Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bd keluarga diraja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kerabat (kata nama)
Bersinonim dengan sanak saudara, kadim, saudara-mara, keluarga terdekat, kaum, famili;,
Kata Terbitan : berkerabat, perkerabatan, sekerabat,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kerabat dirajabd keluarga diraja;Kamus Dewan Edisi Keempat
DKkep Darjah Yang Utama Kerabat Diraja (yg dianugerahkan oleh seseorang raja kpd raja lain atau kpd seseorang anggota kerabat baginda).Kamus Dewan Edisi Keempat
kerabat IAr 1. sanak saudara, saudara-mara, keluarga: ia menjadi tabib bagi ~ diraja; kaum ~ saudara-mara; 2. dekat (rapat) dlm perhubungan kekeluargaan; ~ diraja bd keluarga diraja; berkerabat ada hubungan kekeluargaan, ber­saudara: aku memang sedia menolong orang yg ~ dgn aku; kekerabatan yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan: jelaslah kpd kita bahawa sesuatu masyarakat itu tersusun drpd hubungan dan ikatan ~; perkerabatan perhubungan (pertalian) ke­keluargaan, persaudaraan.Kamus Dewan Edisi Keempat
keluarga1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hidup­hidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia; berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hu­bungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas