| menyandarkan | 1 meletakkan sesuatu supaya bersandar (pd): Dia ~ lembingnya pd tiang rumah. 2 ki menjadikan sesuatu sbg bukti, dasar dsb: Dia ~ pendapatnya pd logik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| rungguh I | = rungguhan barang dll yg diletakkan sbg tanggungan utk wang yg dipinjam, cagaran, jaminan, sandaran: ia harus menyerahkan tanahnya sbg ~ bagi pinjaman itu; rumah rungguhan ark rumah gadai; merungguhkan meletakkan sesuatu sbg cagaran (tanggungan), menggadaikan; ~ rumah menggadaikan rumah; runggu II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sandar I | ; bersandar 1 duduk atau berdiri sambil mengenakan badan pd sesuatu supaya selesa: Apakah nama pokok kayu tempat kita ~ ini? 2 terletak bersangga (pd): Tongkatnya diletakkan ~ pd dinding. menyandari 1 (membiarkan diri) bersandar pd: Dia dilarang ~ dinding yg baru dicat itu. 2 mengadakan atau memasang tempat utk bersandar. menyandarkan 1 meletakkan sesuatu supaya bersandar (pd): Dia ~ lembingnya pd tiang rumah. 2 ki menjadikan sesuatu sbg bukti, dasar dsb: Dia ~ pendapatnya pd logik. sandaran 1 = penyandar tempat bersandar; tempat menyandarkan sesuatu. 2 ki sesuatu yg dijadikan bukti (dasar dsb): Kata-kata dan pendapat yg dikeluarkan oleh rasul menjadi ~ kpd syariat yg dibawanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengalih | 1. = mengalihkan mengubahkan duduk (letak dsb) sesuatu, memindahkan: ia ~ baldinya yg kelimpahan air; ~ haluan menuju ke barat pula; ~ pandangan; 2. mengganti, mengubah, menukar: si Ali ~ percakapan ke perkara lain pula; mereka ~ usaha mereka kpd aspek lain, iaitu al-Sunah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tuntung III | Mn; menuntung menterbalikkan bekas supaya tumpah (keluar) isinya: dia mengambil tabung sambal itu, diketuk-ketukkan pd tepi sampan dan dituntung-tuntung; menuntungkan 1. membalikkan letak sesuatu (mulutnya ke bawah dan dasarnya ke atas), menjungkirkan, menunggitkan, menunggang-kan; 2. menuntung; 3. ki mengeluarkan (perasaan hati dll), mencurahkan; tertuntung 1. tertonggeng atau terbalik (letak sesuatu), terjungkir; 2. tertumpah, tercurah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| letak | duduknya (sesuatu benda dll), kedudukan, tempatnya: ia membetul-betulkan ~ cawan kopi di atas dulang yg ditatangnya; ~nya bandar Kuala Kangsar tidak berapa jauh dr bandar Taiping; meletak Mn menghantar, menaruh, memberi, menempatkan pd; ~ beras menjerang nasi; ~ kata menyusun kata-kata; ~ mata memandang kpd; ~ nasi menghidang nasi dll utk menjamu hantu; ~ tanda memberi tanda (spt cincin dll) kpd pihak pengantin perempuan; meletakkan 1. menempatkan (pd), mengenakan (pd), membubuh (ubat dll): dgn segera perempuan itu ~ bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawalan pegawai akhlak; 2. memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3. ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiahkan: maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; 5. sl menentukan, menetapkan: syahadan bagindalah yg pertama ~ kekuningan larangan; terletak 1. ada (pd atau di), duduknya (di), letaknya (pd atau di), terdapat (pd atau di): aku kembali ke rumahku yg ~ di belakang kedai di hadapan masjid; ~ kpd (pd) letaknya pd, tertanggung kpd, terdapat pd; 2. (telah) diletakkan; biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri drpd dipecat dll; peletakan perihal meletakkan; ~ jawatan perihal melepaskan jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); ~ senjata gencatan senjata; peletak tempat meletakkan: keping papan lebar tempat ~ neraca ini dinamakan andas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| miring | 1. rendah sebelah (lantai dll), tidak datar; 2. tidak tegak (letak sesuatu), condong: ia memakai songkok yg diletakkan ~ ke kanan; tulisan ~ tulisan condong; 3. senget (perahu, kapal, dll): kapal mereka mulai ~; 4. = otak ~ bp agak gila, kurang siuman; 5. ki berat sebelah (pengadilan, hukuman, dll), tidak adil; biar ~ asalkan jangan tertelungkup prb tidak mengapa rugi sedikit asalkan jangan habis semua sekali; memiringkan menjadikan (meletakkan, membuat) miring, mencondongkan, menyengetkan: payung mereka dimiringkan ke sebelah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pinggir | tepi: ~ jalan; ~ kota; ~ laut pantai; ~ sungai tebing sungai; meminggir pergi ke pinggir, menepi; meminggiri memberi berpinggir, berada (terletak, tumbuh dsb) di pinggir sesuatu: kawasan-kawasan sesak yg ~ kota; burung-burung yg menangkap serangga mempunyai mulut yg lebar dipinggiri rambut-rambut keras; meminggirkan mengesampingkan, mengetepikan: masyarakat semakin ~ bahasa Melayu; terpinggir ki sudah diketepikan kerana dianggap tidak penting: bukan sahaja ekonomi sosial semakin ~, tetapi jurang kemiskinan juga semakin nyata; keterpinggiran perihal atau keadaan terpinggir: kita mampu meramalkan ~ nasionalisme yg ditelan zaman; pinggiran 1. tepi, perbatasan: peneroka tanah ~; 2. ki tidak penting, kurang berpengaruh: Panglima Salleh, dlm menghadapi pergolakan sosial dan politik di daerahnya, bermula hanya sbg insan biasa dan ~; 3. tidak berapa (kurang) penting: masalah-masalah ~; peminggiran 1. perbuatan mengesampingkan atau mengetepikan: ~ bahasa Melayu sejak lima tahun yg lalu; 2. perbatasan atau sempadan negeri (kota dll): maka adalah di ~ negeri itu seorang peladang tiga beranak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rentang | terhulur panjang, terhulur memanjang; se~ perjalanan Mn beberapa lamanya (jauhnya) berjalan; se~ ayam selama (sepusing) menyabung ayam; merentang 1. membentang panjang, ter-letak memanjang: satu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll); ~ antap ark memotong (memintas) jalan; ~ jalan membuat jalan; ~ jambatan membuat jambatan; ~ panjang menghuraikan (menceritakan) panjang lebar; merentangi 1. merentang pd: mereka membina sebuah jambatan gantung yg ~ sungai; jalan kereta api Trans-Siberia yg lurus ~ kawasan ini; 2. menghalangi, merintangi: beberapa banyak kesukaran yg ~ usahanya telah dapat diatasi; merentangkan 1. menarik atau memasang kawat (benang, tali, dll) tegang-tegang, meregangkan: ~ kawat; ~ tali; maka diregangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu dan direntangkannya; 2. menghulurkan (tangan, kaki) ke hadapan dll: ia mulai bergerak, ~ tangan, dan menganjurkan kaki; 3. menerangkan dgn panjang lebar, menghuraikan: pandai ~ cerita; terentang 1. sudah direntangkan, terbentang: gunung itu ~ dr utara ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; 2. tergalang, terhalang; perentangan perbuatan dsb merentangkan: kegiatan pengedaran dan penampalan poster dan ~ sepanduk di merata-rata tempat; perentang sesuatu (benda atau orang) yg merentang (menghalang), penghalang: rantai ~ itu dapat diputuskan; kenangan hitam itu berjaya menjadi ~ utama bagi Babu drpd berkahwin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| harga | 1. nilai sesuatu barang dgn (kiraan) wang: kalau adapun barang itu ~nya mahal; letak ~ bp a) menetapkan harga; b) menetapkan harga (nilai) yg tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang itu sangat-sangat dikehendaki); tarik ~ bp a) meletakkan harga yg tinggi; b) (bkn pihak yg menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) mengambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kpd pihak yg menghendakinya; 2. ki kehormatan (diri), maruah: kami tahu ~ diri kami; 3. ki faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan: nasihat yg baik sudah tidak ada ~nya lagi; ~ benderol Id a) meterai yg berbentuk pita yg menyatakan harga (rokok dll); b) = ~ pemerintah = ~ E. Z. Id harga yg ditetapkan oleh kerajaan; ~ beli (pembelian) harga pd ketika membeli; ~ borong harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara borong, biasanya lebih murah drpd harga runcit; ~ bumbung (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga siling; ~ damai harga yg masih boleh ditawar (lwn harga tetap atau harga mati); ~ diri maruah, kehormatan diri; ~ gelap harga yg tidak menurut ketetapan kerajaan; ~ gila Id, bp harga yg terlalu murah atau terlalu mahal; ~ jualan (Eko) harga barang di kedai, harga yg ditetapkan oleh penjual; ~ kos (Eko) harga barang yg dijual oleh pengeluar kpd penjual; ~ lantai (Eko) harga paling rendah yg ditentukan (dibenarkan); ~ mati = ~ pasti = ~ tetap harga yg muktamad; ~ melawan bp, Id harga yg lebih murah drpd harga penjual lain; ~ modal harga pokok; ~ namaan harga yg tertera pd saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yg sebenar); ~ pasar harga barang di kedai, harga jualan; ~ pasaran (Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentukan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham; ~ penutup (Eko) harga terakhir sesuatu saham dsb yg diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan harian ditutup; ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli (drpd pengeluar dsb); ~ runcit harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara runcit; ~ runtuh harga murah yg ditawarkan oleh pusat membeli belah utk melariskan barang jualan dlm musim tertentu (biasanya musim perayaan); ~ senarai (Eko) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dsb); ~ siling (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga bumbung; ~ tunai harga jika dibayar tunai; ada rupa ada ~ prb harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya; seharga 1. sama harganya (dgn); 2. harganya, dgn harga: membeli barang ~ lima ringgit; berharga 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); menghargai 1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan: barang jualannya dihargainya terlalu tinggi; aku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; 2. memberikan penghormatan (pujian, sanjungan, dsb), menganggap penting (berfaedah): penerbit belum tahu ~ karya pengarang; khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang; 3. menghormati, memuliakan, mengendahkan: dia tidak ~ orang tuanya; menghargakan 1. menawarkan barang yg hendak dijual (dgn menyatakan harganya): membeli barang tidak ditawarnya lagi, seberapa dihargakan orang dibelinya; 2. menghargai; terharga, terhargakan, terhargai; tidak ~ tidak ternilai; penghargaan perihal atau perbuatan menghargai, penghormatan, penyanjungan; hadiah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |