Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.pat.kan] | منداڤتکن

Definisi : 1. pergi bertemu atau ber­jumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, men­ziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.pat.kan] | منداڤتکن

Definisi : 1 pergi (datang) bertemu dgn atau mengunjungi: Anak itu berlari-lari ~ ibunya yg baru pulang dr pasar. 2 memperoleh sesuatu utk orang lain: Ani ~ adiknya sebuah buku cerita. 3 berusaha utk mendapat atau utk memperoleh sesuatu: Tumbuh-tumbuhan mempunyai beberapa cara utk ~ makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendapatkan

Peribahasa

534

Slow but sure wins the race

Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

Biar lambat laga, asal menang

In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.

Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
epifit(épifit) (Bio) tumbuhan herba yg menggunakan tumbuhan lain atau benda (spt dinding bangunan) utk mendapatkan sokongan fizikal (tanpa mendapatkan makanan drpd tumbuhan yg ditumpangi), mis anggerik, lumut.Kamus Dewan Edisi Keempat
temu ramahsoal jawab antara pem­berita surat khabar dgn se­seorang utk mendapatkan berita dll; wawancara; temu bual. ber­temu ramah bersoal jawab utk mendapatkan berita dsb; bertemu bual. menemu ramah menyoal utk mendapatkan berita dll; menemu bual. penemu ramah orang yg menemu ramah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendapatkan1 pergi (datang) bertemu dgn atau mengunjungi: Anak itu berlari-lari ~ ibunya yg baru pulang dr pasar. 2 memperoleh sesuatu utk orang lain: Ani ~ adiknya sebuah buku cerita. 3 berusaha utk mendapat atau utk memperoleh sesuatu: Tumbuh-tumbuhan mempunyai beberapa cara utk ~ makanan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendapatkan1. pergi bertemu atau ber­jumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, men­ziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendapatkan1. pergi (datang) bertemu dgn atau mengunjungi: Anak itu berlari-lari ~ ibunya yg baru pulang dr pasar. 2. memperoleh sesuatu utk orang lain: Ani ~ adiknya sebuah buku cerita. 3. berusaha utk mendapat atau utk memperoleh sesuatu: Tumbuhan-tumbuhan mempunyai beberapa cara utk~makanan.Kamus Pelajar
zumkaedah menukar jarak tumpu subjek utk mendapatkan saiz imej yg besar atau kecil dgn menggunakan kanta zum; ~ dekat zum yg dibuat dgn menggerakkan kanta zum ke hadapan utk mendapatkan imej yg lebih besar dan jelas; ~ jauh zum yg dibuat dgn menggerakkan kanta zum ke belakang utk mendapatkan imej yg lebih kecil dan jauh; lensa ~ kanta zum.Kamus Dewan Edisi Keempat
zumkaedah menukar jarak tumpu pd sesuatu objek utk mendapatkan saiz imej yg dikehendaki (besar atau kecil) dgn menggunakan kanta zum. ~ dekat zum yg dibuat dgn menggerakkan kanta zum utk mendapatkan imej yg lebih besar dan jelas. ~ jauh zum yg dibuat dgn menggerakkan kanta zum utk mendapatkan imej yg lebih kecil dan jauh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bergadaimendapatkan pinjaman dgn memberi (menyerahkan) sesuatu cagaran: dia sanggup ~ utk membiayai persekolahan anaknya; ~ golok (bergolok) berikhtiar mendapatkan sesuatu dgn bergadai; ~ nyawa mempertaruhkan nyawa, meletakkan diri sendiri dlm keadaan yg boleh menyebabkan maut utk atau kerana seseorang atau sesuatu;Kamus Dewan Edisi Keempat
melurudatang dgn cepat (kerana hendak mendapatkan sesuatu), mengejar dgn cepat: ia ~ ke pintu mendapatkan anak itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuari Itempat mendapatkan batu, batu loh, dll dgn cara menggerudi, menembak, dsb; ~ pasir tempat mengambil pasir; menguari mendapatkan (mengeluarkan) batu dll dr kuari: batu kapur dikuari dan digunakan utk membuat simen.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas