| menobatkan | menjadikan raja; menabalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menobatkan | menaikkan ke atas takhta kerajaan, menjadikan raja, memahkotai, menabalkan: oleh Sultan Alauddin anakanda baginda itu dirajakan baginda di Kampar, dinobatkan dahulu di Melaka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menobatkan | menjadikan raja; menabalkan. | Kamus Pelajar |
| menabalkan | merasmikan menjadi raja; menobatkan: Dlm tahun 1865, Raja Ali telah ditabalkan menjadi Sultan Perak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| merajakan | mengangkat menjadi raja; menobatkan: Setelah Sultan Ali mangkat, pembesar-pembesar Perak telah ~ Raja Ismail sbg gantinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menabalkan | merasmikan menjadi raja; menobatkan: Dlm tahun 1865 Raja Ali telah ditabalkan menjadi Sultan Perak. | Kamus Pelajar |
| merajakan | mengangkat menjadi raja; menobatkan: Setelah Sultan Ali mangkat pembesar-pembesar Perak telah ~ Raja Ismail sbg gantinya. | Kamus Pelajar |
| menabalkan | 1. merasmikan (mengumumkan) menjadi raja, menobatkan: baginda hendak ~ putera baginda sbg ganti; 2. sl mengarak (surat dll) dgn upacara, membawa dgn arak-arakan: maka kata itu ditabalkan dibawanya turun ke perahu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tabal | menabalkan merasmikan menjadi raja; menobatkan: Dlm tahun 1865 Raja Ali telah ditabalkan menjadi Sultan Perak. | Kamus Pelajar |
| memahkotai | meletakkan atau mengenakan mahkota ke kepala raja; menobatkan seseorang menjadi raja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |