| kurikulum | skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dll, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| elektif | (éléktif) bersifat pilihan (bkn mata pelajaran sesuatu kursus dsb): di Universiti Teknologi Mara terdapat bahasa Jerman yg dijadikan sbg mata pelajaran ~ wajib. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kertas peperiksaan | a) kertas yg mengandungi soalan sesuatu mata pelajaran; b) kertas jawaban oleh calon peperiksaan dlm mata pelajaran tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| subsidiari | 1. (peringkat) yg lebih rendah, kelulusan pd atau lulus sebahagian drpd sesuatu mata pelajaran (dlm peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan): mendapat kelulusan peringkat ~ dlm mata pelajaran Ekonomi; 2. = syarikat ~ anak syarikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mata pelajaran | jenis-jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan di sekolah-sekolah dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mata pelajaran | jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan (di sekolah, maktab, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kurikulum | semua mata pelajaran yg diajarkan di sekolah, kolej dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| vak | IB 1. mata pelajaran; 2. kecekapan yg khusus tentang sesuatu (pekerjaan dll), kejuruan, ke-mahiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tutor | pembimbing mahasiswa dlm mata pelajaran tertentu di universiti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| elektif | /éléktif/ bersifat pilihan (bkn mata pelajaran di sekolah atau bagi sesuatu kursus). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |