| mendakikan | memanjatkan, menaikkan, memajukan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| daki II | ; mendaki 1. memanjat (gunung, bukit, dsb): pengembara itu terpaksa ~ gunung dan meredah hutan; 2. menuju ke puncak (gunung, bukit, dsb) atau ke bahagian yg makin tinggi: jalan kecil yg berliku ~ bukit Seri Melaka; 3. makin menaik atau meninggi: memandu kereta mengikut jalan yg ~;mendakikan memanjatkan, menaikkan, memajukan;terdaki dapat mendaki (didaki): dia tidak ~ bukit yg setinggi itu;pendakian 1. perihal atau perbuatan mendaki, pemanjatan; 2. = dakian tempat yg mendaki (menaik): tidak usah kita tertawa pd waktu turun kerana ~ akan ditempuh pula;berpendakian mempunyai tempat mendaki: di sana akan bertemu alam datar, tidak ~, tidak berpenurunan lagi;pendaki orang yg mendaki; ~ gunung orang yg mendaki gunung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyukarkan | menjadikan sukar, menyulitkan, menyusahkan: meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menelaah | 1. mengkaji semula (mengulang) pelajaran: Ani maju dlm pelajaran disebabkan dia rajin ~; 2. memeriksai, meneliti, menyelidiki: ia berhati-hati ~ petanya dgn menentukan haluan dgn kompas itu; 3. menilik, menelah, meramalkan (nasib dll): dia ~ bahawa peperangan di Vietnam akan tamat pd tahun depan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berundur | berjalan ke belakang, surut ke belakang, lwn maju: dia ~ dan menjatuh-kan dirinya ke atas kerusi; 2. = ~ dr pergi menjauhkan diri (dr), menghindar (dr), pergi (dr); seorang demi seorang ~ dgn hormat meninggalkan kedai itu; 3. surut (kerana tidak dapat melawan lagi dlm peperangan), mundur: maka Peringgi pun patah perang-nya, dan banyak mati, lalu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| undur | = berundur berjalan ke belakang, surut ke belakang, lwn maju: dia ~ dan menjatuh-kan dirinya ke atas kerusi; 2. = ~ dr pergi menjauhkan diri (dr), menghindar (dr), pergi (dr); seorang demi seorang ~ dgn hormat meninggalkan kedai itu; 3. surut (kerana tidak dapat melawan lagi dlm peperangan), mundur: maka Peringgi pun patah perang-nya, dan banyak mati, lalu ~; mengundur 1. bergerak mundur, surut ke belakang: Sidek ~ dan duduk di tanah; 2. ki mengaku kalah, beralah; mengundurkan 1. menggerakkan ke belakang (kereta dll), memundurkan: ia berhenti dan ~ keretanya; jam ini terlalu cepat, undurkan setengah jam; 2. menyuruh undur dr, menarik ke belakang: tentera pihak berikat telah diundurkan ke garisan pertahanan yg lain; 3. menangguhkan hingga ke waktu yg lain, melewatkan, menunda: saya minta tuan ~ keberangkatan dan membantu kami meng-atasi kesukaran-kesukaran di sini; ~ diri a) pergi dr, meninggalkan: ia menjadi bingung melihat keadaan itu lalu ~ dirinya balik ke rumah; b) menarik diri, berhenti dr, meletakkan ja | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| telaah | penilikan, pemeriksaan, penelitian, penye-lidikan; menelaah 1. mengkaji semula (mengulang) pelajaran: Ani maju dlm pelajaran disebabkan dia rajin ~; 2. memeriksai, meneliti, menyelidiki: ia berhati-hati ~ petanya dgn menentukan haluan dgn kompas itu; 3. menilik, menelah, meramalkan (nasib dll): dia ~ bahawa peperangan di Vietnam akan tamat pd tahun depan; penelaahan perbuatan atau proses menelaah: terserahlah kpd generasi kita kini utk melaku-kan ~ intelektual dan pentafsiran sejarah yg mendalam; penelaah orang yg menelaah: dia seorang pemerhati dan ~ yg rajin; mutalaah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| anjur I | maju ke depan, tonjol; ~ surat bak bertanam (dijemba-jemba bak bersiang) prb tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dgn maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh; beranjur mulai berjalan (melangkah dll); menganjur 1. keluar ke hadapan dr bahagian yg utama, menjulur, menonjol (ke depan): bumbung hadapan rumah dibuat ~ ke hadapan; 2. beranjur; menganjuri mendahului (dlm sesuatu pekerjaan, usaha, dll): dialah yg ~ rombongan tunjuk perasaan; menganjurkan 1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan: jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadangkan, mengusulkan: pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah; teranjur ark terlanjur; anjuran 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan: ~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; penganjuran perihal (perbuatan, usaha dsb) menganjurkan: kita perlu sedar akan matlamat ~ sukan rakyat itu utk generasi muda kita sekarang ini; ~ Pesta Pantun peringkat kebangsaan dapat mengetengahkan pelbagai kebudayaan tradisi penduduk negeri Perak; penganjur 1. orang yg mendahului sesuatu (berjalan dll): dua orang pemuda berjalan di depan sbg ~; 2. orang yg menganjuri sesuatu usaha dsb (pemimpin, pemula, dll): ~ rakyat; 3. orang yg mengadakan sesuatu majlis dsb, promoter: ~ pertunjukan pentas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pencil | ; memencil mengasingkan (memisahkan) diri drpd yg lain, menyendiri; memencilkan 1. mengasingkan (memisahkan) diri drpd orang atau benda yg lain: kita tidak boleh hidup dgn ~ diri drpd kebudayaan Barat; 2. tidak menyukai, menghindari, menjauhi: dunia akan datang bertambah maju dan jika kita tidak bersiap-siap kita dipencilkan oleh zaman; ia dipencilkan oleh keluarganya; terpencil terasing (terpisah) drpd yg lain, tersendiri: beliau lahir di sebuah kampung yg ~; keterpencilan keadaan terpencil, keterasingan: ~nya drpd pengaruh bahasa Melayu baku; ~ blok komunis dlm sistem antarabangsa semakin berkurang; pemencilan perbuatan dsb memencilkan; ~ diri perbuatan memencilkan atau menyisihkan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| maju | 1. bergerak ke muka, mara, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan (tentera dll): guru menyuruh murid-murid yg bertutur itu supaya ~ sedikit; tentera Jepun sedang bergerak ~ ke selatan; 2. bertambah baik keadaannya (dlm pelajaran, perniagaan, dll): perusahaan Pak Ali kelihatannya ~; bagai-mana hendak ~ kalau engkau malas belajar; 3. tinggi tamadunnya (peradabannya, taraf hidupnya, dll): negeri-negeri yg telah ~ spt Jepun patut membantu negeri-negeri lain di Asia yg masih mundur; 4. Id lulus (dlm peperiksaan, ujian): siapa bilang aku ~ dlm ujian itu?; ~ mundur bertambah baik ataupun buruk, maju atau mundur; memajukan 1. menyorong (menolak, menggerakkan) ke hadapan: tolong majukan se-dikit tikar itu; 2. meninggikan (taraf hidup, ekonomi, dll), memperluas, memperkembangkan (perdagangan, perusahaan, ilmu pengetahuan, dll): kerajaan telah berjanji hendak ~ ekonomi rakyat di pantai Timur; segala langkah telah diambil utk ~ perusahaan kelapa sawit di negeri ini; 3. menjadikan lebih baik (sempurna dll), membaiki, memperelokkan: ahli fizik bangsa Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dlm tahun 1910; 4. membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dll) utk dipertimbangkan dsb, mengemukakan pendapat dsb: setelah diper-setujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu dimajukan ke Parlimen utk dibahaskan; tuntutan yg dimajukan oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan; 5. Id membuat supaya lulus (dlm peperiksaan), meluluskan; kemajuan perihal maju (taraf hidup dll): ~ yg tercapai dlm masa sepuluh tahun ini dapat dibanggakan; ~ material kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); ~ rohaniah kemajuan yg berkaitan dgn aspek kerohanian (spt etika, moral, dsb); pemajuan perihal atau perbuatan memajukan; pemaju orang (syarikat dsb) yg memajukan (membangunkan, mengusahakan, dsb) sesuatu kawasan (tanah dsb); ~ perumahan orang atau syarikat yg membina rumah kediaman, rumah kedai, dsb di sesuatu kawasan utk dijual kpd orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |