| berteguh | memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memustaidkan | menjadikan mustaid, melengkapkan, menyediakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pelengkapan | perihal melengkapi (melengkapkan, memperlengkap): ia juga berguna kpd pelajar-pelajar menengah atas dan institusi pengajian tinggi sbg bacaan tambahan dan ~ kpd pembelajaran mengenai teori-teori ekonomi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| melengkapkan | menjadikan lengkap, mencukupkan, menyempurnakan: lengkapkan semua gajah dan kuda; aku serba kekurangan utk ~ engkau sbg seorang isteri yg sempurna; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nan | Mn 1. yang; 2. kata yg disisipkan utk melengkapkan (menggenapkan) baris sajak dll: hari pagi bunga ~ kembang, bunga yg merah mala dahulu .... | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| marsupial | binatang mamalia (spt kanggaru) yg mempunyai kantung tempat anaknya melengkapkan perkembangannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mustaid | Ar sedia, lengkap, selesai, siap: setelah sudah ~ maka surat pun diaraklah ke perahu; memustaidkan menjadikan mustaid, melengkapkan, menyediakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hegemoni | (hégémoni) pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain: pelbagai undang-undang digubal utk melengkapkan ~ penjajah terhadap rakyat peribumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lengkap | 1. genap, tidak ada yg kurang: lingkaran yg ~; 2. sedia dgn alat senjata dll, cukup, sempurna: aku lihat di sana sini orang Jepun ~ dgn alat senjatanya; selengkap (dgn) sepenuh atau secukup (pakaian dll): Kasim menceritakan kisah Dolah ~nya; berlengkap 1. bersiap sedia (dgn apa-apa yg perlu): maka Demang Lebar Daun pun ~ hendak memandikan Sang SaPurba; 2. = berlengkapkan telah disediakan atau dipersiapkan dgn: dgn ~ pengetahuan ini orang Belanda telah sanggup menduga laut di Timur; melengkapi 1. menokok tambah supaya lengkap: pengantin itu dilengkapi sepertinya: 2. mempersiapkan, memperalati (dgn senjata dll) supaya lengkap: kilang itu dilengkapi jentera-jentera moden; melengkapkan menjadikan lengkap, mencukupkan, menyempurnakan: lengkapkan semua gajah dan kuda; aku serba kekurangan utk ~ engkau sbg seorang isteri yg sempurna; memperlengkap menjadikan lebih lengkap; kelengkapan 1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah; berkelengkapan mempunyai kelengkapan; perlengkapan alat (perkakas dll) yg digunakan utk melengkapkan sesuatu: barang-barang yg diberikan itu terdiri drpd sepasang pakaian dan ~ bersolek; pelengkapan perihal melengkapi (melengkapkan, memperlengkap): ia juga berguna kpd pelajar-pelajar menengah atas dan institusi pengajian tinggi sbg bacaan tambahan dan ~ kpd pembelajaran mengenai teori-teori ekonomi; pelengkap 1. sesuatu yg digunakan utk melengkapi (melengkapkan); 2. (Lin) kata yg menerangkan kata kerja dll; 3. yg melengkapkan: badan manusia mempunyai anggota utama dan anggota ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| teguh | 1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesanggupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaannya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuhkan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjukkan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguatan, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |