| mendekatkan | 1 menjadikan dekat dgn; merapatkan; mendampingkan: Dia ~ sajian kuih-kuih itu kpd tetamunya. 2 menjadikan rapat (persaudaraan, perhubungan dsb); merapatkan: Perkahwinan itu telah ~ persaudaraan mereka | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mendekatkan | 1. meletakkan dsb supaya dekat atau berhampiran dgn, merapatkan, menghampirkan, mendampingkan: tong itu didekatkannya ke tepi perigi dan kemudian diisinya penuh-penuh dgn air; 2. menjadikan erat atau rapat (bkn perhubungan antara dua orang dll), merapatkan: sifat-sifatnya yg demikian itu ~ dia padaku; agama Islam telah ~ bangsa-bangsa tersebut kpd arus intelektual dunia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mendekatkan | 1. menjadikan dekat dgn; merapatkan; mendampingkan: Dia ~ sajian kuih-kuih itu kpd tetamunya. 2. menjadikan rapat (persaudaraan, perhubungan dsb); merapatkan: Perkahwinan itu telah ~ persaudaraan mereka. | Kamus Pelajar |
| menghampirkan | mendekatkan, mendampingkan, merapatkan: maka usungan pun dihampirkan orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mendempetkan | mendekatkan rapat-rapat, merapatkan hingga bertemu (bercantum, melekat): dia ~ pipinya ke pipi budak itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mendekapkan | mendekatkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyampingi | 1. mendekatkan (diri) dgn, berdampingan dgn, mendampingi; 2. ki me-nolong, membantu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merengkuh | menarik atau mendekatkan sesuatu ke arah diri sendiri; meraih: ~ dayung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| merengkuh | menarik atau mendekatkan sesuatu ke arah diri sendiri; meraih: ~ dayung. | Kamus Pelajar |
| rengkuh | ; merengkuh menarik atau mendekatkan sesuatu ke arah diri sendiri; meraih: ~ dayung. rengkuhan hal merengkuh; tarikan ke arah diri sendiri. perengkuh alat utk merengkuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |