| sepantas-pantas | biar betapa pun pantasnya: ~ seseorang itu berlari, akhirnya dia akan kecundang juga oleh jaguh itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| globalisasi | fenomena yg menjadikan dunia kelihatan kecil dr segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat: Dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar. mengglobalisasikan menyebarkan atau meluaskan sesuatu aktiviti ekonomi, kebudayaan dsb ke peringkat dunia: Matlamat mereka adalah utk ~ perniagaan agar mendapat keuntungan yg banyak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mara II | bergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju: barisan tentera itu ~ dgn pantasnya sungguhpun mereka menemui tentangan; memarakan menggerakkan ke hadapan, memajukan; kemaraan perihal bergerak (melangkah dll) maju, kemajuan: hulubalang telah berhim-pun di Pedas utk menyekat ~ Raja Melewar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berakah | sl cakap besar, sombong: yg pertama masuk, Tun Isap namanya, ialah menghuluhulukan orang masuk itu dgn pantasnya, tetapi sekali juga ia masuk tiada lagi masuk, takut ia, dinamai orang Tun Isap B~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bumi | 1 dunia sbg imbangan langit; dunia yg bulat tempat kediaman kita: ~ bergerak mengelilingi matahari. 2 tanah tempat kita berpijak: Terlalu pantasnya Hang Tuah mengelakkan tikaman musuh itu seakan-akan tidak menjejak ~. ~ istana tanah tumpah darah. ~ rata penghancuran binaan, bangunan dsb dan kemudian meratakannya dgn tanah. membumi 1 menetap di sesuatu tempat. 2 menuju ke bumi. 3 masuk ke bumi (ttg dawai atau arus elektrik). membumikan memasukkan ke dlm bumi (ttg dawai atau arus elektrik). ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bumi | 1. dunia sbg imbangan langit; dunia yg bulat tempat kediaman kita: ~ bergerak mengelilingi matahari. 2. tanah tempat kita berpijak: Terlalu pantasnya Hang Tuah mengelakkan tikaman musuh itu seakan-akan tidak menjejak ~. ~ hangus pemusnahan segala yg mungkin berguna kpd musuh (spt bangunan, barang-barang dsb). ~ istana tanah tumpah darah. ~ rata penghancuran binaan, bangunan dsb dan kemudian meratakannya dgn tanah. membumi 1. menetap di sesuatu tempat. 2. menuju ke bumi. 3. masuk ke bumi (ttg dawai atau arus elektrik). membumikan memasukkan ke dlm bumi (ttg dawai atau arus elektrik). ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan. | Kamus Pelajar |
| pantas I | 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) berĀcakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; sepantas-pantas biar betapa pun pantasnya: ~ seseorang itu berlari, akhirnya dia akan kecundang juga oleh jaguh itu; memantaskan mencepatkan, melekaskan: langkahnya pun dipantaskan; kepantasan 1. kecepatan, kelajuan: kuda atau zirafah badannya ramping dan lurus, sesuai benar dgn ~ larinya; 2. kecekapan, ketangkasan: pd malamnya terdapat gelanggang manusia menunjukkan ~ pencak silatnya; pemantasan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantaskan, pencepatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |