Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
minum (kata kerja)
Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap, menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;,
Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lemoned(lémonéd) sj minuman ringan yg dibuat drpd jus lemon.Kamus Dewan Edisi Keempat
kafe/kafé/ restoran kecil yg menyajikan makanan dan minuman ringan. ~ siber kafe yg menyediakan perkhidmatan komputer yg dilengkapi Internet kpd pelanggan atau pengunjung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kafe(kafé) restoran kecil yg menyajikan ma­kanan dan minuman ringan; ~ siber kafe yg menyediakan perkhidmatan komputer berinternet kpd pelanggan atau pengunjung.Kamus Dewan Edisi Keempat
kudapan1. makanan ringan spt keropok yg dimakan di luar waktu makan; 2. makanan ringan spt minuman kopi dan kuih-muih yg dimakan sekadar mengalas perut dlm sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pd waktu minum petang atau selepas makan malam;Kamus Dewan Edisi Keempat
kudap1. makanan ringan spt keropok yg dimakan di luar waktu makan; 2. makanan ringan spt minuman kopi dan kuih-muih yg dimakan sekadar mengalas perut dlm sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pd waktu minum petang atau selepas makan malam; mengudap memakan kuih yg dibeli di luar waktu makan; pengudap orang yg suka mengudap.Kamus Dewan Edisi Keempat
kudap-kudap1. makanan ringan spt keropok yg dimakan di luar waktu makan; 2. makanan ringan spt minuman kopi dan kuih-muih yg dimakan sekadar mengalas perut dlm sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pd waktu minum petang atau selepas makan malam;Kamus Dewan Edisi Keempat
ringan1 tidak berat: Bungkusan yg ~ itu diangkatnya dgn sebelah tangan. 2 ki mudah dijalankan atau mudah dikerjakan: Menyusun kamus bukanlah pekerjaan yg ~. 3 tidak berapa berbahaya (bkn penyakit dll): Orang yg mendapat luka-luka ~ dlm kemalangan itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 4 ki tidak memabukkan (bkn minuman): Dia menyajikan minuman ~ kpd kami. 5 ki tidak mustahak; tidak penting: Permusuhan antara kedua-dua negara itu tidak boleh dipandang ~. ~ kepala mudah memahami sesuatu yg diajarkan. ~ mulut peramah; suka bercakap-cakap. ~ tangan a. suka menolong orang yg dlm kesusahan; cepat membuat kerja. b. suka mengambil hak atau kepunyaan orang lain. ~ tulang rajin bekerja. meringankan 1 menjadikan ringan; memudahkan; menyenangkan: Mesin-mesin moden sesungguhnya telah dpt ~ kerja para petani di kampung. 2 memandang tidak mustahak atau tidak penting; menganggap ringan (mudah): Dia tidak suka ~ agamanya. keringanan keadaan atau hal ringan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ringan1. tidak berat, enteng: kayu ~; bung­kusan yg ~ diangkat dgn sebelah tangan; 2. senang dilakukan atau dijalankan (pekerjaan, pembayaran, dll), mudah: pekerjaan guru bahasa bukanlah pekerjaan yg ~; 3. tidak mendalam (kandungannya dsb), tidak me­nimbulkan kerumitan atau kesulitan (kpd pembaca, pelajar, dsb): akhbar dan majalah yg popular sering memuatkan cerpen-cerpen yg bersifat ~; bahan-bahan bacaan ~; 4. tidak penting, tidak mustahak, enteng, kecil, remeh (perkara dll): sikap permusuhan antara kedua-dua negara itu tidak boleh di­pan­dang ~; dikenakan cukai yg ~; ke­sa­lah­­an ~ kesalahan yg kecil sahaja; per­bualan ~ perbualan mengenai perkara-perkara remeh; ­ najis ~ najis yg memadai disucikan dgn hanya menjirus air sahaja (kencing anak laki-laki di bawah umur dua tahun yg meminum susu ibunya sahaja); 5. tidak terlalu (sangat), tidak berbahaya (pe­nyakit dll), tidak berat: akibat drpd per­tempuran itu, beberapa orang men­dapat luka ~; 6. tidak memabukkan (mi­numan, tembakau, dll): mereka menyajikan minuman ~; 7. ringkas dan tidak mengenyang­kan (bkn makanan), hidangan makanan yg tidak begitu mengenyangkan (bkn jamuan): jamuan ~; 8. mudah, ringkas (pakaian): ia berpakaian ~; 9. perlahan, rendah (suara dll): kalimat itu diikuti oleh keluhan ~; ia me­lenggang ~ me­nuju ke daun pintu; 10. kecil-kecil, halus-halus, tidak lebat (hujan): kadang-kadang rintik-rintik hujan yg berpanjangan itu turun dgn kasarnya, kadang-kadang ~ pula; 11. cepat mengeluarkan buah (tanam­an): padi ~; pisang ~; ~ kaki suka berkunjung (melawat dll); ~ kepala mudah memahami (mengerti) ajaran; ~ mulut (lidah) a) peramah, lancar, dan fasih tutur katanya, suka bercakap; b) suka cerewet (banyak mulut); ~ tangan a) suka menolong, cepat berbuat sesuatu; b) suka mengambil hak orang, gemar mencuri; ~ tulang rajin bekerja, tangkas; ~ sama dijinjing, berat sama dipikul = berat sepikul, ~ sejinjing prb bersama-sama dlm suka dan duka atau sama-sama menger­jakan sesuatu; ~ tulang berat perut prb siapa yg rajin bekerja, ia banyak beroleh rezeki; beringan-ringan sl meringankan; meringani Mn; ~ datang dgn suka hati datang, sudi datang; meringankan 1. menjadikan ringan, meng­en­­teng­kan, memudahkan: ~ bebanan; dlm usaha ~ hikayat ini, diusahakan supaya ke­asli­­an penulisannya dikekalkan; 2. = me­ringan-ringankan menganggap ringan (mudah dll): ia sangat ~ agamanya; ia se­ngaja ~ hukum; pe­nyakit yg berjangkit tidak boleh diringan-ringan­kan; sembahyang tidak sekali-kali boleh diringan-ringankan; 3. ki mengurang­kan (hukuman): merayu supaya hukuman mati itu diringankan kpd penjara seumur hidup sahaja; ~ kaki sudi datang; memperingan menganggap lebih ringan (lebih mudah, lebih tidak bererti, dll): jangan engkau peringan ibadatmu kpd Allah; keringanan 1. perihal ringan: ia meminta ~, meminta dikurangkan bebannya; 2. ter­lampau ringan; peringanan perihal meringankan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaki I1. anggota badan (mulai dr paha ke bawah) utk berjalan (berdiri, melompat, dsb): sebelah ~nya dilunjurkan; ~ kewet Kl kaki tempang; (ber)jalan ~ berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan; mesin (jahit) ~ mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; 2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah): ~nya terlalu besar utk kasut itu; tapak ~ permukaan kaki yg di bawah se­kali (dr tumit hingga ke jari); 3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat se­suatu benda berdiri: ~ kerusi; ~ meja; 4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu; ~ gunung bahagian bawah gunung; ~ kain bahagian kain sarung yg di sebelah bawah; ~ langit bahagian langit yg kelihatan spt ber­temu dgn permukaan laut atau bumi; ~ seluar bahagian seluar yg menyelubungi kaki (apabila dipakai); 5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda: se~ bunga; se~ payung; se~ kunyit; 6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter: kira-kira satu ~ setengah tingginya; 7. ki (orang yg) suka melakukan sesuatu: ~ arak; ~ pancing; ~ arak orang yg suka minum arak; ~ bajang tiang yg beralaskan batu dll yg lebar; ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan, pendapat dsb orang lain; ~ bangku (orang yg) tidak pandai ber­main (menyepak) bola; ~ botol orang yg suka minum minuman keras; ~ buli orang yg suka menyakiti, menganiayai atau menakuti orang yg lemah (utk membuat sesuatu); ~ butang benang penjahit yg dililitkan di bawah butang yg dikenakan pd baju dll; ~ gaduh (orang yg) suka bergaduh; ~ hutan tepi (pinggir) hutan; ~ judi (orang yg) suka berjudi; ~ lima a) lantai di antara depan (deretan) kedai atau rumah dgn tepi jalan; b) lantai yg beratap yg meng­hubungkan dua buah rumah; ~ (meng)umpat orang yg suka mengumpat; ~ pancing orang yg suka dan biasanya pandai memancing; ~ papan unit ukuran papan gergaji (dgn dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu inci tebal); ~ perempuan orang yg suka main perempuan; ~ seribu lari kerana ketakutan, langkah seribu; ~ telanjang kaki yg tidak berkasut; ~ tengkar orang yg suka bertengkar; ~ tiga penopang kamera dll, tripod; ~ tiung padi yg hampir masak; ~ tunggang kaki botol; ~ naik, kepala turun prb tidak berhenti-henti bekerja utk mencari rezeki; ~ pekuk lenggang ke perut prb orang yg hodoh; ~ sudah ter-langkahkan, tangan sudah terjembakan Mn, prb sudah melakukan kesalahan; berjalan peliharakan ~, berkata peliharakan lidah prb berhati-hati apabila melakukan atau mem­perkatakan sesuatu; cepat ~ ringan tangan prb sangat cekap dan suka menolong; naik basuh ~ sahaja prb mendapat sesuatu dgn mudah sahaja; terikat ~ tangan prb tidak bebas atau tidak berkuasa (lagi); berkaki mempunyai (memakai) kaki; ~ seribu lari kerana ketakutan, membuka langkah seribu; ~ kpd (pd) bergantung pd; mengaki 1. turut bekerja dgn tidak mendapat bayaran (upah); 2. menurut segala perintah, mengabdi, patuh: betapa garangnya ia, tunduk ~ juga kpd anggota polis; ~ langit rata (lurus) sbg kaki langit; ~ meja bp tidak naik darjah; pekaki; ~ layar galah besar di sebelah bawah layar.Kamus Dewan Edisi Keempat
makan1. memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu: jemputlah ~ kuih ini; ~ candu menghisap candu; ~ pil menelan pil; ~ sirih mengunyah sirih; 2. = ~ nasi memamah serta menelan nasi: engkau sudah ~ Sim? 3. rezeki: bagaimana hendak mencari ~ kalau ke-sihatanku selalu terganggu; 4. menggunakan (menghabiskan, memerlukan, dll) masa, wang, dll: pekerjaan ini banyak ~ belanja; menggali parit ini sahaja ~ masa lebih kurang dua bulan; kereta saya banyak ~ minyak; 5. me­lukai atau menembusi (senjata, air soda, dll), lut: ditikamnya, tetapi tidak ~; 6. bekerja spt yg dijangkakan (brek dll): brek basikal ini tak ~; 7. dapat masuk (barang yg dimasukkan ke lubang dll), masuknya: paku itu hanya setengah inci ~ ke dlm papan itu; 8. mengikut (nasihat dll), menerima (pengaruh, pujukan, dll): inilah jadinya kalau orang tak ~ nasihat; sedikit pun tidak ~ dlm hatinya bahawa tunangnya tidak setia kepadanya; 9. ki menggelapi (wang dll), mengambil secara haram (wang): Pegawai Perumahan ini kuat ~ duit; ~ ampun sl minta ampun; ~ angin a) bersiar­siar utk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran, dll); b) mendapat angin (kapal, layar, dll); ~ angkat suka dipuji-puji; ~ arwah kenduri arwah (utk memperingati orang yg telah mati); ~ bawang ki marah; ~ benak menarik keuntungan yg besar; ~ ber-adap memakan nasi adap-adap (biasanya nasi kunyit berserta dgn lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ berdamai makan bersama-sama pertama kali (bkn pe­ngantin); ~ besar a) jamuan makan beramai­ramai dgn berbagai-bagai jenis hidangan ma­kanan, minuman dsb; b) jamuan makan ber­sama-sama ahli keluarga pd petang atau malam menjelang Tahun Baru Cina; ~ budi menerima kebaikan (pertolongan dll) orang lain; ~ bunga mengambil keuntungan (fa­edah) drpd apa yg dipinjamkan; ~ butir Kl dlm keadaan motobot dsb tersangat sarat dgn muatan (hingga air mencecah papan teratas): duduk baik-baik kerana bot ini ~ butir. Nanti tenggelam; ~ cekak sanggup melawan (meng­atasi dll); ~ dalam (orang yg) pendiam tetapi banyak berfikir atau pengalaman; ~ (meng-hisap) darah a) mengambil untung yg besar drpd orang lain (spt mengenakan bunga yg sangat tinggi sewaktu meminjamkan wang dll); b) sebal hati, bersedih; ~ dawai (kawat, kerawat, tali) sangat miskin; ~ di punca kain Kl hidup melarat; ~ diri kesihatan terganggu (kerana sedih dll); ~ duit (emas) a) menerima wang suap; b) membelanjakan wang kerajaan (majikan dll) utk keperluan sendiri; ~ gaji (upah) bekerja pd orang utk mendapat gaji (upah); ~ gambar fotogenik; (banyak, ke-nyang) ~ garam mempunyai banyak peng­alaman dlm hidup; ~ hak melanggar hak orang; ~ hati (berulam jantung) dukacita yg amat sangat (akibat gagal dlm percintaan dll); ~ kawan (teman) sendiri menyusahkan (memfitnah, mencelakakan, dll) kawan sen­diri; ~ kerawat sangat miskin; ~ keringat orang menikmati kesenangan hidup dgn me­meras tenaga orang; ~ kuli bekerja sbg kuli; ~ luar a) makan di kedai, warung, restoran dsb (bukan di rumah); b) ki mengadakan hubungan seks bukan dgn suami atau isteri sendiri; ~ malam (pagi, siang) makan pd waktu malam (pagi, siang) hari; ~ nasi dgn garam sangat miskin; ~ nasi kawah makan beramai-ramai (sewaktu membuat sesuatu pekerjaan dll); ~ nikmat sl makan makanan yg lazat-lazat; ~ pelewar dlm keadaan motobot dsb yg dipenuhi air hingga mencecah enjin: Ali menimba air dlm botnya kerana air sudah ~ pelewar; ~ pencen hidup dgn mendapat wang pencen drpd kerajaan (sesudah bersara); ~ puluk Id makan dgn tangan; ~ ransom makan beramai-ramai; ~ riba meminjamkan wang dgn bunga yg tinggi; ~ sahur makan sebelum masuk waktu imsak dlm bulan Ramadan; ~ suap (sogok) menerima suap (rasuah); ~ sumpah = dimakan sumpah mendapat kesusahan kerana ingkar akan sumpah, terkutuk; ~ tanah a) jatuh tersungkur di tanah; b) sangat miskin; ~ tangan a) kena penumbuk (tinju); b) mendapat keuntungan besar secara tidak disangka-sangka; ~ tanggung hidup di bawah jagaan orang lain; ~ tidur hidup dgn tidak membuat apa-apa pekerjaan; ~ tuan mengenai tuannya sendiri (senjata dll); ~ tulang menyuruh orang supaya bekerja kuat; ~ hati berulam jantung prb menderita kerana perbuatan orang yg karib (spt sahabat, suami, dll); ~ upas berulam racun prb hidup dlm kesusahan; sudah ~ bismillah prb tidak me­nurut aturan, terbalik; telah habis maka di-makan prb berhemat cermatlah dlm semua perkara; tempat ~ jangan diberaki prb jangan membuat sesuatu yg tidak baik kpd orang yg pernah memberi perlindungan (pertolongan dll); tidak ~ siku-siku prb cakap seseorang yg berleleran sahaja (tidak menurut tujuannya); memakan 1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~ sarapan pagi; 2. me­merlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dll), mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu ringgit; pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3. merosakkan, mem­binasakan, memusnahkan: rumah itu dima-kan api; pisau itu dimakan karat; 4. memati­kan (dlm permainan catur dll): hampir dima-kannya raja saya; dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya (pakaian); dimakan tikus bp digelapkan (di­gunakan) wang dll; dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua; memakani memakan dgn banyaknya, acap­kali memakan: ia asyik ~ buah-buahan yg dibawanya sendiri dr rumah; memakankan 1. mengusahakan (memberi dll) supaya sesuatu dimakan; 2. memakan utk; termakan 1. sudah dimakan (dlm erti kiasan dll): besi itu habis ~ karat; 2. makan dgn tidak sengaja: Ali dirawat di rumah sakit sebab ~ racun; dia ~ a) dia kena racun; b) dia kena guna-guna; 3. ki dapat diterima (akal dll), terpengaruh; perkataan itu ~ olehnya perkataan itu dapat diterimanya; 4. dapat dimakan: ikan yg didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi; ~ budi menerima pertolongan (kebaikan dll) drpd orang lain, kebudian; ~ bulan terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan; ~ dlm hati meresap dlm hati; ~ janji tidak menepati janji; ~ oleh akal masuk akal, boleh diterima oleh fikiran; makanan apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; makan-makanan bermacam-macam jenis makanan; kemakanan habis dimakan: jagalah baik-baik pedang itu, supaya tidak ~ karat; pemakanan 1. jenis-jenis makanan yg la­zimnya dimakan atau ditentukan utk di­makan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll: masalah salah ~ dan kekurangan vita-min masih lagi berleluasa di dunia moden hari ini; ~ yg tidak seimbang; ~ semasa hamil; 2. perbuatan (proses) makan: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses ~ dan peminuman; pemakan 1. orang (binatang dll) yg mema­kan: binatang ini termasuk jenis binatang ~ daging; 2. apa yg digunakan utk jodoh ma­kanan: lauk ~ nasi; kapur ~ sirih; se~ sirih sama lamanya dgn orang makan sirih; 3. orang yg suka makan: Ali memang ~; ~ bawang ki orang yg pemarah; ~ gaji orang yg makan gaji; ~ upah orang yg mengambil upah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas