Md. | kep Muhammad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Md | simbol kimia bagi mendelevium. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belakang-membelakangi | saling membelakangi, saling menghalakan belakang kpd yg lainnya: Salmah dan Md. Nor ~ antara satu sama lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nama khas | kata nama yg merujuk kpd sesuatu yg khusus spt orang, haiwan, tempat atau benda, mis Md. Nor, Sg. Rambai, dan Menara Kuala Lumpur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nama | 1. panggilan atau sebutan bagi orang (barang, tempat, pertubuhan, dll): ia mencatat ~ orang yg menderma yg terdapat dlm senarai itu; apa ~ buku yg kaubaca itu?; ia mencatat ~ barang-barang yg diterimanya; atas ~ dgn menggunakan nama, utk kepentingan, demi; 2. ark gelaran, sebutan: kerana jasanya yg besar, ia diberi ~ Datuk; 3. kehormatan, kebaikan, kemasyhuran, maruah, pujian; mencari ~ berikhtiar menjadi masyhur (mendapat pujian); mendapat (beroleh) ~ masyhur (terkenal); mengambil ~ a) mencari muka; b) memakai nama (drpd); telah rosak ~nya telah hilang kehormatannya (kemasyhurannya); ~ am kata nama yg merujuk kpd konsep atau benda yg umum, mis rumah dan kecantikan; ~ baik kehormatan, maruah; ~ batang tubuh = ~ daging (tubuh) nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll); ~ benda (Lin) kata yg mengatakan nama sesuatu yg wujud atau yg dianggap wujud, kata benda; ~ cembung = ~ timangan (timang-timangan) nama yg dipakai utk menyatakan sayang atau manja; ~ julukan nama yg diberi sbg jolokan (ejekan, sindiran); ~ kecil a) nama ketika masih kecil; b) nama depan (cara Barat); ~ keluarga nama yg dikongsi bersama oleh semua ahli dlm sesuatu keluarga; ~ khas kata nama yg merujuk kpd sesuatu yg khusus spt orang, haiwan, tempat atau benda, mis Md. Nor, Sg. Rambai, dan Menara Kuala Lumpur; ~ pena nama yg digunakan oleh penulis pd karya-karya (bukan namanya yg sebenarnya); ~ samaran = ~ pedengan nama utk menyembunyikan nama yg sebenarnya; pd ~ sahaja tidak wujud (berlaku) spt yg diperikan: golongan Islam pd ~ sahaja; bernama 1. memakai nama, mempunyai nama: pekannya ~ Simpang Empat; 2. mendapat nama, masyhur, terkenal: penulis yg belum ~; menamai membubuh (memberi) nama kpd, menggelari: ia ~ anaknya itu Naziha; jabatan tersebut dinamai sedemikian utk mengajar orang-orang Mesir tentang dunia Timur; menamakan 1. memberi sesuatu nama sbg menggelarkan, menyebutkan: kami ~ bangsa kpd diri kami Magyar; 2. menganggap (sbg), menyebut: kalau hendak dinamakan korban, itulah korban yg sejati; 3. mencalonkan seseorang (utk memegang sesuatu jawatan dll), mengemukakan nama seseorang sbg calon: Isnin, 5 April, ialah hari ~ calon utk pilihan raya; ternama terkenal, termasyhur: Greenberg, seorang ahli bahasa yg ~; penamaan perihal menamakan, pencalonan; surat ~ waris itu hendaklah dianggap sbg satu wasiat kpd seorang waris; kerajaan telah menawarkan perjalanan kereta api percuma kpd rakyat dr seluruh negeri utk menyaksikan peristiwa ~ calon di Kahirah; penama 1. orang yg memberi nama (mencalonkan, melantik), pencadang; 2. orang yg dinamakan (dikemukakan) sbg waris dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belakang I | 1. bahagian badan di sebalik dada, bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: orang itu kena tikam di ~nya dgn pisau; ~ parang a) bahagian yg tidak tajam (lwn mata); b) Kl orang yg bodoh; ~ tangan lwn telapak tangan; 2. tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: surut ke ~; 3. (pd) masa yg terkemudian (terakhir): ia yg datang paling ~; bayarannya ~ kira; ~ hari kemudian hari (kelak); ~ kapal buritan; ~ parang lagi (kalau) diasah nescaya tajam prb biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga; balik ~ lain bicara prb kalau berjauhan, lain perbuatannya (merugikan dll kawan); di belakang 1. di tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: rumahnya ~ rumah saya; ia berdiri ~ pintu; 2. kemudian, kelak, sesudah(nya): kesusahan hitung ~; akan menyusul suratku ~; ~ mata (bila orang) tidak melihat, dgn tidak dilihat orang; ke belakang 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; mengebelakangkan 1. menempatkan ke belakang, memundurkan: jam itu dikebelakangkan kerana 10 minit cepat jalannya; 2. mensia-siakan, tidak mengendahkan (mempedulikan dll): apabila kau sudah besar dan berpangkat, ibu bapa janganlah dikebelakangkan; terkebelakang, terbelakang 1. ketinggalan, tercicir, kurang maju: aku hendak meninggikan taraf orang kampung yg sangat ~ itu; 2. terakhir, terkemudian: berita yg ~ diterima hari ini;berbelakang-belakangan saling mengarahkan bahagian belakang (tubuh, rumah, dll), lwn berhadap-hadapan: mereka berdiri ~ mempertahankan diri; rumah teres itu ~; membelakang 1. dgn belakang ke (duduk, berdiri, dll): ia duduk ~ ke pintu; 2. berada (tinggal) di belakang: jangan kamu ~ saja; membelakangi 1. mengarahkan belakang kpd, lwn menghadapi: Tahir duduk ~ teman-temannya dlm bilik itu; 2. mensia-siakan, tidak menghiraukan: walaupun ia suka akan kesenangan dunia tetapi tidak pernah ia ~ ajaran Tuhan; belakang-membelakangi saling membelakangi, saling menghalakan belakang kpd yg lainnya: Salmah dan Md. Nor ~ antara satu sama lain;membelakangkan 1. = memperbelakangkan menempatkan di belakang, lwn mendahulukan: saya tidak meminta supaya didahulukan, tetapi saya tidak pula hendak dibelakangkan; 2. mensia-siakan, meninggalkan, tidak menghiraukan: mereka ~ janji; belakangan 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; 2. kesudahannya, akhirnya, kemudian: mula-mula ia menolak, tetapi ~ menerima juga tawaranku; 3. Jk (lebih) belakang: siapa yg datang ~ tidak mendapat apa-apa;keterbelakangan perihal terbelakang: Raffles mengakui bahawa keadaan ini dianggap sbg ~ intelek penduduk Melayu dan Indonesia; pembelakangan 1. perihal (perbuatan) membelakangi atau membelakangkan; 2. Mn belakang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |