| mengembalikan | 1 memulangkan sesuatu kpd tuannya; memberi balik: Mereka telah ~ semua surat yg tidak bertandatangan. 2 memulihkan atau mewujudkan keamanan dll kembali: Apakah langkah yg perlu diambil utk ~ keamanan di kawasan itu? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengembalikan | 1. mengirimkan (menghantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (menyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kembali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kembali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengembalikan | 1. memulangkan sesuatu kpd tuannya; memberi balik:Mereka telah ~ semua surat yg tidak bertandatangan. 2. memulihkan atau mewujudkan keamanan dll kembali: Apakah langkah yg perlu diambil utk ~ keamanan di kawasan itu? | Kamus Pelajar |
| memulihkan | 1. mengembalikan kpd keadaan yg semula, membaikkan, menyembuhkan: menawarkan khidmatnya utk menolong ~ keadaan; masa lapangnya digunakan utk menolong ~ akhlak budak-budak jahat; bagaimana kita ~ barang-barang yg rosak itu?; berusaha ~ lagi organisasi kaum buruh; 2. memberi kembali (kpd tuannya), memulangkan, mengembalikan: ia ~ barang itu kpd tuannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memulihkan | mengembalikan kpd keadaan yg semula; membaikkan; menyembuhkan: Kamu perlu berehat utk ~ kesihatan kamu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| meretur | mengembalikan, mengirim kembali: surat itu diretur kpd pengirimnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memulihkan | mengembalikan kpd keadaan yg semula; membaikkan; menyembuhkan: Kamu perlu berehat utk ~ kesihatan kamu. | Kamus Pelajar |
| meruat | 1. mengembalikan kpd keadaan yg dahulu: ~ harimau jadi-jadian; 2. menyelamatkan orang drpd malapetaka yg akan mengenainya, menolak bala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| membalikkan | 1. memulangkan, mengembalikan: ia menyuruh ~ wang itu; 2. mengubah letak atau arah sesuatu kpd yg berlawanan dgn asalnya atau sebelumnya: kerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yg sukar; 3. menyebabkan berubah (bertukar dsb) sama sekali: mengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku? 4. menghantar kembali, melantunkan: lantai, siling, dan dinding dibina drpd bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yg memukulnya; ~ kepala melihat ke belakang; ~ muka memalingkan muka; ~ perkataan membelitbelitkan perkataan; ~ punggung membelakangi, tidak mahu melihat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengasalkan | = ~ kpd memulangkan kpd, mengembalikan kpd (asal, keadaan semula); | Kamus Dewan Edisi Keempat |