Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
simpul
Kata Terbitan : menyimpul, menyimpulkan, tersimpul, simpulan, kesimpulan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mendudukkan1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anak­nya dan ~nya di atas ribanya; 2. men­dapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anak­anda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri;Kamus Dewan Edisi Keempat
kesimpulan1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhan­nya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pen­dapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanak­kanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara;Kamus Dewan Edisi Keempat
natijahAr keputusan (dr sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik ~nya; ~ drpd perkembangan ekonomi kolonial spt itu amat buruk padahnya kpd masyarakat Melayu; menatijahkan mendatangkan natijah, meng­­akibatkan: pembangunan yg tertumpu pd aspek materialistik semata-mata hanya akan ~ kehancuran sesuatu peradaban; ke­ada­-an ini akan ~ perkembangan yg tidak se­imbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
mampu1. sanggup (dapat, kuasa) melakukan sesuatu: ramai ibu bapa yg tidak ~ membeli seluar baju utk anak mereka; 2. kaya, berada: awak orang ~; memampukan membolehkan: jumpaan teks ini ~ kita membuat kesimpulan berikut; kemampuan 1. kesanggupan (utk melaku­kan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan; berkemampuan 1. mempunyai kesang­gupan (kebolehan, kekuatan); 2. mempunyai kekayaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
gamakpendapat yg dibuat dgn hanya mengagak atau menyangka saja; agak: Inilah rumah Pak Cik Ali ~nya. menggamak 1 memegang-megang dgn tangan kerana hendak mengagak berapa beratnya atau besarnya: Selepas ~ kalung itu, ia meminta supaya harganya dikurangkan sedikit. 2 membuat kesimpulan berdasarkan tekaan atau sangkaan semata-mata; mengagak. 3 memegang-megang sesuatu utk mengancam: Dia berkata-kata dgn keras sambil ~ hulu kerisnya. tergamak sanggup melakukan sesuatu; sampai hati: Masakan dia ~ menghampakan harapan ibunya. tidak ~ a. tidak dpt diteka atau diagak. b. tidak sampai hati; tidak sanggup.Kamus Pelajar Edisi Kedua
duduk1. beristirahat di atas punggung (spt bersila, bersimpuh, dll): saya terpaksa ~ di atas pokok itu sahaja; anak kecil itu ~ di atas pangkuan ibunya; 2. tempat letaknya: skru itu tidak betul ~nya, senget; 3. terletak, berada: sebuah lampu yg ~nya 3 meter dr lantai; rumah kediaman bapa Busu ~nya di hujung suatu lorong; 4. = kedudukan keadaan yg sebenarnya (bkn sesuatu hal dll): pekerjaan berternak kuda lain ~nya dgn bercucuk tanam; 5. tinggal (di), diam (di), menetap, berumah: maka ~lah dia di Sungai Baharu menjadi khatib; sudah bertahun-tahun mereka ~ di rumah itu; 6. terus berada (di sesuatu tempat), tinggal: malam itu selepas makan, Bakar ~ di biliknya spt biasa; 7. berkahwin, bernikah, bersatu: Tun Teja su­dahlah bertunangan dgn raja Pahang dan hampirlah akan ~; 8. hampas (kopi, teh, dll); 9. = terduduk termendak atau meng­endap (bkn serbuk kopi, teh, bauran, dll); 10. mempunyai tempat atau kerusi (di parlimen, majlis tertinggi, dsb), berada: dia adalah salah seorang wakil rakyat yg ~ dlm Majlis Ter­tinggi Keselamatan Dalam Negeri; 11. bp sedang (melakukan sesuatu): dia ~ termenung seorang diri; ~ menjahit (membaca, menulis, dll); ~ antara dua sujud duduk selepas sujud yg pertama (di dlm sembahyang orang-orang Islam); ~ berapit duduk di antara dua orang; ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn men­juntaikan kaki; ~ berlutut duduk dgn kaki dibengkokkan dan kepala lutut mengenai lantai, bertelut; ~ bernama bunga sekuntum duduk berlutut ketika mengangkat sembah; ~ bersila duduk dgn melipatkan dan menyi­langkan kaki; ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang; ~ bertindih lutut duduk di atas kerusi dgn sebelah lutut diletakkan di atas lutut yg satu lagi, bersila panggung; ~ bertinggung mencangkung; ~ perut mengandung; ~ berkelompok, tegak berpusu prb orang yg duduk pd tempat selayaknya dlm sesuatu majlis; ~ berkisar tegak berpaling prb mung­kir janji atau tidak menepati cakap; ~ di ambung-ambung taji prb orang yg selalu dlm kerunsingan; ~ di dlm tabir langit-langit ber­bau tembelang prb perempuan yg ber­kurung dlm rumah tetapi kejahatannya di­ketahui orang; ~ dlm duri yg banyak, ber­sandar di tiang rengas prb hidup yg serba salah kerana menghadapi bencana; ~ dgn cupak gantang prb ketua yg adil; ~ dgn sukatan prb orang yg kaya; ~ meraut ranjau, tegak meninjau jarak prb orang yg sentiasa membuat kerja; ~ sama rendah, berdiri (tegak) sama tinggi prb orang yg sama sedarjat; ~ sehamparan, tegak sepermatang prb orang yg sedarjat dlm adat; ~ seorang bersempit-sempit, banyak ber­lapang-lapang prb fikiran yg diperoleh drpd perbincangan lebih bernas drpd fikiran yg bersendiri; ~ spt kucing, melompat spt hari­mau prb orang pendiam yg tangkas bekerja dan berfikir; belum ~ sudah berlunjur meng­anggap sudah memperoleh atau me­miliki sesuatu perkara yg belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai atau bergirang dahulu sebelum maksud tercapai; jikalau kita ~ di atas ciau emas sekalipun, lamun hati tiada senang juga prb jika hati seseorang itu selalu susah dan resah, walau bagaimana senangnya tetap berduka juga; duduk-duduk berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok; berdudukan sedang duduk (di atas bangku, kerusi, dsb): orang-orang yg ~ di bangku-bangku panjang di ruang menunggu itu memandang ke arah mereka yg baru me­masuki ruang itu; menduduki 1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: bebe­ra­pa orang datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama tidak di­duduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dll: penye­rangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian: mereka telah ~ pe­pe­riksaan itu dlm bahasa Inggeris pd tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati se­seorang: pe­muda itu telah berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini; mendudukkan 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anak­nya dan ~nya di atas ribanya; 2. men­dapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anak­anda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri; terduduk 1. terjatuh duduk, duduk dgn tiba-tiba dan tidak sengaja; 2. mengendap atau terendap (serbuk kopi, teh, dll); kedudukan 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pe­labuh­an yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (ter­utama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenar­nya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya; sekedudukan 1. sama tarafnya (martabat­nya, darjatnya); 2. bersetubuh: ada suami yg terus membunuh laki-laki yg ~ dgn isterinya sendiri; bersekedudukan 1. bersetubuh: terasa loya tekaknya, kerana rasa getik dan jijik ~ dgn orang tua bangka itu nanti; 2. tinggal ber­sama (spt suami isteri) tanpa bernikah: Cik Mah dihadapkan ke Mahkamah Syariah di atas tuduhan ~ dgn Kandasamy selama 27 tahun sehingga mendapat sembilan orang anak; berkedudukan 1. mempunyai kedudukan (tempat letaknya), terletak, berada: jarum penimbang itu diganjakkan sehingga ~ betul-betul pd nombor 0; 2. mempunyai kedudukan (taraf, darjat, dsb), bertaraf, berdarjat, bermartabat: dia ~ tinggi di mata masyarakat; pendudukan perihal atau perbuatan men­duduki sesuatu daerah atau negara oleh kuasa luar (tentera dll): dlm masa ~ Jepun saya bekerja di Berita Malai; penduduk orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll): tidak ada seorang pun drpd ~ kampung itu yg berani keluar melihat pembunuhan itu; berpenduduk mempunyai penduduk: Malaysia ~ lebih drpd 14 juta orang dlm tahun 1984; kependudukan segala hal mengenai pen­duduk (sesuatu tempat, daerah, negeri, dsb): aspek ~ dibincangkan dlm simposium itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
gamakpendapat yg dibuat dgn hanya mengagak atau menyangka saja; agak: Inilah rumah Pak Cik Ali ~nya. menggamak 1. memegang-megang dgn tangan kerana hendak mengagak berapa beratnya atau besarnya: Selepas ~ kalung itu, ia meminta supaya harganya dikurangkan sedikit. 2. membuat kesimpulan berdasarkan tekaan atau sangkaan semata-mata; mengagak. 3. memegang-megang sesuatu utk mengancam:Dia berkata-kata dgn keras sambil ~ hulu kerisnya. tergamak sanggup melakukan sesuatu; sampai hati: Masakan dia ~ menghampakan harapan ibunya. tidak ~ a. tidak dpt diteka atau diagak. b. tidak sampai hati; tidak sanggup.Kamus Pelajar
asas1. alas, dasar, tapak (tempat berdirinya sesuatu bangunan): ~ rumah sudah siap; 2. sesuatu yg menjadi sandaran atau pendukung kpd sesuatu yg lain, sandaran bagi sesuatu perbuatan (tindakan, kesimpulan, tuduhan, dll), dasar: pemerintahan negara dgn sistem demokrasi sbg ~nya; tuduhan yg tidak mem­punyai ~; berasas mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yg tidak ~; ~ kpd = berasaskan;berasaskan menggunakan (bersandarkan) sesuatu sbg asas, berdasarkan: sistem ekonomi yg ~ kapitalisme; tuduhan yg ~ bukti yg nyata; mengasaskan 1. menyandarkan (meletak­kan) pd sesuatu sbg asas, mendasarkan: segala usaha diasaskannya pd kepentingan negara; 2. membangunkan (pd peringkat permulaan­nya), memulakan penubuhan, mendirikan: beliaulah yg ~ GPMS pd tahun 1954; terasasnya telah diasaskan: dr situlah ~ di­nasti ke-26;pengasasan perbuatan (proses dsb) meletak­kan sesuatu pd sesuatu asas: ~ prinsip kebebas­an ini amat penting; pengasas orang yg mengasaskan (memula­kan perubahan) sesuatu: pertubuhan itu tidak mencapai tujuan yg dikehendaki oleh ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
anggap I; menganggap memandang (sesuatu atau seseorang) sbg, berpendapat bahawa: mereka ~ dia orang yg tidak boleh diharap; buku itu dianggap paling penting utk mem­bantu pelajarannya; anggapan kesimpulan (sikap) terhadap se­seorang atau sesuatu, pandangan, pendapat, sangkaan: buku itu membayangkan ~ hidup orang-orang terpelajar; ~ umum pendapat umum; pd ~nya pd sangkaannya (pandang­annya); beranggapan mempunyai anggapan (bahawa), menyangka, berpendapat: mungkin ada orang yg ~ poster samalah spt hiasan dinding atau jambangan bunga.Kamus Dewan Edisi Keempat
timbang; ~ terima saling menerima; penyerahan dan penerimaan (ttg tugas, pekerjaan dll). bertimbang berimbang; berpadanan. bertimbang-timbang berfikir-fikir atau berkira-kira (ttg sesuatu). menimbang 1 menyukat atau mengukur berat sesuatu dgn menggunakan dacing dll. 2 memi­kirkan sesuatu perkara dgn sedalam-dalamnya utk menentukan baik bu­­ruk­nya: Dia harus ~ baik buruk perkara itu. mempertimbangkan 1 memikirkan atau merenungkan sesuatu utk membuat kesimpulan: Ahli-ahli jawatankuasa sedang ~ per­mohonan saudara utk menjadi ahli. 2 menyerahkan sesuatu supaya ditim­bang: Hal itu akan dipertimbangkan kpd pihak mahkamah. timbangan 1 hasil menimbang; imbangan: ~nya tidak tepat kerana alat penimbang itu rosak. 2 fikiran atau renungan ttg baik buruk sesuatu perkara dll. pertimbangan hasil mempertimbangkan; perkiraan; pendapat: Permintaan tuan itu akan diberi ~ oleh pihak atasan. pe­nim­­bangan per­buatan atau hal menimbang. pe­nim­bang 1 orang yg tugasnya menimbang. 2 alat utk menimbang. setimbang 1 sama beratnya. 2 sama kedudukannya atau sama darjatnya; sedarjat. 3 se­imbang (ttg hukuman dll); sepadan: Beliau telah menerima hukuman yg ~ dgn ke­jahatannya. menyetimbangkan men­jadikan setimbang (seimbang dsb). kesetimbangan keadaan atau hal setimbang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas