| digit perduaan(binary digit) | Digit atau unit terkecil data dalam sistem perduaan. Digit perduaan ini hanya dapat mengambil dua keadaan, iaitu logik 0 atau logik 1. Singkatan bit. | Kamus Komputer |
| perlapanan berkod perduaan(binary coded octal) | Sistem kod yang menggunakan nombor perduaan yang panjangnya tiga bit untuk mewakili angka bagi suatu nombor perlapanan. Misalnya, nombor 357 dalam sistem perlapanan dikodkan sebagai 011 101 111 dalam sistem perlapanan berkod perduaan. | Kamus Komputer |
| perpuluhan berkod perduaan(binary coded decimal) | Sistem mengekod data dengan angka perpuluhan asas 0 hingga 9 diwakili oleh angka perduaan empat bit yang setara (misalnya, 1 = 0001 dan 9 = 1001). Mengikut sistem ini, sebarang angka perpuluhan akan diceraikan kepada angka yang berasingan dan kemudian digantikan dengan nombor perduaan yang setara. Misalnya, 473 dalam sistem perpuluhan = 0100 1001 0011 perpuluhan berkod perduaan. Sistem ini digunakan untuk memudahkan penukaran nombor perpuluhan kepada bentuk nombor yang lebih sesuai untuk mesin dan penukaran sebaliknya. Singkatan BCD. | Kamus Komputer |
| perduaan | berdasarkan atau ditandai dua benda atau dua bahagian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| perduaan(binary) | 1. Bersifat atau mempunyai dua ciri. 2. Sistem nombor yang berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1. | Kamus Komputer |
| digit perduaan | digit sifar atau satu dlm sistem perduaan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| digit perduaan | ist digit 0 atau 1 dlm sistem perduaan notasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| titik perduaan(binary point) | Titik yang memisahkan bahagian integer atau angka bulat nombor perduaan daripada bahagian pecahannya. Misalnya, 1011.0111. | Kamus Komputer |
| fail perduaan(binary file) | Fail komputer yang mengandungi atur cara atau data dalam bentuk kod perduaan. | Kamus Komputer |
| alamat berkod perduaan(binary-coded address) | Alamat simpanan atau daftar yang dinyatakan dalam bentuk nombor perduaan. | Kamus Komputer |