| kanun | undang-undang; hukum; peraturan: ~ adat hukum adat. ~ jenayah kanun keseksaan. ~ keseksaan undang-undang yg termaktub yg berhubung dgn perbuatan jenayah dan hukumannya. berkanun diluluskan oleh undang-undang; menurut undang-undang yg diluluskan oleh Parlimen. badan ~ badan (spt Dewan Bahasa, MARA, UDA) yg ditubuhkan oleh kerajaan dgn kelulusan Parlimen utk menyelenggarakan sesuatu dgn mendapat bantuan kewangan drpd kerajaan. menganunkan menjadikan undang-undang: Bahasa Melayu telah dikanunkan sbg bahasa rasmi negara ini. terkanun telah dijadikan undang-undang; termaktub dlm undang-undang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| derita I | kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb) yg dialami: sejak dia ditahan, keluarganya menanggung ~ kesengsaraan; menderita 1. menanggung kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb): dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; 2. = menderitai menanggung, mengalami: orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yg teruk; kerugian yg mereka deritai amatlah banyak; menderitakan membuat seseorang mengalami derita; terderita, terderitakan dapat dideritai (ditanggung), tertanggung, tertahan: bukan main sedihnya, tidak ~ sesalnya; deritaan perkara yg diderita (spt kesakitan, kesusahan, dll): ~nya kali ini lebih berat drpd yg sudah-sudah; penderitaan 1. perihal menderita, penanggungan: ingin dia mengadukan ~ batinnya itu kpd kawannya; 2. deritaan; penderita 1. orang yg menderita; ~ cacat orang yg cacat; ~ sakit paru-paru orang yg menghidap sakit paru-paru; 2. Id pelengkap (benda) yg menjadi tujuan kata kerja (perbuatan) dlm ayat: dlm ayat ‘dia menyepak bola’, ‘bola’ ialah ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kanun keseksaan | undang-undang yg termaktub yg berhubung dgn perbuatan jenayah dan hukumannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kanun keseksaan | undang-undang yg termaktub berhubung dgn perbuatan jenayah dan hukumannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kanun jenayah | kanun keseksaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menderita | 1. menanggung kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb): dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; 2. = menderitai menanggung, mengalami: orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yg teruk; kerugian yg mereka deritai amatlah banyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kanun | undang-undang, hukum, peraturan; ~ adat hukum adat; ~ jenayah kanun keseksaan; ~ keseksaan undang-undang yg termaktub berhubung dgn perbuatan jenayah dan hukumannya; berkanun ditubuhkan, dibenarkan dsb mengikut statut atau undang-undang tertentu: organisasi itu merupakan sebuah badan ~; mengkanunkan menjadikan undang-undang, mewujudkan (mengiktiraf dsb) menerusi penggubalan undang-undang: Bahasa Melayu telah dikanunkan sbg bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yg tunggal; terkanun termaktub dlm undang-undang, telah dijadikan undang-undang; pengkanunan perihal (tindakan, proses, dsb) mengkanunkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |