Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kubur\

Puisi
 

Lang putih terbang ke kubur,
     Kembang bunga waktu pagi;
Adik putih bangun tidur,
     Macam bunga kembang pagi.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Menabur bunga di atas kubur.

Bermaksud :

Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membuang bunga ke jirat).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jiratbatu kubur; kubur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jiratbatu kubur; kubur.Kamus Pelajar
tuangkuark tuanku, tengku; ~ kubur ahli kubur (orang-orang yg telah meninggal dunia); ® tuanku.Kamus Dewan Edisi Keempat
sedekah kubura) kenduri selepas menge-bumikan mayat; b) sedekah yg di­berikan kpd orang-orang yg ada di kubur (pembaca talkin, penggali kubur, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
tuangku kuburahli kubur (orang-orang yg telah meninggal dunia); ® tuanku.Kamus Dewan Edisi Keempat
liang kuburlubang kubur tempat menanam mayat;Kamus Dewan Edisi Keempat
liang Ilubang yg kecil atau halus. ~ hidung lubang hidung. ~ kubur lubang yg digali tempat menanam orang mati. ~ lahad ruang tempat meletakkan mayat dlm kubur (dikeruk pd bahagian sisi sebelah kiblat liang kubur dan sama paras dgn dasar kubur). ~ roma lubang yg kecil-kecil pd kulit tempat peluh keluar. ~ stoma ist liang yg seni pd daun atau pd batang tumbuh-tumbuhan utk laluan udara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
liang lahadruang tempat meletakkan mayat dlm kubur (dikeruk pd bahagian sisi sebelah kiblat liang kubur dan sama paras dgn dasar kubur).Kamus Pelajar Edisi Kedua
gali I; bergali Ph = menggali mengorek (kubur);menggali 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan; galian bahan yg dikeluarkan dr tanah dgn menggali: tanah ini tidak mengandungi bijih atau ~ yg lain; bahan ~ hasil lombong; gali-galian bermacam-macam hasil lombong, bermacam-macam hasil tanaman yg digali; penggalian perihal (perbuatan, kerja, dsb) menggali: ~ kesan-kesan lama;penggali 1. orang yg menggali (membuat) lubang; 2. alat utk menggali (spt tembilang dll); diam ~ berkarat prb pengetahuan yg tidak dipakai akan hilang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kubur II; burung ~ sj burung, burung malas, burung segan, burung tukang, Caprimulgus macrurus bimaculatas; burung ~ rimba sj burung, burung gua, burung siput, gagak gunung, tiung belacam, Myophoneus flavirostris dicrorhyncus.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas