| sindir | = sindiran perkataan dll yg digunakan utk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dgn terus terang, kiasan: banyaknya ~ kedengaran; mereka terdiam kerana mendengar percakapanku yg mengandungi sindiran itu; ~ kiasan = sindir-sindiran bermacam-macam sindir (sindiran): tiap-tiap kali balik dr situ, ada-ada sahaja pembawaannya, baik barang-barang mahupun ~ kiasan kpd Ramlah dan suaminya; menyindir mengatakan sesuatu (utk mencela, mengejek, mengeji) tidak dgn terus terang: dia selalu ~ anak-anak dara yg mandi berkemban di situ; pukul anak sindir menantu prb mengata-ngatai orang tetapi perkataan-perkataan itu ditujukan kpd orang lain; sindir-menyindir saling membalas sindiran, saling menyindir: mereka mengambil kesempatan utk ~ antara satu sama lain; tersindir (sudah) disindir (diejek): aku cukup berasa ~ oleh kata-kata Normah itu; penyindir orang yg (suka) menyindir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengata-ngatai | 1. mengeluarkan perkataan yg kurang sedap terhadap, bercakap buruk tentang (orang dll), mencaci, mencerca: orang muda itu ~ dia; dia sendiri dikata-katai dan suaminya disindir-sindir; 2. menegur (dlm erti mengherdik dll), memarahi; ~ adik memarahi adik; mengatakan 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, menuturkan: maka sekali-kali bapaku itu tiada mahu ~ aku ini tahu atau pandai atau memuji aku; 2. menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan: maka semuanya orang itu ~ mimpinya kpd raja; ada suatu perkara penting yg hendak dikatakannya kpd kita; 3. bp menganggap (sbg), membuat kesimpulan (bahawa): kalau kita boleh berbuat demikian, barulah kita dikatakan mempunyai fikiran yg kritis; binatang ini boleh dikatakan besar juga; 4. mencakapkan (utk atau sbg melahirkan pandangan dll tentang sesuatu): apa hendak dikatakan, bukan kita boleh menahannya; 5. memisalkan, mengandaikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mungkin | tidak mustahil, boleh jadi, harus: apa yg dikatakan oleh orang itu memang ~ ter-jadi; secepat (selekas) ~ (dgn) secepat yg boleh, (dgn) secepat-cepatnya; sedapat ~ sedapat-dapatnya; memungkinkan 1. menyebabkan mungkin, menjadikan mungkin, mengharuskan: ke-matian mereka ~ terjadinya sesuatu yg tidak diingini oleh manusia; 2. memberi kesempatan (kpd), membolehkan (melakukan sesuatu): ini tidak ~ si pengarang dapat mengata-kan dia sudah banyak membaca; 3. menganggap mungkin (boleh jadi), memandang tidak mustahil; kemungkinan perihal mungkin, keharusan: beberapa orang pakar sejarah sedang me-nyelidiki ~ agama Islam dibawa dr negeri China; berkemungkinan mempunyai kemungkinan, ada kemungkinannya: dgn ini bererti masih ada sistem planet di bintang lain yg ~ lebih tua usianya drpd planet bumi; ketidakmungkinan perihal tidak boleh terjadi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| udang I | sj binatang yg hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan berekor); jenis-jenisnya: ~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~ kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, dll; ~ kering udang yg dikeringkan; bongkok ~ melengkung badannya spt udang; kepala ~ ki bodoh benar; keropok ~ keropok yg dibuat drpd udang; pulut ~ sj makanan drpd pulut yg berintikan udang yg bercampur dgn kelapa yg diparut; ~ hendak mengata(i) ikan prb kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; ~ merentak dlm tangguk prb orang yg tidak tetap laku dan kedudukannya; ~ tak tahu dibongkoknya prb orang yg tidak insaf dgn kekurangan diri sendiri; bagai ~ dlm tangguk prb a) menggeletek-geletek kerana kesukaan; b) dlm kesukaran; bagai ~ tahi di kepala prb banyak hutangnya; banyak ~ banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya prb kegemaran (kemahuan, fikiran, dll) tiap-tiap orang itu tidak sama; berudang ada udang, terdapat udang; ~ di balik batu prb ada sesuatu yg tersembunyi drpd yg dilahirkan dgn mulut atau dgn perbuatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| paku I | 1. benda tajam biasanya drpd besi utk melekatkan papan dll, pasak besi; 2. tanda pangkat (pegawai) pd bahu baju tentera (polis dll): pegawai yg mempunyai dua ~ di bahunya; ~ Belanda = harga ~ harga tetap (tidak dapat ditawar-tawar lagi); ~ kembang sj jemeki utk perhiasan pd kasut; ~ payung paku yg kepalanya besar dan pipih; ~ pelir itik skru; ~ rebana paku yg berkepala kuningan; memulangkan ~ buah keras prb membangkitkan kembali perkara yg sudah lepas, menempelak; mengata ke dulang ~ serpih prb mencela perbuatan orang, tetapi perbuatan sendiri lebih buruk lagi; berpaku 1. mempunyai paku, ada pakunya; 2. dikenakan (dilekatkan dgn, dipasang) paku: dipenjarakannya di dlm satu kota kecil yg ~ dr luar; ~ pd berpegang teguh pd: memaku 1. memasang paku pd: ~ dinding; 2. ki tidak bergerak-gerak (dr tempat dll): kami berdua masih ~ di kerusi. memakukan 1. melekatkan sesuatu dgn paku: hujung rantai itu dipakukan pd suatu kepala balak; 2. ki melekatkan, mengekalkan (perhatian, ingatan, pandangan, dll): ia masih ~ matanya pd wajah isterinya; terpaku 1. telah dipaku (dilekatkan dgn paku): tutup peti itu sudah ~; 2. (duduk, berdiri, dll) dlm keadaan tidak bergerak-gerak (tidak berbunyi-bunyi): spt ~ ia ketika sampai di situ; semua yg mendengar kisahnya itu diam ~; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ pd muka gadis itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| aku | kata ganti diri pertama (biasa dipakai sewaktu berdoa kpd Tuhan atau di antara orang yg rapat perhubungan mereka, tetapi agak kasar terhadap orang yg perlu dihormati); beraku memakai kata aku (dlm perbualan dll); ~ berengkau memakai kata aku dan engkau; beraku-akuan 1. saling memakai kata aku; 2. saling menerima atau berjanji akan setia sbg (saudara dsb): mereka bukanlah sbg orang asing lagi, malah ~ saudara di dunia dan di akhirat; mengaku 1. membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar (bersalah, keliru, dll): pencuri itu sudah ~; 2. = ~ dirinya mengatakan diri (bodoh, kaya, pandai, dll), mendakwa bahawa dirinya (pandai, tidak bersalah dll); 3. menanggung, menyanggupi: siapa yg ~ biayanya? 4. menganggap (sbg), menerima sbg: ~ anak; ~ bapak; ~ hartanya; 5. membanggakan (memegahkan) diri: di mana-mana, ia ~ saja; mengakui 1. mengaku akan (kesalahan dll): ia ~ segala kesilapannya; 2. menganggap sbg sah atau sesungguhnya ada (berlaku dsb), mengiktiraf: Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia; 3. menyatakan berhak ke atas: jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu; 4. memasuki (bkn syaitan, jin, dll): sakit diakui jin; memperakui mengesahkan: lantikan tersebut adalah sah dan diperakui oleh undang-undang; memperakukan 1. memberikan sokongan (utk), menyetujui serta menyokong (atau menganjurkan): dia ~ dua hari cuti; 2. mengemukakan (menyarankan dsb) sbg baik (sesuai dsb): ~ beberapa buah buku utk diterjemahkan; teraku diakui: mazhab Hanafi merupakan salah satu drpd empat mazhab yg ~ dlm agama Islam; akuan 1. segala sesuatu yg diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yg menolong pawang); orang ~ orang yg dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yg mujarab ubat atau manteranya); keakuan sifat mementingkan atau berasa megah akan diri sendiri: kerana ~, ia tidak dapat menerima teguran; perakuan 1. proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yg diperakukan, saranan serta sokongan (utk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan; pengakuan 1. perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau mengakui: dia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| salah | 1 tidak spt yg semestinya; tidak betul; tidak benar: Hitungan kamu itu ~, buat semula. 2 sesuatu yg tidak baik atau yg tidak layak; cela: Apa ~nya kalau kita bertanya kpd guru. 3 perbuatan yg tidak patut atau yg tidak menurut undang-undang: Hukumannya setimpal dgn ~nya. 4 tidak kena pd yg dituju; tidak tepat: Tembakan yg kelimanya, ~ juga. ~ bantal berasa sakit pd leher selepas bangun drpd tidur. ~ bawa tidak pandai mentadbirkan sesuatu hal atau tersilap mengamalkan sesuatu ajaran. ~ cakap berbuat silap ketika bercakap menyebabkan orang lain sakit hati dll. ~ faham tidak mengerti akan hal yg sebenarnya. ~ kain terselak kain sehingga menampakkan kemaluan. ~ kata tidak betul perkataannya. ~ laku perlakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika. ~ langkah kesilapan pd permulaan melakukan sesuatu dan mengakibatkan keburukan (bencana) kpd diri seseorang. ~ mulut terlepas cakap (biasanya mengata-ngatai orang). ~ piantan salah waktu (musim) melakukan sesuatu dan hasilnya sia-sia saja. ~ sangka kesilapan membuat telahan, mis menuduh seseorang yg bukan-bukan. ~ satu (sebuah, seorang dll) satu (sebuah, seorang dll) drpd beberapa benda dsb. ~ urat tergeliat. bersalah berbuat sesuatu yg salah; ada salahnya: Jika aku ~, aku minta maaf. bersalahan 1 tidak sama (dgn); berbeza drpd; berlainan: Rupa paras gadis itu tidak ~ dgn rupa paras ibunya. 2 tidak sesuai (dgn); bertentangan (dgn): Kelakuan mereka itu ~ dgn adat resam orang-orang di sini. bersalah-salahan tidak cocok (dgn); tidak sefahaman; berbantah: Keluarga yg sering ~ tidak akan mengecap kebahagiaan. menyalahi 1 tidak menurut peraturan (hukum dsb); bersalahan dgn: Segala undang-undang dan peraturan yg lain tidak boleh ~ perlembagaan negara. 2 tidak membenarkan; mencela; menentang: Siapakah yg berani ~ arahannya? 3 berbuat salah (tidak baik) terhadap orang lain: Orang yg suka ~ orang lain akan menerima balasannya juga. menyalahkan 1 mengadakan salah; memandang salah: Kami berharap agar saudara tidak akan ~ mana-mana yg betul. 2 menuduh orang lain yg bersalah; menyatakan bersalah: Jika kerja kamu tidak berhasil, jangan ~ sesiapa. 3 menjadikan tidak kena; menangkis tikaman orang dll: Hang Tuah melompat ke kiri ke kanan ~ tikaman Hang Jebat. kesalahan 1 perbuatan yg salah; apa-apa yg salah: ~nya yg besar adalah menerima rasuah drpd tauke itu. 2 keadaan atau hal salah: ~ membuang sampah di merata-rata tempat. pesalah orang yg bersalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kata | 1. sesuatu yg diucapkan (dituturkan), cakap, ujar: orang yg angkuh itu juga biasa mengeluarkan ~ yg kesat kpd mereka; 2. (Lin) gabungan atau kesatuan bunyi yg mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu; ilmu bentuk ~ pengetahuan bkn bentuk kata (bkn awalan, akhiran, dll); suku ~ (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata: ada empat suku ~ pd perkataan ‘hulubalang’; ~ adat peribahasa yg berkaitan dgn adat; ~ akar (Lin) bentuk dasar dlm sesuatu kata yg boleh merupakan morfem bebas spt anak dlm beranak, atau morfem terikat spt jerumus dlm terjerumus; ~ alu-aluan ucapan (katakata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb); ~ ambilan kata yg diambil drpd bahasa asing, kata pinjaman; ~ bantu (Lin) jenis perkataan kecil yg biasanya bersambung pd kata lain (spt kah, lah, pun, dll), partikel; ~ bantu bilangan (Lin) kata yg membantu kata bilangan, penjodoh bilangan spt bilah, buah, ekor, helai, keping, orang, pucuk, dll; ~ basi ungkapan dll yg (sudah) selalu benar digunakan; ~ benda ark = ~ nama; ~ bilangan kata yg menyatakan banyaknya benda; ~ bulat persetujuan penuh, persetujuan sebulat suara; ~ dasar = ~ pokok kata yg menjadi pokok drpd kata terbitan (kata tanpa imbuhan spt pandang, gelisah, kuat, dll); ~ depan Id = ~ penghubung; ~ dua pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yg mengemukakan tuntutan (syarat dsb) yg mesti diterima oleh pihak lain yg terlibat dlm pertikaian (perundingan dsb) dengannya (dgn ugutan atau implikasi bahawa kalau tidak diterima oleh pihak yg lain itu akan menimbulkan peperangan, akibat buruk, dll); ~ entri = ~ masukan; ~ ganti (Lin) kata yg menjadi ganti kpd kata nama (dan menunjukkan atau merujuk kpd orang, haiwan atau sesuatu, mis dia, ia, mereka); ~ hati a) gerak hati, perasaan yg timbul dlm hati; b) angan-angan (dlm hati); ~ hikmat = ~ pujangga perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yg tinggi; ~ hubung (Lin) kata yg gunanya (fungsinya) menghubungkan dua kalimat (perkataan, rangkai kata, dsb), mis kerana dan supaya, sendi kata; ~ jadian = ~ terbitan; ~ keadaan ark = ~ sifat; ~ kerja (Lin) kata yg menyatakan sesuatu perbuatan; ~ kerja pasif (Lin) bentuk kata kerja (spt dipukul, ditangguhkan, kehujanan, dll) yg menyatakan bahawa pokok kalimatnya menderita sesuatu perbuatan (menjadi objek atau penyambut kpd kata kerja); ~ keterangan (Lin) kata yg menerangkan sesuatu kata; ~ laluan a) (Komp) gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod unik yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem; b) kata, ungkapan dsb rahsia yg dijadikan sbg pengenalan diri utk memasuki sesuatu tempat, menganggotai sesuatu pertubuhan dsb; ~ lawan = ~ berlawan kata yg berlawanan ertinya (spt besar dgn kecil, kuat dgn lemah, dll); ~ majmuk (Lin) kata yg merupakan gabungan atau rangkaian dua perkataan atau lebih yg dianggap sbg satu unit dan mempunyai satu pengertian (mis bumiputera, papan hitam, dll); ~ masukan kata atau ungkapan utama yg terkandung dlm sesebuah kamus, biasanya menurut urutan abjad yg ditakrifkan atau diberi keterangan tentang maknanya dll; ~ membazir (mubazir) kata yg tidak perlu turut digunakan kerana makna yg dimaksudkan telah jelas dlm perkataan lain; ~ nama (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat atau benda, antaranya termasuk kata nama am dan kata nama khas; ~ nama am (Lin) kata yg merujuk kpd benda, orang atau konsep yg umum, mis jalan, guru dan kegemilangan; ~ nama khas (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat benda yg khusus, mis Kuala Lumpur dan Muhammad; ~ nista kata-kata yg mencerca atau mencaci (sumpah seranah); ~ orang cakap orang, khabarnya; ~ pemutus (putus, pasti) kata yg menentukan (memutuskan atau memastikan) sesuatu perkara (spt pertunangan dll); ~ pendahuluan keterangan ringkas tentang tema atau isi buku pd permulaan buku oleh pengarangnya; ~ penghantar (pengantar) kata alu-aluan oleh tokoh tertentu untuk sesebuah buku dll, mukadimah; ~ penghubung = ~ perangkai kata hubung; ~ pinjaman kata yg telah digunakan (terserap) di dlm sesuatu bahasa tetapi berasal drpd bahasa lain; ~ pokok = ~ dasar; ~ pujangga = ~ hikmat; ~ sambutan ucapan (kata-kata) utk mengalu-alukan kedatangan seseorang; ~ sandang kata yg bertugas utk menentukan supaya sesuatu kata menjadi kata nama spt sang, si; ~ sasulan kesilapan menggunakan sesuatu kata bagi kata yg lain yg hampir sama bunyinya; ~ seasal kata-kata dlm berbagai-bagai bahasa yg sama asalnya; ~ sebunyi (Lin) kata-kata yg sama bunyinya (sebutannya) tetapi berlainan ertinya, homofon; ~ seerti kata-kata yg sama ertinya dlm sesuatu bahasa (spt kutip dgn pungut, dll), sinonim; ~ sendi nama (Lin) kata, spt di, ke dan dari yg digunakan di depan kata nama atau frasa nama; ~ sepakat (se-faham) persetujuan, muafakat; ~ seru a) kata utk menyeru (memanggil dll); b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); ~ sifat (Lin) kata yg menunjukkan (menyatakan) sifat atau keadaan seseorang atau sesuatu, adjektif; ~ tambahan Id kata yg menunjukkan keadaan kata-kata selain kata nama dan kata ganti; ~ terbitan kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn penggunaan imbuhan; ~ tugas (Lin) kata yg tidak mempunyai makna leksikal, tetapi mempunyai makna tatabahasa dan menunjukkan hubungan tatabahasa, mis dan, kepada dan ialah; ~ ulang (berulang) kata yg diulangi sebutan (penulisan) seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berkali-kali); ~ berjawab, gayung bersambut prb baik dibalas dgn baik dan jahat dibalas dgn jahat; ~ dahulu bertepati, ~ kemudian bercarian = ~ biarlah kota prb janji hendaklah ditepati; ~ seorang dibulati, ~ bersama diperiakan prb hal seseorang boleh diputuskan dgn orang itu sendiri tetapi perkara bersama hendaklah dirundingkan; ~ periuk, belanga hitam prb orang yg memburukkan orang lain sedangkan dirinya sendiri buruk juga; ~ tidak dipegangnya, janji tidak ditepati prb orang yg suka mungkir janji; ~ yg benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan prb tidak mahu mengakui kebenaran; elok ~ dlm muafakat, buruk ~ di luar muafakat prb kalau hendak berbuat sesuatu, eloklah dirundingkan dgn kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat; mengalih kain ke balik rumah, mengalih ~ ke hadapan prb memungkiri janji dgn tiba-tiba; sekata 1. sama bunyinya; 2. = seia ~ sepakat, setuju, sependirian, sependapat: dlm sebarang hal, mereka kerap ~ dan saling menyetujui; manusia ini memang tidak ~ dlm serba-serbi; 3. sama (sahaja), segaya, serupa: wasiat Bendahara kpd segala anak cucunya tiada ~, pd seorang seorang lain-lain, masing-masing pd patutnya; 4. sama (pd ukurannya, gerakannya, bentuknya, dll), tidak berbeza beza (berubah-ubah dsb) antara satu dgn yg lain (atau antara satu bahagiannya, ketikanya, dsb dgn yg lain): putaran roda itu sentiasa ~; gelendong itu dipusingkan dgn kadar laju ~; mencari luas rajah-rajah yg ~, spt rajah selari tepat, bulatan, dll; katakan 1. memisalkan, mengandaikan: ~lah kamu tidak ada gigi, tentulah kamu tidak dapat makan dgn banyak; ~lah orang di sini bodoh, atau ~lah apa yg kau suka; 2. bp gamaknya, kiranya, boleh dianggapkan (dimisalkan): bukan dia tak tahu, dia sengaja, muka tarpallah ~; berkata mengeluarkan apa yg terfikir dgn kata-kata, mengeluarkan kata-kata, bertutur: maka Hanuman pun ~, “Ya Tuanku maharesi ...”; ada Doris ~ benar spt apa yg telah dikatakannya kepadaku; ~ dua mengeluarkan perkataan yg berlainan drpd maksud yg sebenarnya; ~ siang melihat-lihat, ~ malam mendengar-dengar prb, Mn kalau hendak membicarakan sesuatu, baiklah berhati-hati; sudah ~ satu prb tidak berubah drpd yg telah diucapkan; berkata-kata bercakap-cakap, berbicara: janganlah tuan banyak ~ dan bicara lagi; hanya diamlah ia tiada ~ lagi sambil menyudahkan kerjanya; ~ dgn lutut prb bercakap-cakap dgn orang bodoh; mengata 1. mengucapkan kata-kata; jangan kata lagi a) tidak usah disebut lagi; b) sudah diketahui umum; 2. bercakap buruk tentang seseorang: ceritanya tak lain drpd ~ kawan-kawannya sahaja; barang yg dikata, itulah kota prb janji hendaklah ditepati; men | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| suku | 1. sl kaki; ~ lembu kaki lembu; 2. tiga bulan; 3. Kd, Pl seperempat ringgit (25 sen); 4. Id setengah rupiah; 5. = ~ emas sj wang emas yg digunakan juga sbg ukuran berat emas; 6. sebahagian drpd, bahagian; ~ kata satuan bunyi yg diucapkan sekali dlm sesuatu kata, bahagian kata; 7. satu drpd empat bahagian, seperempat (dlm matematik); 8. = suku-sakat; 9. Mn, NS golongan orang yg seketurunan (drpd sebelah ibu), kaum keluarga yg seketurunan (drpd sebelah ibu): maka menyembahlah penghulu yg empat ~ serta lembaga yg dua belas ~; 10. = ~ bangsa golongan bangsa yg menjadi bahagian kpd bangsa yg besar: mereka ialah orang asli drpd Kacir dan ~ Shan; ~ Jawa; 11. Kl, Ph, Tr terpisah, berasingan; duduk ~ duduk berasingan (di rumah dll); ~ abad dua puluh lima tahun; ~ batu seperempat batu yg bersamaan dgn 440 ela atau 402 meter; ~ jam lima belas minit; ~ kalimat bahagian drpd sesuatu kalimat; ~ tahun tiga bulan dlm setahun; ~ tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih prb orang sesuku sehina semalu (hina seorang hina semuanya, malu seorang malu semuanya); dekat mencari ~, jauh mencari hindu prb mencari pertalian keluarga, menyusurgalur; bersuku 1. sl berkaki; 2. mempunyai suku (bahagian-bahagiannya), berbahagian; 3. berkeluarga (berwaris), berkaum, masuk dlm salah satu suku; tidak ~ a) tidak termasuk dlm sesuatu suku; b) tidak tahu adat, biadab; bersuku-suku berkelompok (berkumpul dll) mengikut suku masing-masing, berkelompok-kelompok, berpuak-puak: mereka hidup dgn ~ atau berpuak-puak; sukuan 1. (Mat) bahagian yg besarnya suku drpd bulatan; 2. menunjukkan atau mengandungi unsur-unsur (ciri-ciri dsb) yg berkaitan dgn sesuatu suku bangsa, yg ada kaitannya atau hubungannya dgn sesuatu suku bangsa: bahasa ~; sastera ~; kesukuan perihal suku, bersifat suku: kadangkala kita terbaca puji-pujian yg ditujukan khas kpd orang Bugis, sekali lagi menunjukkan sikap ~nya; persukuan perihal hidup bersuku-suku, berpuak-puak menurut suku, adat bersukusuku: akan ditegakkan rumah utk isteri di atas tanah kepunyaan ~ sendiri; sepersukuan sama asal keturunannya, sama sukunya, seketurunan: yg seorang mengatakan Leman adalah ~, yg lain mengatakan bertali darah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |