| kot-kot | Kd mungkin, kalau-kalau: ~ dia tersesat jalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkot | 1. mempunyai kot; 2. memakai kot: seorang lelaki ~ biru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kot I | sj baju tebal potongan Barat berlengan panjang dan biasanya terbuka di depan yg dipakai di luar baju kemeja: dibetul-betulkan tali lehernya dan disarungnya ~; berkot 1. mempunyai kot; 2. memakai kot: seorang lelaki ~ biru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kot II | katil bayi atau katil kanak-kanak yg mempunyai palang atau penghadang di kelilingnya supaya bayi atau kanak-kanak tidak jatuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kot I | baju berlengan panjang dan berbutang di bahagian hadapan (biasanya utk orang lelaki) yg dipakai di luar kemeja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kot III | bp katil bayi atau kanak-kanak yg berbentuk spt kotak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kot II | bp mahkamah pengadilan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kot | baju berlengan panjang dan berbutang di bahagian hadapan (biasanya utk orang lelaki) yg dipakai di luar kemeja. | Kamus Pelajar |
| baju jas | Id kot; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jaket | /jakét/ 1 sj kot pendek berlengan dan terbuka di bahagian depan atau boleh dizip, labuhnya hingga ke bahagian punggung. 2 balutan yg direka bentuk utk melindungi kulit buku. ~ keselamatan sj jaket tidak berlengan yg boleh dikembungkan, biasanya digunakan ketika kecemasan dlm air. berjaket memakai jaket: Emil ~ kulit berwarna hitam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |