| muka | 1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; 3. sebelah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke) pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7. = permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll), bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung): kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang ~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan (tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang; ~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg dipotong melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama melibatkan diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu; ~ pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; ~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu; ~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu; ~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi sebenarnya banyak hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri, orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuatbuat laku baik atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal; di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan di belakang tetapi ~; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa menjelang puasa; wang ~ cengkeram; ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), memberi pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya diterima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisahkan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm kampungnya dan disegani dlm daerahnya; muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja; semuka sama mukanya, berhadapan muka; bersemuka berhadapan muka (dgn), bertemu muka (dgn): belum pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; per-temuan ~ boleh menimbulkan masalah; menyemukakan menemukan berhadap-hadapan, membuat supaya berhadapan muka; bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis; tidak ~ ki malu; bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll); 3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura: isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~ panjangnya; permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit; pengemukaan perihal (perbuatan dsb) mengemukakan: nama beliau sering dihubung-kan dgn ~ aspek kelemahan karya; pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| badan | 1. tubuh, jasad (manusia): pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di ~nya; 2. pokok tubuh (selain anggota dan kepala): ~nya gemuk tetapi kakinya kurus; susuk ~ keadaan bentuk badan dr segi fizikal, susuk tubuh; tidak sedap ~ tidak (berapa) sihat; ~ tengah naik badan sedang membesar; 3. bahagian yg (ter)utama drpd sesuatu: ~ baju; ~ kereta; 4. diri (sendiri); ~ malang diri orang yg malang; 5. kumpulan orang yg merupakan suatu kesatuan utk mengerjakan sesuatu: ~ penasihat; ~ amanah; 6. bahagian utama (penting) ucapan (buku, dokumen, dsb) dan tidak termasuk pendahuluan (penutup, lampiran, dsb), isi; 7. agensi, pertubuhan: FELDA ialah sebuah ~ kerajaan; ~ berkanun; ~ amanah badan utk menyelenggarakan harta dll bagi faedah seseorang atau sesuatu golongan; ~ berkanun agensi kerajaan yg ditubuhkan utk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu; ~ kehakiman badan yg diberi kuasa utk mentafsirkan undang-undang; ~ boleh dimiliki, tetapi hatinya tidak prb walaupun menjadi atau bersifat spt hamba atau orang lemah terhadap orang yg berkuasa, namun hatinya tidak begitu; hancur ~ dikandung tanah, budi baik terkenang juga prb budi bahasa yg tidak akan dilupakan orang; rosak ~ kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku prb kerana penyakit, rupa kita boleh menjadi buruk dan kerana kelakuan jahat, nama baik bangsa atau suku itu boleh tercemar; berbadan mempunyai badan: gadis itu ~ langsing; ~ dua hamil; memperbadankan menjadikan perbadanan, menubuhkan (sesuatu) sbg perbadanan; perbadanan agensi yg ditubuhkan oleh kerajaan utk menjalankan (melaksanakan) fungsi yg tertentu: ~-~ yg bebas spt Lembaga Letrik Negara dan Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang; P~ Kewangan Antarabangsa; P~ Kemajuan Ekonomi Negeri; P~ Perfileman Nasional; pemerbadanan penubuhan sbg perbadanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| haluan | 1. bahagian depan perahu (kapal, bot dsb), lwn buritan: ia berdiri di ~ perahu; angin ~ angin yg datang dr depan (perahu dll); 2. yg terdahulu atau terdepan; ~ kata kata pendahuluan; 3. arah, hala, jurusan: mereka lari lintang-pukang tiada tentu ~nya; mengambil ~ mengarah ke; mengubah ~ mengubah arah; 4. cita-cita, maksud, tujuan: engkau datang ke negeriku ini apatah ada ~mu; berpaling ~ mengubah sikap dll; menukar ~ a) mengubah arah; b) menukar cita-cita (maksud, tujuan); 5. bahagian sebelah hadapan tubuh manusia, bahagian tubuh binatang dekat dgn kepalanya; ~ dempak = ~ pepat = ~ tegak haluan yg pepat; ~ hidup cita-cita hidup; ~ politik arah tujuan politik; ~ sembah NS pegawai yg menjadi perantaraan bagi orang yg hendak menghadap raja (undang); sehaluan searah, secita-cita, setujuan: mereka nampaknya ~ dan sefahaman; berhaluan mempunyai haluan: parti politik yg ~ kanan; menghaluankan mengarahkan, mencita-citakan, menujukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| muka | 1 bahagian kepala di sebelah hadapan dr dahi hingga ke dagu: ~nya penuh dgn jerawat. air ~ a. rupa muka. b. maruah. 2 bahagian yg di hadapan; sebelah hadapan: Ia pergi ke pintu ~ utk melihat siapa yg datang. 3 hadapan: Perkara itu telah dibawa ke ~ pengadilan. 4 = ~ surat halaman (buku, makalah dll). 5 = permukaan bahagian yg di sebelah atas bidang yg menutupi sesuatu atau yg di atas sekali: Gunung Tahan tingginya 2,185 meter atau 7,186 kaki dr ~ laut. 6 yg terdahulu; pendahuluan; permulaan: wang (duit) ~ wang (duit) yg dibayarkan pd mulanya; cengkeram. 7 yg akan datang: minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. ~ bumi bahagian bumi yg di sebelah atas yg meliputi bahagian yg datar, gunung-ganang dll; bidang bumi. ~ manis rupa muka yg menarik. ~ masam rupa muka yg menyatakan tidak senang atau kecewa. ~ papan muka yg tak tahu malu. ~ pintu ruang atau lapangan pintu tempat keluar masuk. ~ tebal (tembok) muka tak bermalu. kehilangan ~ mendapat malu. muka-muka; dgn ~ tidak ikhlas. bermuka mempunyai muka: tidak ~ malu. bermuka-muka 1 berhadap-hadapan; di hadapan muka. 2 tidak dgn ikhlas; berpura-pura: Orang itu ~ supaya segala kehendaknya dpt belaka. permukaan bahagian yg di sebelah atas sesuatu (bumi dll): ~ jalan itu tidak rata. pemuka orang yg di muka dlm sesuatu kegiatan, usaha dll; pemimpin; pembimbing; penganjur. di muka 1 di hadapan muka; dgn terang-terang: Ia membuat teguran ~ orang yg bkn. 2 di hadapan; di depan: ~ umum di hadapan khalayak ramai; ~ puasa menjelang puasa. ke muka 1 ke hadapan: Dia segera pergi ~ kelas apabila dipanggil oleh gurunya. 2 maju; mara: Dia ~ apabila dicabar oleh lawannya. mengemukakan 1 membawa ke hadapan atau ke muka. 2 mengetengahkan (sesuatu pendapat, cadangan dll); mengutarakan; mencadangkan. terkemuka diketahui umum; terkenal; ternama: Dlm bidang ekonomi, beliau memang ~ di Malaysia ini. semuka berhadapan muka. bersemuka bertemu muka; berhadapan muka. menyemukakan mempertemukan berhadap-hadapan; menjadikan berhadap-hadapan. persemukaan perbuatan atau hal bersemuka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mula | 1. = asal ~ asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke ~nya; 2. yg paling awal, yg dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang ~ wang yg dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa ~nya dia datang ke mari? mula-mula 1. terlebih dahulu, pd awalnya, pertama-tama: binatang yg ~ sekali mening-galkan laut utk hidup di darat ialah cacing; 2. sejak, semenjak: ~ sampai ia belum makan lagi; semula 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; bermula 1. mempunyai mula (awal): penya-kit ini ~ dgn selesema; 2. berpunca, berpangkal: banjaran ini ~ dr negara Thai; 3. = bermula-mula terdahulu sekali, pertamatama: bermula-mula yg masuk neraka itu segala raja yg zalim; 4. sediakala, yg dahulu, yg mula-mula: kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk spt ~ dan berpandang-pan-dangan; 5. = sebermula sl pembuka kata utk sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb), pertama-tama: ~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun; sebermula bangkai bertimbun spt gunung, darah spt laut; 6. sl (yg) awal atau asal: maka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana, dr ~ sampai kpd akhirnya; kebermulaan perihal (keadaan) bermulanya: mustahillah utk mempercayai ~ waktu; mulai 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini; memulakan 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu: dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan (mengerjakan) dr mula, mengasaskan: me-mang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara perniagaan itu; 3. membiarkan mula melakukan sesuatu: orang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan; termula bp telah dimulakan: apabila sudah ~, susah hendak meninggalkan candu rokok ini; permulaan 1. awal, yg awal (pertama) sekali, yg terdahulu: pd peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2. dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yg mem-buat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3. pendahuluan; ~ kata (kalam) kata pendahuluan: penyiasatan ~; berpermulaan mempunyai permulaan: se-suatu perbuatan harus ~; pemula 1. orang yg mula-mula membuat sesuatu; 2. sesuatu yg dipakai utk memulakan sesuatu; 3. Id pasukan anak serigala (sebelum pengakap). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| muka | 1 bahagian kepala di sebelah hadapan dr dagu hingga ke dahi: ~nya penuh dgn jerawat. air ~ rupa muka; wajah. 2 bahagian yg di hadapan; sebelah hadapan: Ia pergi ke pintu ~ utk melihat siapa yg datang. 3 hadapan: Perkara itu telah dibawa ke ~ pengadilan. 4 = ~ surat halaman buku. 5 = permukaan bahagian yg di sebelah atas bidang yg menutupi sesuatu atau yg di atas sekali: Gunung Tahan tingginya 2,185 meter atau 7,186 kaki dr ~ laut. 6 yg terdahulu; pendahuluan; permulaan: wang (duit) ~ wang (duit) yg dibayarkan pd mulanya; cengkeram. 7 yg akan datang: minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. ~ bumi bahagian bumi yg di sebelah atas yg meliputi bahagian yg datar, gunung-ganang dll; bidang bumi. ~ dua tidak jujur; belot. ~ manis rupa muka yg menarik. ~ masam rupa muka yg menyatakan tidak senang atau kecewa. ~ papan muka yg tak tahu malu. ~ pintu ruang atau lapangan pintu tempat keluar masuk. ~ tebal (tembok) muka tak bermalu. muka-muka;dgn ~ tidak ikhlas. bermuka mempunyai muka: tidak ~ malu; ~ dua berlaku tidak jujur. bermuka-muka 1 berhadap-hadapan; di hadapan muka. 2 tidak dgn ikhlas; berpura-pura: Orang itu ~ supaya segala kehendaknya dpt belaka. permukaan bahagian yg di sebelah atas sesuatu (bumi dll): ~ jalanitu tidak rata. pemuka orang yg di muka dlm sesuatu kegiatan, usaha dll; pemimpin; pembimbing; penganjur. di muka 1 di hadapan muka; dgn terang-terang: Ia membuat teguran ~ orang yg bkn. 2 di hadapan; di depan: ~ umum di hadapan khalayak ramai; ~ puasa menjelang puasa. ke muka 1 ke hadapan: Dia segera pergi ~ kelas apabila dipanggil oleh gurunya. 2 maju; mara: Dia ~ apabila dicabar oleh lawannya. mengemukakan 1 membawa ke hadapan atau ke muka. 2 mengetengahkan (sesuatu pendapat, cadangan dll); mengutarakan; mencadangkan. terkemuka diketahui umum; terkenal; ternama: Dlm bidang ekonomi, beliau memang ~ di Malaysia ini. semuka berhadapan muka. bersemuka bertemu muka; berhadapan muka. menyemukakan mempertemukan berhadap-hadapan; menjadikan berhadap-hadapan. persemukaan perbuatan atau hal bersemuka. | Kamus Pelajar |
| buka | jarak lintangnya; besar lebarnya: Jalan raya yg baru dibina itu, ~nya lima depa. berbuka, = ~ puasa makan atau minum ketika masuk matahari sesudah berpuasa pd siangnya; mengakhiri puasa dgn makan atau minum. membuka 1 menjadikan tidak bertutup atau tidak tertutup lagi: Pagi-pagi lagi, ibu sudah ~ jendela supaya udara bersih masuk ke dlm rumah. 2 menjadikan tidak berpakaian lagi; melucutkan pakaian dsb: Sebelum memasuki masjid, kita hendaklah ~ kasut terlebih dahulu. 3 menjadikan tidak bersimpul lagi: ~ tali. 4 menjadikan tidak bergulung atau tidak berlipat lagi; mengembangkan atau membentangkan hingga tidak kuncup: ~ payung; ~ lipatan. 5 memulakan sesuatu usaha, kegiatan dll; mengusahakan sesuatu perkara dll: Syarikat Syamelin telah ~ beberapa buah kedai di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. 6 menjadikan dpt dilihat atau diketahui: ~ rahsia. ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu atau hendak melakukan sesuatu. ~ jalan memulakan sesuatu tindakan utk memungkinkan tindakan-tindakan berikutnya dilakukan dgn licin. ~ langkah a. mula melangkah. b. mula melakukan sesuatu tindakan. ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat. ~ mata melihat (dlm berbagai-bagai hal). ~ mulut berkata; menuturkan sesuatu. ~ telinga mendengar baik-baik. ~ belang menceritakan keburukan seorang kpd orang lain. membukakan membuka sesuatu utk: Ia ~ adiknya jendela yg masih tertutup di bilik tidurnya. terbuka 1 tidak tertutup lagi; sudah dibuka tutupnya. 2 tidak tersekat atau tidak terlarang; siapa-siapa pun boleh masuk. bukaan ist 1 bahagian terbuka pd sesuatu jasad berbentuk tetap yg membenarkan cahaya, air dll melaluinya. 2 bahagian kanta pd kamera, teleskop dsb yg membenarkan cahaya melaluinya. perbukaan makanan yg disediakan utk berbuka puasa. pembukaan perbuatan atau hal membuka: Majlis ~ musabaqah membaca al-Quran di Stadium Negara itu telah dihadiri oleh lebih drpd 15,000 orang. pembuka 1 orang yg membuka: ~ jalan. 2 alat yg digunakan utk membuka: ~ botol. ~ kata pendahuluan atau permulaan kata. ~ selera sesuatu yg membuka selera atau yg mendatangkan selera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| buka | jarak lintangnya; besar lebarnya: Jalan raya yg baru dibina itu, ~nya lima depa. berbuka = ~ puasa makan atau minum ketika masuk matahari sesudah berpuasa pada siangnya; mengakhiri puasa dgn makan atau minum. membuka 1. menjadikan tidak bertutup atau tidak tertutup lagi: Pagi-pagi lagi, ibu sudah ~ jendela supaya udara bersih masuk ke dlm rumah. 2. menjadikan tidak berpakaian lagi; melucutkan pakaian dsb: Sebelum memasuki masjid, kita hendaklah ~ kasut terlebih dahulu. 3. menjadikan tidak bersimpul lagi. ~ tali. 4. menjadikan tidak bergulung atau tidak berlipat lagi; mengembangkan atau membentangkan hingga tidak kuncup:~ payung; ~ lipatan. 5. memulakan sesuatu usaha, kegiatan dll; mengusahakan sesuatu perkara dll: Syarikat Syamelin telah ~ beberapa buah kedai di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. 6. menjadikan dpt dilihat atau diketahui: ~ rahsia. ~ jalan memulakan sesuatu tindakan utk memungkinkan tindakan-tindakan berikutnya dilakukan dgn licin. ~ langkah a. mula melangkah. b. mula melakukan sesuatu tindakan: ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat. ~ mata melihat (dlm berbagai-bagai hal). ~ mulut berkata; menuturkan sesuatu. ~ telinga mendengar baik-baik. ~ belang menceritakan keburukan seorang kpd orang lain. membukakan membuka sesuatu utk: Ia ~ adiknya jendela yg masih tertutup di bilik tidurnya. terbuka 1. tidak tertutup lagi; sudah dibuka tutupnya. 2. tidak tersekat atau tidak terlarang; siapa-siapa pun boleh masuk. perbukaan makanan yg disediakan utk berbuka puasa. pembukaan perbuatan atau hal membuka: Majlis ~ musabaqah membaca al-Quran di Stadium Negara itu telah dihadiri oleh lebih drpd 15,000 orang. pembuka 1. orang yg membuka: ~ jalan. 2. alat yg digunakan utk membuka: ~ botol. ~ kata pendahuluan atau permulaan kata. ~ selera sesuatu yg membuka selera atau yg mendatangkan selera. | Kamus Pelajar |
| punca I | 1. hujung (benang, obor, tali, dll); ~ tali kail hujung tali kail yg dipegang; 2. sudut kain (sebai, selendang, dll) yg lepas tergantung: terpandang ~ baju layang dlm tiang seri; ~ sebai hujung sebai yg tergantung; 3. tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar, pendahuluan (pengetahuan dll); kitab ~ usuluddin; perpustakaan sekolah mestilah berkhidmat sbg ~ pengajaran; 4. pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan dll): ~ pertengkaran yg umum sekarang ialah soal-soal pilihan raya; harta akan terus menjadi ~ ketegangan yg hebat; ibu dan anak-anak yg sihat itu adalah satu drpd ~-~ kebahagiaan rumah tangga; apa ~nya apa sebabnya; mula ~nya mulanya (sebabnya); tidak tentu ~nya tidak tentu pokok persoalannya; tenggelam (kehilangan) ~ tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); tidak tahu apa yg hendak dibuat; ~ ganda dua ( ) (spt 4 = 2), akar (Id); ~ ganda tiga (3 ) (spt 3 8 = 2 dll); ~ persamaan (Mat) nilai nombor yg tidak diketahui dlm ilmu hisab (spt 2n + 7 = 25 dll); 5. sumber, asal (berita, penghidupan, pendapatan, dll): berita ini diperoleh drpd ~ yg boleh dipercayai, matahari boleh dikatakan sbg satu ~ kehidupan; dinamo itu merupakan suatu ~ tenaga elektrik; wang yg didapati drpd segala ~; ~ hasil sumber pendapatan; ~ kekayaan sumber kekayaan; ~ pendapatan perkara yg mendatangkan pendapatan; berpunca; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kata | 1 bunyi atau gabungan bunyi yg mempunyai erti tertentu yg diucapkan atau yg dilambangkan dgn tulisan (merupakan unit drpd sesuatu bahasa): Membaling ialah sinonim utk ~ melempar. 2 apa-apa yg dilahirkan dgn ucapan; ujar; cakap: ~nya dia hendak pergi ke Jakarta. ~ akar kata yg belum diberi apa-apa imbuhan. ~ benda (nama) kata yg menyatakan nama sesuatu benda (spt kerusi, meja, rumah). ~ dasar kata akar atau kata terbitan yg dpt diberi imbuhan. ~ dua tuntutan atau syarat oleh sesuatu pihak yg mesti dipenuhi oleh pihak penerima tanpa soal jawab (jika tidak sesuatu tindakan akan diambil terhadap pihak penerima). ~ gabung kata yg terdiri drpd gabungan dua kata yg ditulis sbg satu kata spt warganegara dan antarabangsa. ~ ganda kata yg diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berulang-ulang, rerambut). ~ ganti nama kata yg digunakan utk menggantikan kata nama lain spt kata ganti nama diri utk menunjukkan orang mis dia, saya, kamu. ~ hati a. perasaan yg timbul dlm hati seseorang. b. angan-angan. ~ hikmat (pujangga) kata-kata drpd orang bijak pandai yg mempunyai pengertian yg tinggi. ~ hubung kata yg fungsinya adalah utk menghubungkan dua kalimat, perkataan, rangkai kata dsb, mis kerana dan supaya. ~ kerja kata yg menyatakan perbuatan. ~ laluan gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod tertentu yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem. ~ majmuk rangkaian kata dgn kata, kata dgn kata pokok yg tidak dpt berdiri sendiri atau dgn bahagian drpd sesuatu kata yg membawa makna tertentu (spt lompat jauh, bola tampar, tunjuk ajar). ~ nama am kata nama yg merujuk kpd benda, orang atau konsep yg umum, mis rumah, meja dan jalan. ~ nama khas kata nama yg merujuk kpd orang, tempat atau benda yg khusus, mis Ahmad, Ipoh dan Menara Kuala Lumpur. ~ pendahuluan huraian atau keterangan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh pengarangnya sendiri. ~ pengantar kata alu-aluan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh seseorang yg bukan pengarangnya. ~ penghubung kata hubung. ~ penyerta kata sandang. ~ pokok kata dasar. ~ sandang kata (spt si, sang) yg terletak di depan kata-kata tertentu yg digunakan sbg nama timangan, utk mengejek, utk menghormati dll. ~ sendi nama kata yg merangkaikan kata nama atau frasa nama, spt dr, di, dan ke. ~ seru kata yg digunakan utk menyatakan rasa terkejut, rasa sakit dll spt aduh, oh, dan wah. ~ sifat (adjektif) kata yg menunjukkan sifat sesuatu benda. ~ terbitan kata yg terjadi atau terdiri drpd kata akar dan imbuhan yg disatukan. ~ tugas kata yg tidak mempunyai makna leksikal tetapi mempunyai makna tatabahasa, iaitu makna jika kata itu wujud dlm ayat, mis dan, kepada dan ialah. ~ ulang (berulang) kata ganda. berkata mengeluarkan fikiran (pendapat dll) dgn kata-kata; bercakap; bertutur: Kanak-kanak itu pun ~ perlahan-lahan. berkata-kata bercakap-cakap; berbicara; berbual. mengatai, mengata-ngatai bercakap buruk ttg seseorang: Saya tidak tahan mendengar dia ~ saya. mengatakan 1 memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2 mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan: Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3 menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi. memperkatakan 1 berkata ttg sesuatu; mempercakapkan: Isinya sedikit tetapi diperkatakan dgn bahasa yg berulang-ulang. 2 menjadikan sbg perkara atau sbg bahan yg dibincangkan; membicarakan: Sambil membaca, cuba fikirkan apakah perkara penting yg diperkatakan dlm makalah ini. perkataan 1 kumpulan kata; kata. 2 apa-apa yg dikatakan (diucapkan) orang. sekata 1 sama bunyinya. 2 tidak lebih atau tidak kurang; sama menyeluruh. 3 = seia ~ sama-sama setuju; sepakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |