| juruukur | orang yg kerjanya mengukur tanah; ~ bahan orang yg kerjanya menganggarkan kos bahan dan buruh yg diperlukan utk sesuatu kerja pembinaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| andam I | ; ~ surai anak rambut yg dipepat; mak ~ a) perempuan yg mengandam (memepat serta mencukur rambut di dahi) pengantin perempuan; b) perempuan yg kerjanya menyolek pengantin; pak ~ orang lelaki yg kerjanya spt mak andam; tukang ~ orang yg kerjanya mengandam pengantin (mak andam ataupun pak andam); bagai anak dara mabuk ~ prb dikatakan kpd orang yg kelihatan letih lesu dgn tidak berpenyakit; berandam 1. memepat rambut di dahi, memepat janggut; 2. mempunyai rambut (janggut) yg dipepat; mengandam memepat dan menjadikan kemas (rambut, janggut, dll); ~ pengantin mengandam dan mencantikkan pengantin (dgn menyolek muka, mendandan rambut dll); andam-mengandam hal yg berkaitan dgn mengandam: Milah hendak belajar ~; andaman hasil mengandam: ~ rambutnya menarik; pengandam tukang andam (mak andam ataupun pak andam). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tukang | 1 orang yg pandai dlm sesuatu pekerjaan tangan: ~ kayu orang yg pandai membuat sesuatu (meja, kerusi dll) drpd kayu. 2 orang yg kerjanya membuat atau mengurus sesuatu yg tertentu: ~ kasut; ~ jam. ~ andam orang yg pandai mengandam pengantin (perempuan). ~ emas orang yg pandai membuat barang-barang perhiasan dll drpd emas. ~ gambar orang yg kerjanya mengambil gambar dgn kamera. ~ gunting orang yg kerjanya menggunting rambut. ~ jahit orang yg kerjanya menjahit baju dll dgn mengambil upah. ~ karut orang yg paling penting dlm persembahan dikir barat, yg menyampaikan lagu dan pantun secara spontan dan agak rancak. bertukang mengerjakan pekerjaan tukang: Bapanya sedang ~ di dapur. tukang-menukang segala yg berkaitan dgn pekerjaan tukang. menukangi mengerjakan sesuatu sbg tukang: Ia ~ kerusi yg patah itu. pertukangan 1 pekerjaan atau perbuatan bertukang: sekolah ~ sekolah utk melatih seseorang menjadi tukang. 2 perihal atau perkara yg berkaitan dgn tukang-menukang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| ternak | , = ternakan binatang spt kuda, lembu, atau kerbau yg dipelihara: Kerjanya bercucuk tanam dan memelihara ~. berternak memelihara binatang, spt lembu, kambing: Pd anggapan mereka, bertani lebih mendatangkan keuntungan drpd ~. menternak memelihara ternak supaya biak (banyak); membiakkan ternak: Mereka ~ kambing dan lembu utk dijual. penternakan perbuatan atau hal menternak binatang. peternakan tempat menternak binatang. peternak orang yg kerjanya berternak. penternak orang yg menternak binatang: ~ lembu dan kambing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| wartawan | orang yg kerjanya menulis rencana atau berita utk surat khabar dll: ~ bebas wartawan yg bebas menulis utk sebarang akhbar atau majalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| penenun | orang yg kerjanya menenun kain dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| petani | orang yg kerjanya bercucuk tanam atau bertani. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| penambang | orang yg kerjanya mengangkut penumpang dgn perahu tambang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| penyunting | orang yg kerjanya menyunting (karangan atau filem): Ayah saya bekerja sbg ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| penyelam | orang yg kerjanya menyelam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |