| tambah logik(logical add) | Tindakan menambah pada dua nombor perduaan mengikut peraturan aljabar Boolean. Dalam penambahan ini, hasil menjadi logik 1 jika salah satu atau kedua-dua nombor bernilai logik 1, dan hasil menjadi logik 0 jika kedua-dua nombor adalah 0. | Kamus Komputer |
| rekod logik(logical record) | Rekod lengkap yang mengandungi maklumat tentang perkara tertentu. Misalnya, rekod gaji atau inventori. | Kamus Komputer |
| penyurihan logik(logical tracing) | Surihan memilih yang dijalankan pada pelaksanaan pindahan suruhan atau lompatan tertentu sahaja di dalam atur cara yang disurih. | Kamus Komputer |
| pengendalian logik(logical operation) | Pemprosesan yang berkaitan dengan fungsi logik seperti DAN, ATAU, BUKAN, penopengan, lengkapan, dan fungsi logik yang lain. | Kamus Komputer |
| atur cara logik(logical program) | Atur cara yang mempunyai algoritma yang betul logiknya berbanding dengan atur cara yang tidak tentu algoritmanya dan belum tentu boleh dilaksanakan. | Kamus Komputer |
| taabiran logik per saat(logical inference per second) | Unit yang digunakan untuk mengukur kepantasan enjin taabiran pada komputer yang melaksanakan pengaturcaraan logik. Singkatan LIPS. | Kamus Komputer |
| LIPS | Singkatan bagi logical inference per second. Lihat taabiran logik per saat. | Kamus Komputer |