| mengumumkan | memberitahukan sesuatu kpd orang ramai; memaklumkan: Guru sudah ~ keputusan peperiksaan kpd murid-murid. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengumumkan | 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengumumkan | memberitahukan sesuatu kpd semua orang; memaklumkan: Guru sudah ~ keputusan peperiksaan kpd murid-murid. | Kamus Pelajar |
| pengumuman | 1 perbuatan atau hal mengumumkan; pemberitahuan kpd orang banyak. 2 sesuatu yg diumumkan; pernyataan utk mengumumkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| merasmikan | mengumumkan dgn rasmi; mengesahkan: Menteri Pelajaran telah hadir utk ~ seminar itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| memproklamasikan | mengumumkan dgn rasmi kpd seluruh rakyat: kita harus ~ kemerdekaan sebelum Jepun menyerah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengisytiharkan | mengumumkan, memaklumkan, mempernyatakan, memasyhurkan: ia ~ pertunangannya; di Kuala Lumpur diadakan istiadat besar ~ kemerdekaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merasmikan | mengumumkan dgn rasmi; mengesahkan: Menteri Pelajaran telah hadir utk ~ seminar itu. | Kamus Pelajar |
| menggazet | mewartakan, mengumumkan, atau mengisytiharkan (secara sah dlm media rasmi): Ireland digazet sbg sebuah republik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mencanangkan | 1. mengumumkan kpd orang ramai (dgn memukul canang dll), menyerantakan; 2. menceritakan ke merata-rata tempat, mengheboh-hebohkan: kanak-kanak di kampung itu berlari ke sana sini ~ kejadian itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |