Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.si.han] | ڤڠيسيهن

Definisi : 1. perbuatan mengisih (mengatur, menyusun), pengaturan, penyusunan; 2. perbuatan mengatur (mengasing-asingkan menurut jenis dsb), pengasing-asingan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengisihan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengisihan1. perbuatan mengisih (mengatur, menyusun), pengaturan, penyusunan; 2. perbuatan mengatur (mengasing-asingkan menurut jenis dsb), pengasing-asingan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pengisihan rekod(record sorting)Pengisihan yang dilakukan terhadap rekod untuk membolehkan rekod disusun mengikut aturan tertentu.Kamus Komputer
isihan pepohon(tree sort)Kaedah pengisihan yang dilakukan dengan menukarkan butiran pada ranting sebagai nod untuk pepohon. Apabila sesuatu butiran sampai ke nod akar, butiran itu akan ditukarkan kepada nod daun yang terkecil. Sinonim isihan timbunan.Kamus Komputer
isihan pandir(naive sort)Kaedah pengisihan yang dilakukan secara lurus, tanpa menghiraukan sebarang maklumat yang boleh membantu mempercepat isihan.Kamus Komputer
isihan blok(block sort)Kaedah pengisihan yang dilakukan pada kumpulan blok data dan bukan pada data individu.Kamus Komputer
isihan baldi(bucket sort)Kaedah pengisihan yang mengumpulkan rekod dalam kumpulan tertentu dan menyimpannya dalam sektor tertentu dalam cakera komputer. Untuk mencari sebarang rekod, pemproses hanya perlu menjenguk ke dalam baldi atau sektor tertentu dan mendapat kembali rekod tersebut.Kamus Komputer
isihan abjad angka(alphanumeric sort)Kaedah pengisihan objek mengikut susunan angka, susunan abjad, atau kedua-duanya sekali.Kamus Komputer
isihan tertib menurun(descending order sort)Kaedah pengisihan yang dilakukan untuk menyusun butiran-butiran, supaya yang besar atau yang terkemudian terletak di hadapan dan yang kecil atau yang terdahulu berada di belakang. Misalnya, g, f, e, d, c, b, a atau 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1.Kamus Komputer
isihan tertib menaik(ascending order sort)Kaedah pengisihan yang dilakukan untuk menyusun butir-butir supaya yang kecil atau yang terdahulu berada di hadapan dan yang besar atau yang terkemudian berada di belakang. Misalnya, a, b, c, d, e, atau 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7.Kamus Komputer
isihan luaran(external sort)1. Fasa kedua dalam pengisihan berulang kali. Rentetan data akan digabungkan berterusan sehingga salah satu rentetan yang berjujukan terbentuk. 2. Isihan data atau rekod yang dilakukan di luar atur cara.Kamus Komputer
12

Kembali ke atas