Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kaji I1. pelajaran (agama dll); ~nya masih rendah bacaan Qurannya masih sedikit; 2. cabang ilmu pengetahuan, pengetahuan atau penyelidikan (mengenai sesuatu); pendek ~ pendek kata, pendeknya; putus ~ sudah mengambil keputusan tetap (tidak boleh berubah lagi); ~ selidik kegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik utk mengetahui kedudukan dsb sesuatu dgn nyata; lancar ~ kerana diulang, pasar jalan kerana diturut prb kepandaian (kemahiran) diperoleh kerana dibiasakan mengerjakannya; sukar ~ pd orang alim, sukar wang pd orang kaya prb Mn orang berilmu tidak mudah atau cepat memutuskan sesuatu masalah atau membuat sesuatu keputusan dan orang kaya pula tidak mudah mengeluarkan wang kalau tidak mendatangkan keuntungan; mengaji 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesai­kan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi; mengajikan membaca Quran utk (orang yg telah mati); mengkaji menyelidik dan meneliti dgn mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dll): sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk utk ~ rang undang-undang tersebut; ia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu; terkaji dapat diselidiki (diperiksa, diduga); tidak ~ tidak dapat diselidiki, tidak terduga; kajian 1. kegiatan (usaha, proses) mengkaji; ~ kes kajian tentang sesuatu isu (institusi, orang dsb) berdasarkan data, maklumat dsb terperinci yg dikumpulkan dlm jangka masa tertentu; 2. = pengajian; pengajian 1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjem-put Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pe­ngajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pem­belajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video; pengkajian perihal mengkaji, penelitian, penyelidikan: ~ dan penilaian karya-karya sastera; ~ utk mencari kegunaan baru getah masih dijalankan; pengkaji (orang) yg mengkaji: ~ sastera Melayu moden; ~ cuaca.Kamus Dewan Edisi Keempat
pendek kata (cakap, kaji),= ~nya dgn ringkasnya; ringkasnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pendek kata (cakap)dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup;Kamus Dewan Edisi Keempat
madah I1. kata yg terutamanya digunakan utk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu men-dengar ~ Tuan Penghulu itu; 2. sl perkataan; berpanjang ~ berkata (menghuraikan dll) dgn panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pen­deknya; bermadah 1. bersyair dll dgn memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia mem-bisu sahaja; 2. berkata: senang manusia berkata apa yg disukainya tanpa memikirkan akibat atau padahnya, senang mereka ~; memadahkan mengucapkan, mengatakan: madahkan juga barang hajat tuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pendek madahpendek kata, pen­deknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
pendek kajipendek kata, pendeknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
singkatnyapendek kata, pendeknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
singkat kata= ~nya pendek kata, pendeknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
pendek /péndék/1 sedikit ukurannya dr hujung ke pangkal; tidak panjang; tidak tinggi; pandak; rendah: Bajunya berlengan ~. 2 tidak lama; singkat: dlm waktu yg ~. ~ akal (fikiran) tidak luas fikirannya; tidak berfikiran panjang. ~ kata (cakap, kaji), = ~nya dgn ringkasnya; ringkasnya. ~ nafas mudah berasa mengah; sesak nafas. ~ umur lekas mati. memendekkan membuat jadi pendek; menyingkatkan; meringkaskan: Dia ~ ceritanya. kependekan 1 keadaan pendek. 2 singkatan atau ringkasan drpd sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan: A.M.N. ialah ~ Ahli Mangku Negara.Kamus Pelajar
pendek(péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas: mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin uzur; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahu­an, dll), picik; ~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~ permintaan pendek umur; memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan; memendekkan 1. menjadikan pendek, me­motong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menying­katkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; pemendekan perihal (perbuatan dsb) me­mendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas