| setia | 1. teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), tetap hati: ia sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih, dan kerana ~; sumpah ~ a) sumpah utk tetap setia selama-lamanya; b) sumpah yg tidak akan diubah lagi; 2. berpegang teguh (pd janji dll), patuh, taat: anak-anak mudanya menuruti langkah bapanya dgn rajin dan tekun dan para gadisnya menuruti cara ibunya dgn patuh dan ~; tidaklah diragui lagi bahawa dia orang yg ~ kpd ketuanya; ~ lencana Id pingat tanda kesetiaan (dlm tentera); S~ Mahkota Johor nama bintang kehormatan yg dianugerahkan oleh Sultan Johor; ~ rahsia pembantu yg mengurus hal-hal peribadi dan urusan-urusan sulit, pembantu khas; bersetia mengaku setia, bermuafakat: lalu ~ dan berjanji penghulu Linggi itu dgn Bugis; kesetiaan perihal setia, keteguhan hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), ketaatan: Pahang yg dahulunya menjadi sebahagian drpd kerajaan Melaka, sekarang mengubah ~nya kpd Sultan Johor; persetiaan perjanjian mengaku setia: jika akan mungkir drpd sumpah dan drpd ~ itu , janganlah bersembunyi-sembunyi; Matelieff menandatangani satu ~ baharu dgn Sultan Johor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| setia rahsia | pembantu yg mengurus hal-hal peribadi dan urusan-urusan sulit, pembantu khas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| wajib | Ar 1. hukum suruhan (dlm Islam) yg apabila dilaksanakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan berdosa, mis sembahyang lima waktu dan menunaikan zakat: ada lima rukun Islam yg ~ ditunaikan oleh tiap-tiap orang Islam; 2. tidak boleh tidak (diamalkan, dilakukan, dsb), mesti, perlu: orang tua ~ memberikan asuhan yg cukup kpd anak mereka; 3. sudah seharusnya (sepantasnya, sepatutnya): kita ~ mengucapkan syukur dan berterima kasih kpd orang yg telah menolong kita; ~ belajar kemestian menuntut ilmu (belajar); ~ pajak Id orang yg wajib membayar cukai; sewajibnya semestinya, sewajarnya, seharusnya: ~lah mereka bersatu padu dan bekerjasama utk mencapai kemajuan; berwajib bertanggungjawab mengelolakan atau mengurus sesuatu (bkn orang, institusi, dll): bantahan itu sudah disampaikan kpd yg ~; bidang ini juga melibatkan DBP, pihakpihak yg ~, dan orang ramai dlm menentukan taraf bahasa Melayu di negara ini; mewajibkan 1. menjadikan wajib (dilakukan, diamalkan, dll), menjadikan kemestian, memestikan, mengharuskan: Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut syarat dan undang yg diwajibkan ke atas seorang Islam? 2. menyerahkan tugas (kerja dll) kpd, memestikan sesuatu kpd: kerajaan ~ suntikan cacar; kewajiban, kewajipan 1. sesuatu yg diwajibkan, kemestian, keharusan: ia setia kpd suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya; 2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas perintah: kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut; berkewajiban, berkewajipan mempunyai kewajiban (tanggungjawab), bertanggungjawab: suamilah yg ~ mencari sara hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |