| seronok | dpt menyenangkan atau menyedapkan hati; sedap; nyaman: Kami pun mandi-manda di pantai itu dgn ~nya. menyeronokkan menyebabkan berasa seronok; menyedapkan; menyamankan. keseronokan 1 hal atau keadaan seronok; rasa seronok: Mereka tidak dpt melupakan ~ semasa percutian itu. 2 berasa seronok: Kanak-kanak itu ~ bermain dan tidak mahu pulang ke rumah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| seronok | dpt menyenangkan atau menyedapkan hati; sedap; nyaman: Kami pun mandi-manda di pantai itu dgn ~nya. | Kamus Pelajar |
| tanggung I | 1. = ditanggung dijamin (kebaikannya dll), sudah tentu: pekerjaannya ~ baik; 2. bp = menanggung; ~ badan Sr mas kahwin yg belum dijelaskan ketika akad nikah (tetapi mesti diselesaikan ketika bercerai); menanggung 1. membawa di atas bahu (barang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. mengalami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, menaruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rahsia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, membiayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mempunyai: kita ~ hutang sampai anak dah beranak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, menjamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan memenuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung; ~ budi menaruh budi; ~ dendam menyimpan dendam; ~ kasih berasa wajib membalas kasih (orang); ~ malu merasai malu; ~ ragam Mn mengalami bermacam-macam percubaan; ~ rahsia menyimpan rahsia; ~ rindu menaruh rindu; tanggung-menanggung 1. saling menanggung (menjamin dll); 2. semua urusan menanggung; menanggungkan, mempertanggungkan 1. memikulkan sesuatu beban (tanggungjawab dll) kpd, membebankan kpd: kerja-kerja yg ditanggungkan kpd baginda itu tersangat berat; 2. menyerahkan barang dll sbg cagaran (jaminan), mencagarkan, menggadaikan: dia terpaksa ~ hartanya utk membayar hutang; tertanggung dapat ditanggung, terderita, terjamin, terpikul; tidak ~ a) tidak terderita; b) tidak dijamin dll; tanggungan 1. sesuatu yg mesti ditanggung, kewajiban, tanggungjawab: hak dan ~ ahli-ahli pertubuhan; 2. jaminan: dgn ~ siapakah engkau mendapat pinjaman itu? 3. barang dll yg digunakan sbg jaminan hutang dll, cagaran: apa ~mu utk berhutang itu? 4. penderitaan, beban: segala-galanya itu akan menambahkan lagi ~ rakyat; 5. orang yg mesti ditanggung (keselamatannya, nafkahnya, dll): cukai ini berbeza dr seorang keseorang mengikut banyak pendapatan orang itu dan ramai orang yg mesti menjadi ~nya; 6. akibat perbuatan yg mesti dipertanggungkan, risiko: kalau engkau kalah nanti, itu ~mu sendiri; ~ jiwa (kebakaran) Id insurans; 7. (Udg) kewajiban yg dikenakan terhadap seseorang di bawah undang-undang; ketanggungan sl apa yg ditanggung, tanggungjawab, tanggungan: jikalau kita kalah, bukanlah jadi ~ kpd kita semuanya;berketanggungan bertanggungjawab, berkewajiban: marilah kita menuntut kpd pihak-pihak yg ~ dlm agama Islam;pertanggungan 1. tanggungan, tanggungjawab; 2. jaminan; 3. insurans; penanggungan 1. apa yg ditanggung, penderitaan, kesengsaraan: dia sangat mengambil berat terhadap kehidupan rakyat jelata dan ~ mereka; 2. perihal menanggung: bagaimanakah ~ hati seorang perempuan yg hidup sebatang kara; penanggung 1. orang yg menanggung (menjamin), penjamin; 2. orang yg memegang polisi insurans; 3. orang yg menderita, penderita; 4. (Eko) organisasi atau orang yg dilantik utk menguruskan pembubaran sesebuah syarikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mandi I | 1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dgn air: badan engkau kotor, pergilah ~ dahulu; 2. berenang-renang di laut utk bersuka-suka: banyak orang yg pergi ke Port Dickson utk ~ di laut; pakaian ~ baju atau seluar utk berenang; 3. ki dipenuhi (peluh dll), mempunyai melimpah-limpah (wang dll): badannya ~ peluh; baginda sentiasa ~ air mata; orang kampung pd masa itu ~ wang; ~ air perantan Sr sj upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan; ~ angin a) sentiasa kena angin; b) menyembur dgn kuasa angin (air, cat, dll); ~ bakal (gubah, kubat) membasuh mayat yg baru sahaja meninggal; ~ balai mandi utk menghalau hantu; ~ basuh lantai upacara mandi 40 hari selepas bersalin; ~ bunga mandi dgn air yg dicampurkan dgn pelbagai jenis bunga dan dijampi, yg dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau dapat menolong anak dara yg sudah lanjut usia mendapat jodohnya; ~ bunting (wiladah) upacara mandi sewaktu hamil tujuh bulan; ~ damai = ~ suatu mempelai upacara mandi utk keduadua pengantin sesudah selesai nikah dan berdamai-damai; ~ darah a) berlumuran darah; b) pertumpahan darah (sewaktu berlaku perkelahian dll); ~ embun membiarkan diri kena embun; ~ haid mandi sesudah datang bulan (perempuan); ~ junub (janabat, hadas luas) mandi utk bersuci diri (selepas bersetubuh, haid, nifas dsb); ~ kerbau ki mandi dgn tidak membersihkan badan; ~ lenggang perut upacara mandi semasa hamil tujuh bulan, melenggang perut; ~ lulur rawatan tradisional utk membersihkan badan dan menghaluskan kulit dgn melumurkan lulur pd badan; ~-manda bermacam-macam cara (upacara) mandi; ~ mayat membasuh mayat dgn air; ~ nifas mandi selepas berhenti nifas; ~ ombak basah kena ombak; ~ pelimau sj upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah bersanding; ~ peluh basah dgn peluh; ~ safar upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini bertentangan dgn hukum Islam); ~ sampat Pr, Ph upacara mandi utk kedua-dua mempelai pd hari ketiga sesudah nikah; ~ sudah membasuh mayat kali yg terakhir (ketika hendak dikafan); ~ tian upacara mandi sesudah hamil tujuh bulan; ~ wajib mandi utk bersuci drpd hadas besar; ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm kebuk atau bilik yg dipenuhi wap utk menyegarkan badan dsb; bagai ~ dlm cupak prb sesuatu (pertolongan dll) yg tidak mencukupi; alang-alang (mati-mati) ~ biar basah prb kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan; bermandikan penuh dgn; ~ cahaya penuh dgn cahaya (terang-benderang); ~ wang mempunyai wang yg banyak; memandikan 1. membersihkan tubuh sese-orang (sesuatu) dgn air, memberi mandi: Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; 2. mencuci (mayat) dgn air: jika hamba mati, tuan ham-balah ~ hamba; 3. mencelupkan (menyelamkan sesuatu ke dlm barang cair); 4. ki banyak mendapat (menerima) sesuatu, mencurahkan (dlm erti ki): anak-anak ini mahu dimandikan dgn kasih sayang ibunya; di-mandikan dgn air segeluk prb diberi pertolongan (puji-pujian) yg tidak bererti; mempermandikan 1. sl memandikan (dgn); 2. Id menyiram dgn air suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan; permandian 1. tempat mandi; 2. Id upacara mempermandikan, pembaptisan; pemandi orang yg memandikan: yg makruh-nya, menyentuh tubuh badan si mati (mayat) oleh orang yg bukan ~nya kerana badan si mati itu adalah aurat kpd orang yg hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |