) yg dikenakan ke atas atau diperoleh drpd wang yg dipinjamkan, keuntungan kerana meminjamkan wang, faedah, anak wang: ~ yg dikehendaki oleh pinjaman Amerika sebanyak 5% itu seharusnya tidak perlu; 5. ki sesuatu yg dianggap cantik (indah dll) yg dapat disifatkan spt kembang: kecantikan parasnya sudah cukup utk menjadikan dia ~ majlis dlm perkumpulan; 6. alamat atau tanda akan bermulanya sesuatu peristiwa dll: pengetahuan yg diperolehnya itu subur mengeluarkan bukan setakat ~-~ kekacauan malah menghasilkan juga penyelewengan; ~ angin ribut permulaan; ~ api a) nyala api yg berterbangan (meloncat); b) = kembang ~ sj mercun yg mengeluarkan api yg merupakan bunga (lukisan dll); ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd kiasan (simpulan bahasa dan peribahasa) utk memperindah percakapan; ~ baki hutang (Eko) bunga atau bahagian pinjaman yg belum dilunaskan; ~ bangsa pemuda harapan bangsa; ~ barah (puru, kusta) bintik putih-putih pd kulit tanda mulai dihinggapi penyakit barah dll; ~ betina bunga yg berpistil sahaja; ~ biasa = ~ tepat bunga mudah yg dikira berdasarkan 360 hari setahun; ~ bibir a) kata-kata yg manis; b) buah mulut; ~ buatan bunga yg dibuat drpd kertas (plastik dll); ~ butang sj tumbuhan (herba), pokok serunai, serunai laut, Wedelia bifiora; ~ dua jantina bunga yg stamen dan pistilnya terdapat pd kuntum bunga yg sama; ~ dulu betina bunga yg pistilnya lebih dahulu masak drpd stamen; ~ dulu jantan bunga yg stamennya lebih dahulu masak drpd pistil; ~ jantan bunga yg berstamen; ~ karang sj tumbuh-tumbuhan pd karang; ~ kehidupan kesenangan hidup; ~ kekasar sj tumbuhan (pokok yg berbuah), gajus (kajus), jambu monyet (golok, iros, terung), Anacardium occidentale; ~ kertas a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan rambut dll); b) sj tumbuhan (pokok yg berbunga), Bougainvillea spp.; ~ ketar bunga kertas pd dawai (perhiasan rambut pengantin perempuan); ~ kuku bahagian yg putih pd pangkal kuku; ~ kundai (sanggul, sisir) bunga buatan utk perhiasan kundai (sanggul, sisir); ~ lagu patah lagu yg biasanya terletak di hujung rangkap sesebuah lagu supaya iramanya lebih merdu; ~ (se)lengkap sekuntum bunga yg mempunyai salut, ranggi, stamen dan pistil; ~ mas a) bunga yg dibuat drpd emas; b) sj bunga drpd emas yg dahulu diberikan oleh Sultan Kedah sbg ufti kpd raja Siam; ~ mudah (Eko) bunga yg dikira dgn mendarabkan kadar bunga tahunan dgn jumlah pokok; ~ padi a) bunga pokok padi; b) sj jahitan; ~ pasir pasir halus-halus yg terapung di permukaan air; ~ pending tepi pd bakul; ~ rampai a) beberapa jenis bunga harum yg dicerai-ceraikan kelopaknya dan dicampur dgn daun pandan yg dihiris halus halus; b) kumpulan cerita yg baik-baik; c) lagu-lagu pilihan; ~ raya a) sj tumbuhan (pokok dan bunganya), kembang sepatu, Hibiscus rosa sinensis; b) perempuan jalang; ~ sejantina bunga yg stamen dan pistilnya terdapat pd kuntum bunga yg berlainan; ~ sena a) bunga pokok sena; b) Kl nira nyiur sewaktu mulai menggelegak (pd masa membuat gula melaka); ~ serunai a) bunga teluki; b) sj tumbuhan yg berbunga kuning, Weldelia biflora; c) Ml cincin yg dibawa sewaktu pergi meminang sbg tanda bertanya; ~ sinar ranggi pd jenis bunga matahari; ~ sirih Pl sirih pengantin; ~ tanah lapisan tanah sebelah atas yg subur; (akar) ~ tanjung sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perah, akur, Illigera appendiculata; ~ telur telur yg dihadiahkan kpd tetamu yg hadir dlm sesuatu majlis perkahwinan (biasa diberi bertangkai dan disertai dgn hiasan bunga atau diberi berbekas); ~ bukan sekuntum = kalau ~ tidak sekuntum = ~ tak sekaki, kumbang tak seekor prb laki-laki atau perempuan itu tidak seorang sahaja di dunia ini; ~ dipersunting, sudahnya akan layu prb sesuatu yg dipakai akhirnya akan buruk (masih baru dikasihi, sudah lama terbuang); ~ dipetik, perdu ditendang = ~nya dipersunting, pangkalnya diberaki prb isteri dikasihi, mentua dibenci (gemar akan hak orang, tetapi orang itu dibenci); ~ gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur prb setiap manusia akan mati (baik muda mahupun tua); ~ kembang berbalik kuncup prb mula-mula mahu menurut, kemudian ingkar; ~ yg harum itu ada durinya prb yg megah itu ada juga celanya; ~ yg layu balik kembang prb tatkala ternyata kebenaran seseorang yg tertuduh; buang ~ ke jirat prb berbudi kpd seseorang yg tidak mengenang (memerlukan) budi orang; di mana ~ yg kembang, di situ kumbang yg banyak prb di mana ada perempuan cantik, di situ ramai laki-laki; kalau dicampak ~, tak akan dibalas dgn tahi prb kalau kita berbuat baik kpd orang, tidak akan dibalasnya dgn kejahatan; laksana ~ dedap, sungguh merah berbau tidak prb orang yg elok dan tampan tetapi tiada berbudi; laksana kera dapat ~ prb tiada dapat menghargai barang yg bagus; lempar ~ dibalas dgn lempar tahi prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; sayang ~ layu di pohon prb perihal seorang gadis yg tiada bersuami hingga tua; sebab kasih akan ~ setangkai, dibuang ~ seceper prb kerana kasih seseorang disia-siakan orang yg banyak; umpama kasihkan ~ seceper, terbuang ~ sekaki prb kerana kasihan kpd orang banyak, disia-siakan kaum yg seorang; spt ~, sedap dipakai layu dibuang prb dikasihi semasa muda, dibenci apabila tua (perempuan dll);bunga-bungaan 1. berbagai-bagai jenis bunga: ditanamnya kayu-kayuan dan ~; 2. bunga buatan (lukisan dll); 3. pemolek (hiasan): pertuturan yg penuh dgn ~; berbunga 1. mempunyai (mengeluarkan) bunga: pokok durian sudah mulai ~; 2. = berbunga-bunga berhias dgn gambar atau lukisan bunga: kain hitam ~ merah; 3. = berbunga-bunga mengandungi (terhias dgn) kata-kata yg indah: bahasanya ~; 4. ki berhias (disertai) dgn: wajahnya ~ senyuman yg manis; 5. mendapat (menghasilkan, mengenakan) bunga atau bayaran faedah: pinjaman yg tidak ~; 6. (sudah) menampakkan tanda (akan terjadi, akan berhasil, dll): segala usaha dan jerih kita sudah ~; 7. ada bunganya (bkn tayar): keempat-empat tayarnya masih ~; 8. bertanda corak timbul (yg dibuat dgn mesin): getah asap ~; membunga 1. menyerupai bunga; 2. membuat corak timbul (pd getah keping) dgn menggunakan mesin; membungai 1. = membunga-bungai menghias dgn bunga, memperelok dgn bunga; 2. memberi bunga (wang dll); 3. menghias: setiap wajah dibungai senyuman; membungakan meminjamkan dgn syarat mendapat bunga: ~ wang; memperbungakan membungakan (wang); kebungaan bentuk hiasan yg berbunga: perhiasan digabungkan dgn latar belakang dekoratif ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lenyap | 1. tidak kelihatan lagi, ghaib, hilang: maka jurumudi anak orang Pulau Laut sudah ~ tidak ternampak lagi; maka ia berjalan ke darat lalu ~; 2. lena (tidur), nyenyak: ~ benar budak Ibrahim itu tidur; 3. sl jatuh hati, kasih: maka apabila dilihat oleh si Kembang Cina akan keelokan Awang Sulung Merah Muda yg teramat sangat itu ~lah ia kepadanya; ~ daratan hilang akal, lupa akan dirinya; melenyap menjadi lenyap: ia umpama kunang-kunang yg timbul sekali-sekala dan kemudian ~ dan dilupakan; melenyapkan menghilangkan, memusnahkan, merosakkan: ia berasa bimbang agama Islam akan ~ kekuasaannya yg besar itu; ~ angan-angan; kelenyapan perihal lenyap, kehilangan, kemusnahan; pelenyapan perihal (proses) melenyapkan sesuatu, penghapusan, penghilangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menaikkan | 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ perbekalannya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangatnya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah menyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (memberanikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| taruh | 1. wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: tidaklah berani orang Kemboja me-lawan ayam Raja Chulan sebab ayamnya sangat bertuah konon, lagipun ~nya terlalu besar; 2. cagaran utk barang yg digadai dll, sandaran, tanggungan: diberikannya gelang emasnya sbg ~; 3. bp = menaruh menempatkan, meletakkan, membubuh: tempat ~ basikal; 4. bp = menaruh menyimpan: saya ada ~ satu bungkusan surat kepunyaan saudara saya; ~ beras dlm padi prb menyimpan rahsia baik-baik; ~ mata melihat, memerhatikan, meng-awasi; ada beras ~ dlm padi, ada ingat ~ dlm hati prb kalau ada sesuatu cita-cita yg diingin-kan tidak perlulah dikhabarkan kpd orang sebelum dikerjakan; tidak dapat ~ muka malu melihat (dilihat) orang;bertaruh 1. memasang taruh (dlm perjudian), bertagan: adakah orang hendak menyabung ~ begitu kecil? 2. memastikan (menjamin) dgn membubuh taruh: saya berani ~ mereka itu masih bersekolah; ~ sirih menghantar sirih utk menempah bidan; bertaruhan saling memasang taruh (dlm perjudian), saling bertagan: mereka secara berkelakar ~ seorang dua puluh lima ringgit; bertaruhkan 1. bertaruh (bertagan) dgn, me-masang taruh dgn: mereka ~ wang; 2. sl menyerahkan supaya dididik, menyuruh me-melihara, mengamanahkan, menitipkan: maka Bendahara pun ~ anak raja itu kpd saudagar itu; menaruh 1. meletakkan, menempatkan: ada sebuah rumah batu tempat ~ barang dagangan; 2. membubuh, menambah: lemang itu lebih sedap rasanya jikalau ditaruh banyak santan kelapa; 3. memberi atau membubuh (nama dll): maka ditaruhnya nama anaknya itu Syeikh Abdul Kadir utk mengambil berkat nama bapanya; 4. menentukan atau meletak-kan (harga): harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi; 5. memasang taruh, bertaruh: dia ~ lima ringgit dgn kawannya dlm perlawanan tinju itu; 6. menyuruh simpan (bela, pelihara), mengamanahkan, menitip: murid-murid boleh ~ basikal mereka di sini; 7. menyimpan (wang dll), menabung (wang), menanam (modal): mereka digalakkan supaya ~ wang di dlm bank tersebut; 8. memelihara (binatang dll), membela: adalah Raja Iskandar Shah itu ~ seorang gundik; 9. memiliki, mempunyai: anakanda hendak mencari orang yg ~ burung borak; 10. menyimpan (dlm hati), merahsiakan sesuatu: dia itu tidak boleh dipercayai kerana tidak pandai ~ rahsia; 11. mempunyai perasaan (kasih, sayang, cinta, dendam, benci, dll), mempunyai (minat, kepercayaan, dll): ada juga seorang dua yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya ini; 12. tidak menggunakan (barang-barang), menyimpan: bagaimana datuk ini bagai pak si Bendul, diberi raja usungan ditaruh?~ bimbang berasa bimbang; ~ dendam ber-perasaan dendam; ~ fikiran mempertimbangkan; ~ hati mencintai, suka kpd; ~ kasihan berasa kasihan; ~ keberatan berasa enggan; ~ mata melihat, memerhatikan; ~ perhatian memberi perhatian; ~ syak berasa syak (curiga, waswas);menaruhi 1. menaruh (meletakkan, me-nyimpan, dll) di; 2. memasang taruh pd: dia ~ ayam putih itu;menaruhkan menaruh atau menyimpan utk orang lain;mempertaruhkan 1. menyuruh orang lain menyimpan (menyelenggarakan, menjaga, dll), mengamanahkan (kpd), menitipkan: ia hendak ~ anak cucunya kpd aku; 2. menye-rahkan (jabatan, pekerjaan, dll) kpd: sudah tiba masanya utk ~ jawatan itu kpd seorang yg lebih muda; 3. mencagarkan, meng-gadaikan: kerismu itu cukup utk dipertaruh-kan dgn rialku seratus ini; 4. memasang sbg taruhan (dlm perjudian): raja itu ~ negerinya dlm persabungan; 5. menyabung nyawa, mengorbankan (nyawa dll): dia sanggup ~ jiwanya utk menjaga nama baik keluarga-nya; 6. = menaruh menanam modal (dlm pasaran saham): dgn ~ RM2000 dlm stok, kamu boleh mendapat mendapat keuntungan yg banyak; taruhan 1. = pertaruh, petaruhan wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: 50 sen sahaja ~ saya pd nombor 21; 2. sesuatu yg disuruh simpan (selenggara dll), titipan; 3. cagaran, gadaian: adat orang berhutang, tiada ~ ditangguh, tiada tangguhan cagaran, tiada cagaran ikutkan; 4. simpanan: wang ~; 5. (barang) yg hanya dipakai utk sesuatu upacara (spt pesta, majlis perkahwinan, dll): ayuhai Kembang, inilah kain ~ beta; 6. pengorbanan (nyawa dll), sabungan nyawa: termakan budi besar celakanya, kadang-kadang nyawa dan badan jadi ~nya; 7. (anak) yg dicintai (dikasihi): segala anak-anak dara ~ sekaliannya ber-terpaan hendak melihat Raja Zainal; anak ~; gadis ~ gadis pingitan; 8. hadiah yg ditawar-kan (kpd orang yg menangkap pengganas dll); pertaruhan 1. perihal bertaruh; 2. = pena-ruhan tempat menaruh, tabungan: bertahun-tahun kemudian, barulah wang itu keluar drpd ~, kadang-kadang utk belanja ke sekolah; 3. simpanan, titipan; berpenaruhan ark berada, berharta, kaya; pertaruh 1. sesuatu yg dipertaruhkan (cagaran, tanggungan, dll); 2. titipan: adapun ~ akulah anak kita Hussain kpd Bendahara; 3. nasihat (ajaran) yg baik; 4. amanat, pesanan, wasiat: segala ~nya itu dijalankan; petaruh orang yg bertaruh; berpetaruh 1. memberi petaruh, menasihat; 2. berpesan, berwasiat: dia ~ benar melarang orang menyentuh barang itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| petaruhan | wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: 50 sen sahaja ~ saya pd nombor 21; 2. sesuatu yg disuruh simpan (selenggara dll), titipan; 3. cagaran, gadaian: adat orang berhutang, tiada ~ ditangguh, tiada tangguhan cagaran, tiada cagaran ikutkan; 4. simpanan: wang ~; 5. (barang) yg hanya dipakai utk sesuatu upacara (spt pesta, majlis perkahwinan, dll): ayuhai Kembang, inilah kain ~ beta; 6. pengorbanan (nyawa dll), sabungan nyawa: termakan budi besar celakanya, kadang-kadang nyawa dan badan jadi ~nya; 7. (anak) yg dicintai (dikasihi): segala anak-anak dara ~ sekaliannya ber-terpaan hendak melihat Raja Zainal; anak ~;; 8. hadiah yg ditawar-kan (kpd orang yg menangkap pengganas dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |