| lampau | 1. lalu, lepas, lewat: corak hidup orang Melayu pd zaman ~ berlainan sekali dgn keadaan orang Melayu sekarang; 2. lebih (drpd yg dijangka atau yg sepatutnya): jangan ~ berjaga malam nanti lemah badan; melampau terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu), melewati batas, keterlaluan: mereka menjual barang-barang kpd pelanggan mereka dgn harga yg ~; perubahan sikap ini ialah cara yg baik utk menjadi unsur ~ antara dua keadaan; melampau-lampau sangat (terlalu) melampau: permintaannya ~; melampaui 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb), melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains Islam telah memajukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll); terlampau sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat: kanak-kanak tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; maka terjumpalah sebatang kayu yg ~ besarnya; terlampaui sudah dilalui (tempat dll), telah melebihi: tengah malam sudah ~; musim kecil sudah ~ dan musim besar akan datang kira-kira tengah dua bulan lagi; keterlampauan perihal, sifat atau keadaan terlampau, keterlaluan; lampauan takat yg paling tinggi atau paling jauh: antara kedua-dua ~ ini mungkin ada kekecualian; kelampauan sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh orang lain), kelewatan; anak gadis itu sudah ~ a) adiknya berkahwin dahulu daripadanya; b) sudah agak lanjut umurnya; pelampauan perihal atau perbuatan melampau atau melampaui sesuatu: punca kesilapan seterusnya, menurut Ibnu Khaldun, ialah ~; pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan, orang yg mempunyai faham (kepercayaan) yg berlebih-lebihan: ancaman puak ~ telah meresahkan penduduk kota itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cacing | beberapa jenis binatang yg bulat atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm air, tanah, perut manusia atau binatang, dll); ~ benang = ~ gelang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan, dan padang pasir; ~ filaria cacing yg hidup dlm sistem limfa manusia yg boleh menyebabkan penyakit untut; ~ kerawit = ~ keruit cacing yg hidup dlm usus manusia dan binatang; ~ kermi cacing dlm usus; ~ parasit cacing yg mendapat makanan dr usus binatang dan manusia; ~ pita = ~ pipih cacing panjang dan leper yg berwarna putih kelabu (hidup dlm usus binatang atau manusia); ~ rambu cacing yg halus-halus; ~ tanah cacing bulat panjang yg licin dan badannya bergelang-gelang (hidup dlm tanah yg lembap); ~ hendak menjadi naga prb orang yg kecil-kecil hendak menjadi orang besar-besar; ~ kepanasan prb tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu, dll); ~ naik ke mata kelakuan yg melampau; mencacing sangat kurus (badan); cacingan menderita sakit kerana banyak cacing dlm perut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nafsu | Ar 1. keinginan yg keras, kehendak hati yg kuat, kemahuan yg kuat, dorongan hati: ~ belajarnya tidak padam-padam; terburu ~ = keburu ~ Id berbuat sesuatu dgn tergesa-gesa kerana nafsu (dgn tidak berfikir panjang); 2. = hawa ~ kehendak hati yg kuat utk melakukan sesuatu yg melampau atau kurang baik (spt berseronok antara laki-laki dgn perempuan dll): perempuan tidak boleh melakukan sesuatu yg boleh membangkitkan ~ dan perasaan laki-laki; 3. = ~ makan keinginan utk makan, selera: fikiran yg tenang itu biasanya tidak mengganggu ~ makan; patah ~ hilang selera; ~ amarah a) dorongan hati utk melakukan sesuatu yg kurang baik; b) kepanasan hati, kemarahan; ~ kuda hawa nafsu yg melampau; ~-nafsi berbagai-bagai jenis nafsu, pelbagai nafsu; ~ tabiat ark kemahuan semula jadi, naluri; ~-nafsi, raja di mata, sultan di hati prb melakukan sesuatu dgn sesuka hati sendiri; bernafsu dgn penuh nafsu, ada (mengandungi, menunjukkan) nafsu: mereka tidak begitu ~ utk memakan kuih itu; matanya penuh ke muka Nahidah, pandangannya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gila | 1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya): kelakuannya spt orang ~; rumah (sakit) ~ rumah sakit tempat menggubat orang gila; anjing ~ anjing yg kena penyakit, anjing yg berbahaya; 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa; anyam ~ anyam yg tidak tentu coraknya; harga ~ harga yg bukan biasa, terlalu mahal (murah); main ~ melakukan sesuatu sekehendak hati sahaja (spt meninggalkan tugas atau kerja sesuka hati, berzina, dll); 4. ki terlalu gemar (asyik, sayang, cinta, dll) akan sesuatu: dia tu ~ menengok wayang; ~ angau sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila urat; ~ anjing = penyakit anjing ~ sj penyakit virus yg berbahaya pd anjing; ~ asyik (berahi, hati) terlalu cinta (asyik); ~ babi = ~ sawan sj penyakit ayan, pitam (sawan) babi, epilepsi; ~ bahasa = ~-~ bahasa rempang bahasa, kurang sihat sedikit atau tidak panjang fikirannya (cepat marah, pemberani, tidak malu, dll perangainya); ~ bayang cinta akan seseorang yg tidak tahu akan cintanya (tidak dibalas); ~ bayang-bayang perasaan ingin akan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh; ~ gadis (perempuan) terlalu gemar akan perempuan; ~ hormat sangat suka dihormati (dimuliakan) orang; ~ isim gila kerana tersalah mengamalkan (menuntut) ilmu batin; ~ judi terlalu suka bermain judi; ~ kebangsaan selalu bersemangat (berusaha) utk memperjuangkan (memajukan) bangsanya; ~ kuasa sangat ingin mendapat kuasa; ~ pangkat a) sentiasa ingin mendapat (mengejar) pangkat; b) berubah kelakuannya (sikapnya) setelah mendapat pangkat tinggi; ~ politik selalu asyik dgn cita-cita (kegiatan-kegiatan) politik; ~ renang = ~-~ air agak kurang sihat ingatannya (fikirannya); ~ seks kecenderungan atau keinginan yg melampau (kuat) terhadap aktiviti seksual; ~ talak tidak sihat fikirannya kerana bercerai (selalu teringat-ingat akan bekas isteri atau suaminya); ~ urat sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila angau; tiap ~ tiap berkongkong, tiap mandi tiap bergosok prb spt orang yg berbicara, setiap kali berbicara, setiap kali membayar belanja perbicaraan; gila-gila 1. bertingkah laku, bersikap dsb spt orang gila, seolah-olah, seakan-akan atau pura-pura gila: ini bukanlah tempat dan masanya utk bergurau dan berperangai ~; watak ~ ini memang susah juga, tetapi ada seronoknya; 2. berbuat dgn sekehendak atau sesuka hati tanpa memikirkan akibat atau kesannya dsb: dia memang suka memandu kereta ~ tanpa memikirkan keselamatan orang lain; 3. melampaui had atau batas yg sepatutnya, berlebih-lebihan, keterlaluan, bukan-bukan: suatu langkah yg berkesan harus diambil segera utk membendung kenaikan harga barang keperluan yg ~ sejak kebelakangan ini; bergila-gila 1. = gila-gilaan, menggila berkelakuan (berperangai dll) spt orang gila (tidak menggunakan fikiran, mengikut perasaan sahaja); 2. = tergila-gila terlalu amat ingin (suka, asyik, cinta, berahi) akan sesuatu: anak-anak muda sekarang banyak yg ~ mahu hidup di bandar; kulihat banyak gadis yg ~ kepadanya; 3. = menggila semakin sangat, menjadi-jadi, berlebih-lebihan; menggila 1. menjadi-jadi, bergila-gila: batuknya ~; peperangan sudah ~; 2. berkelakuan spt orang gila, bergila-gila: di dlm hatinya berharapkan semoga musuhnya akan ~ terus kepadanya; 3. berasa sangat asyik (suka, gemar, dll): pemuda yg ~ kepadanya; 4. menyebabkan gila (sangat kasih, suka sekali, dll); 5. berjalan (belayar dll) dgn laju sekali, tiada teratur dll (bkn kereta, kapal, dll): di jalan raya, motokar makin ~; korvet-korvet ini kian ~ di atas air spt ular kena palu; menggilai 1. terlalu mengasihi (mencintai, mengingini, dll): siapa nama perempuan yg digilainya?; memperoleh sotong-sotong yg ~ cahaya api; 2. = menggilakan Mn menjaga (memelihara, melayani, dll) baik-baik; menggilakan 1. menjadikan (menyebabkan) gila, membuat supaya gila; 2. = mempergilakan menganggap (melayani dll) spt orang gila, mempermainkan (memperolokkan); 3. Mn menjaga (memelihara); tergila-gila terlalu suka (ingin, asyik, dll) sangat: jangan ~ sangat hendak kahwin; tergila-gilakan terlalu sangat suka (ingin, asyik, cinta, dll) akan (seseorang atau sesuatu): abang sudah ~ gadis lain; ~ kuasa; kegilaan 1. perihal gila; 2. terlampau sangat suka (asyik): pemuda-pemuda yg ~ dan kedahagaan wanita mengajak pelayan-pelayan itu berbual; penulis-penulis muda di Singapura ~ mengadakan perjumpaan; 3. keadaan (peristiwa dll) yg tidak biasa atau berlebih-lebihan: memandang ~ alam dgn warna-warna senjanya yg keras, terang, pekat, kacau dan menakutkan; peristiwa seumpama itu ialah peristiwa yg boleh dikatakan ~; 4. ketololan, kebodohan; kegila-gilaan 1. sedikit gila, agak gila; 2. seakan-akan gila tampaknya: kalau diteruskan, hasilnya adalah bercorak ~ sahaja; gelak ketawa yg terlalu ~; 3. terlalu suka (asyik, gemar, dll) sangat, tergila-gila. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lalu I | 1. berjalan, melintas: semua kereta tidak boleh ~ di jalan itu; seorang laki-laki ~ di hadapan mereka; sekali ~ a) sekali gus; b) sambil-sambil; 2. boleh masuk, telus, lulus; 3. yg sudah lepas (berlaku, lewat, dll), selesai, telah dibuat: tiadalah kanda perbuat lagi spt yg telah ~ itu; baru tiga malam yg ~, seorang tauke telah disamun orang; 4. berdaya, sanggup, larat: santap pun tiada ~ ia pd malam itu melainkan keluh-kesah sahaja; aku hendak pergi pun tiada ~ oleh sakit badanku lagi; 5. langsung, lanjut; 6. terus, hingga ke, langsung ke: setelah datang ke Melaka maka disuruh baginda arak ~ ke balai; mereka berperahu ~ ke Melaka; 7. kemudian drpd itu, sesudah itu, segera: setelah makan minum mereka ~ meneruskan perjalanan ke selatan; 8. lewat, sudah lampau: kulihat orangnya telah ~ separuh umur; 9. tidak boleh ditebus kembali (barang gadaian dll); ~ akal boleh diterima akal, munasabah; ~ penjahit ~ kelindan prb kalau usaha yg pertama telah berhasil maka usaha yg berikutnya pun akan tercapai juga; berlalu 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perempuan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); melalui 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguamnya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; melalukan 1. membiarkan lalu (lantas, masuk, dll), memasukkan, meluluskan: dilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma; 2. menjalankan (cita-cita, apa yg hendak dibuat, dll), mengerjakan: ia selalu hendak ~ kehendaknya; 3. membawa atau membuat terus, meneruskan; terlalu 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (perbuatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampunkan, yg kemudian jangan dibuat lagi; keterlaluan 1. hal yg berlebih-lebihan, keadaan yg melampau, hal atau perbuatan yg melampaui batas (tatatertib dll): rakan sekerja Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; 2. teramat sangat, terlalu, berlebih-lebihan, melampaui batas: tindakan ~; laluan 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya; kelaluan 1. (yg) telah lepas, telah lalu; 2.Mn cita-cita, hajat, tujuan; berkelaluan Mn berpanjangan, sentiasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |