[me.lim.pah.kan] | مليمڤهکن
Definisi : 1. menjadikan melimpah, menumpahkan: isi padu air yg dilimpahkan oleh penyumbat itu sama dgn isi padu penyumbat juga; ~ air mata; 2. mengeluarkan banyak-banyak, mencurahkan banyakbanyak: ~ kasih sayang; ~ perhatian kpd perkembangan pemakaian bahasa Kebangsaan; 3. memberikan banyak-banyak, mengurniakan banyak-banyak, menghadiahkan banyak-banyak: Tuhan yg ~ rahmat kpd hamba-Nya yg berusaha dan sabar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.lim.pah.kan] | مليمڤهکن
Definisi : 1 menjadikan melimpah; menumpahkan. 2 mengeluarkan banyak-banyak; mencurahkan: Emaknya selalu ~ air mata. 3 mengurniakan sesuatu dgn banyak: Tuhan telah ~ rezeki kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)