| pengunyah nombor(number cruncher) | Komputer yang dapat memproses nombor besar atau mengira fungsi matematik dengan sangat pantas. | Kamus Komputer |
| kunyahan nombor(number crunching) | Keadaan komputer yang memproses nombor dengan pantas. | Kamus Komputer |
| nombor rekod(record number) | Nombor pengenalan yang diberikan kepada rekod untuk membolehkan rekod tersebut dirujuk. | Kamus Komputer |
| nombor perlapanan(octal number) | Nombor dalam sistem angka yang berdasarkan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7. | Kamus Komputer |
| nombor perenambelasan(hexadecimal number) | Nombor dalam sistem angka yang berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F. | Kamus Komputer |
| nombor perduaan(binary number) | Nombor yang menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1. | Kamus Komputer |
| nombor peranti(device number) | Nombor pengenalan yang diberikan kepada peranti dalam sistem untuk memudahkan panggilan. | Kamus Komputer |
| nombor kerja(job number) | Nombor pengenalan yang diberikan oleh sistem kepada sesuatu kerja. | Kamus Komputer |
| sistem nombor perlapanan(octal number system) | Sistem nombor yang menggunakan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7, untuk mewakili sebarang nombor. Dalam sistem ini, nombor merupakan gandaan kuasa lapan. | Kamus Komputer |
| nombor siri kartrij(cartridge serial number) | Nombor siri khas yang diberikan kepada pita kartrij untuk memudahkan pengenalannya. | Kamus Komputer |