| pengiluminasi | 1 orang yang mengiluminasi: Di Baghdad, terdapat pengedar kertas, penterjermah, penulis, penyalin, pustakawan, penjual buku dan pengiluminasi. 2 sesuatu yang digunakan untuk mengiluminasi: Pengiluminasi hendaklah digunakan di bawah alis mata. | Kamus DBP versi dalam Talian |
| upih | pangkal pelepah yg lebar dan tipis (spt yg terdapat pd pelepah pinang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| wayang | 1 gambar atau patung yg dibuat drpd kulit, kayu dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita. 2 = ~ gambar (gelap) pertunjukan gambar hidup: Saya suka menonton ~ cerita perang. panggung ~ panggung tempat wayang gambar dipertunjukkan. 3 pertunjukan pentas, spt bangsawan, sandiwara: anak ~ orang yg berlakon dlm sesuatu pertunjukan pentas. ~ golek (patung) wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll). ~ kulit (purwa) wayang drpd patung-patung yg dibuat drpd kulit. ~ orang sandiwara Jawa yg melakonkan cerita-cerita yg berasal dr kitab Mahabharata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| psikologis | pakar dlm bidang psikologi; ahli psikologi; pakar psikologi
| Kamus DBP versi dalam Talian |
| pah palih | (berkenaan sifat sesuatu benda, orang dan sebagainya) lebih sangat daripada yang biasa atau melampau; 1)Pah palih besarnya rumah dia! 2) Pah palih nakalnya budak ni!; Pahang. | Kamus DBP versi dalam Talian |
| veteran | /véteran/ 1 bekas askar (perajaurit, pejuang). 2 jago lama (dlm gelanggang bola sepak dll); bekas pemain. 3 orang yg banyak pengalamannya dlm sesuatu perkara. ~ perang askar yg pernah terlibat dlm sesuatu peperangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| umbut | bahagian pangkal pucuk batang pokok palma (spt kelapa, enau) yg lembut dan boleh dimakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| wakil | 1 orang yg diberi kuasa utk menggantikan orang lain; pengganti: Ia hadir dlm mesyuarat itu sbg ~ pengarah. 2 orang yg dilantik sbg utusan sesebuah negara, perkumpulan dll: Duta ialah ~ pemerintah sesebuah negara di negara lain. 3 orang yg mengurus perdagangan dll utk orang lain; ejen. ~ dagang orang yg dilantik utk mengurus perdagangan. ~ pos pejabat pos kecil di kampung-kampung. ~ rakyat ahli parlimen. ~ tunggal wakil perdagangan yg satu-satunya. berwakil mempunyai wakil; memakai wakil: Jika tidak dpt datang sendiri, saudara boleh ~. mewakili menjadi wakil kpd; menggantikan sbg wakil: Beliau telah dilantik utk ~ Malaysia dlm persidangan itu. mewakilkan 1 memberi kuasa kpd seseorang utk menjadi wakil: Pengundi tidak boleh ~ orang lain utk mengundi. 2 menyerahkan kpd orang lain utk diurus: Dia ~ adiknya utk mengurus perniagaannya. perwakilan 1 segala sesuatu mengenai wakil; perihal wakil. 2 beberapa orang utusan (bagi pihak kerajaan, syarikat dll); perutusan: Kerajaan Malaysia telah menghantar satu ~ perdagangan ke Beijing. 3 pejabat yg mewakili sesebuah negara sebelum ada duta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| yangki | 1 orang Amerika umumnya (khasnya penduduk New England di Amerika). 2 pemuda(-pemuda) yg terikut-ikut dgn gaya pemuda(-pemuda) Amerika (bkn kelakuan dan pakaiannya): seluar ~ seluar potongan seluar gembala lembu di Amerika. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| unjuran | 1 anggaran atau jangkaan ttg sesuatu (hasil pengeluaran, pelaksanaan tugas dsb) pd masa depan, biasanya berdasarkan data atau maklumat semasa: Pihak pengurusan membuat ~ keuntungan yg lebih berbanding dgn keuntungan pd tahun lalu. 2 lakaran bentuk sesuatu objek dll spt yg dpt dilihat dr arah tertentu. 3 sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |