| penindasan | perbuatan atau hal menindas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| penindasan | perbuatan menindas: dlm pemerintahan diktator kerap berlaku ~ kebebasan dan hak-hak asasi manusia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penindasan sifar(zero suppression) | Tindakan pencetak untuk tidak mencetak aksara sifar yang tidak penting dalam suatu nombor atau sifar lelebih di hujung perkataan terakhir di dalam penimbal cetakan. | Kamus Komputer |
| penindasan | perbuatan atau hal menindas. | Kamus Pelajar |
| aniaya | perbuatan yg menyakiti atau menyeksa manusia atau binatang, kezaliman, penindasan, penyeksaan: raja yg berbuat ~ akan dibenci rakyat; menganiaya, menganiayai melakukan aniaya, menindas, menyeksa: apabila seseorang perempuan dianiayai oleh suaminya, dia boleh meminta pertolongan drpd kadi;teraniaya telah dianiayai, diseksa, ditindas: fakir miskin tiadalah ~ di negeri itu; Allah tetap berada di pihak yg ~;penganiayaan perbuatan menganiayai, pe-nyeksaan, penindasan: dlm perlumbaan kuda, binatang itu menerima ~ juga; penganiaya orang yg menganiayai, penyeksa, penindas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tindas; menindas | penindasan perbuatan atau hal menindas. | Kamus Pelajar |
| penganiayaan | perbuatan menganiayai, pe-nyeksaan, penindasan: dlm perlumbaan kuda, binatang itu menerima ~ juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penindihan | perihal menindih, penghimpitan, penekanan, penindasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pembelengguan | perbuatan membelenggu: kemerdekaan yg melepaskan sebarang bentuk atau rupa penaklukan, ~, dan penindasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pejuang kebebasan | orang yg berjuang utk membebaskan diri, tanah air dsb drpd belenggu, cengkaman, penindasan dsb penjajah atau kuasa asing | Kamus Dewan Edisi Keempat |