| pengganding akustik(acoustic coupler) | Peranti elektronik yang digunakan untuk menyambungkan komputer pada talian telefon melalui gagang telefon. Peranti ini menukarkan isyarat digital komputer ke dalam bentuk denyutan nada bunyi dengan cara pengaruhan. Ini membolehkan data dihantar melalui talian telefon. Pada bahagian penerima peranti ini akan menukarkan semula nada denyutan kepada bentuk isyarat digital. Peranti ini disebut pengganding akustik kerana peranti ini menggunakan teknik penukaran akustik untuk penukaran isyarat. | Kamus Komputer |
| penyambung(connector) | 1. Peranti pengganding yang digunakan untuk menghubungkan secara elektrik atau mekanikal dua liang, muka, kabel, casis atau/dan peranti. 2. Lambang carta alir yang digunakan untuk menyatakan titik masuk atau keluar bagi carta alir. | Kamus Komputer |
| modem akustik | modem yg menggunakan pengganding akustik utk menyambungkan komputer pd gagang telefon. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| modem akustik(acoustic modem) | Modem yang menggunakan pengganding akustik untuk menyambungkan komputer kepada gagang telefon. | Kamus Komputer |
| modem | /modém/ ist sj peranti yg digunakan utk membolehkan komputer berhubung antara satu sama lain melalui talian telefon. ~ akustik modem yg menggunakan pengganding akustik utk menyambungkan komputer pd gagang telefon. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |