| keterlaluan | 1. hal yg berlebih-lebihan, keadaan yg melampau, hal atau perbuatan yg melampaui batas (tatatertib dll): rakan sekerja Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; 2. teramat sangat, terlalu, berlebihlebihan, melampaui batas: tindakan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keihsanan | sifat murah hati, kebaikan hati, kemurahan hati: mereka tidak spt mana sahaja manusia yg lain dlm erti kata keluhuran akalnya, ~ dan pengenalan rohaniahnya melampaui batas-batas darah dan dagingnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terlalu | 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. | Kamus Pelajar |
| lalu | 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. | Kamus Pelajar |
| lupa daratan | berbuat sesuatu sehingga melampaui batas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| lupa daratan | berbuat sesuatu yg melampaui batas (tidak berkira-kira); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| taghut | Ar 1. sifat zalim yg melampaui batas; 2. syaitan yg mendorong manusia melakukan kejahatan; 3. nama salah satu berhala kaum Quraisy. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berlebih-lebihan | 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya): dlm hikayat-hikayat lama itu ada bahagian yg agak ~ sehingga tidak dapat diterima akal; pernahkah saya bersikap ~ terhadap gadis itu? 2. berlumba utk beratas-atasan (atas-mengatasi): mereka saling ~ memakai barang kemas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| melangkahi | 1 melakukan sesuatu melebihi yg sepatutnya; melampaui: ~ batas. 2 tidak mematuhi peraturan, nasihat dsb; melanggar (perintah dsb): ~ kakak lebih dahulu berkahwin (ttg adik); ~ suami berlaku curang terhadap suami. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| keterlaluan | 1 keadaan terlalu atau keadaan yg melampaui batas: Tindakannya itu dianggap sbg ~. 2 (teramat) sangat melebihi had; melampau: Perbuatan itu sudah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |