| peristiwa bahasa | Id sesuatu kejadian yg berkaitan dgn perkembangan bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hantu I | 1. ciptaan khayalan manusia yg menakutkan atau menggerunkan; bahasa ~ bahasa yg dipakai oleh pawang; jari ~ jari tengah; kena ~ = dirasuk ~ sakit kerana diganggu hantu; disapa ~ = tersapa ~ = ditegur ~ demam kerana ditegur hantu; 2. ki pengintip rahsia; ~ mata-mata pengintip rahsia bagi polis; 3. ki orang yg sangat jahat (buruk dll): ~ judi orang yg sangat suka berjudi; anak ~ anak yg sangat jahat; rupanya spt ~ rupanya tersangat buruk; 4. yg tumbuh liar, yg tumbuh dlm hutan: kacang ~; limau ~; pisang ~; ~ air hantu yg terdapat di air (di sungai dll); ~ angin hantu yg boleh mengaramkan kapal; ~ aru-aru hantu hutan; ~ bungkus hantu yg berupa mayat berbungkus; ~ bunian siluman (orang halus yg tinggal di hutan); ~ gunung (laut, rimba, sungai) hantu yg menjaga (menghuni) gunung (laut, rimba, sungai); ~ jembalang, ~ puaka, ~ tanah hantu-hantu penunggu; ~ raya hantu peliharaan utk menjadi pengawal (suruhan) tuannya; ~ toyol hantu peliharaan utk disuruh mencuri; takut di~ terpeluk ke bangkai prb mendapat kesusahan kerana takut akan sesuatu yg tidak patut ditakutkan; berhantu ada hantunya, kemasukan (kerasukan) hantu; menghantu 1. menjadi hantu; 2. ki menimbulkan rasa takut (gelisah, resah, dsb): malam tambah ~; dia bersiar-siar ke luar kota utk melupakan kesibukan kota yg ~; menghantui 1. ki mengganggui (fikiran), mengusik (jiwa): peristiwa ngeri itu terus ~ fikirannya; 2. mempengaruhi (dgn cara menakut-nakutkan): dgn sikapnya yg agresif dia ~ manusia ke arah kekacauan dgn semboyan revolusi proletariat; kehantuan sifat atau perbuatan yg dikaitkan spt hantu: ia disejajarkan dgn sifat-sifat ~, kejelikan, dan kejahatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dokumentasi | /dokuméntasi/ bukti atau keterangan (buku lama, surat khabar dll) yg terkumpul: ~ perkamusan yg tersimpan di Dewan Bahasa dan Pustaka masih belum lengkap. filem ~ filem yg menunjukkan peristiwa-peristiwa yg berlaku dlm masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sumber | 1. mata air, perigi, sumur; ~ minyak telaga minyak; 2. asal, mula, punca: cukai eksport merupakan ~ kewangan negara yg penting; bahasa ~ sesuatu perkataan bahasa asal sesuatu perkataan (yg telah menyerap ke dlm bahasa yg lain); bersumber berasas (pd), bersandar (pd): konsep sejarah ~ pd peristiwa-peristiwa yg berunsurkan kebenaran hakiki; bersumberkan mempunyai sesuatu sbg sumber: buku yg ditulis ~ falsafah Yunani; kita tidak dapat menafikan lagi bahawa undang-undang akhlak yg semulia-mulianya haruslah ~ al-Quran dan Sunah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dokumentasi | /dokuméntasi/ bukti atau keterangan (spt buku lama, surat khabar dll) yg terkumpul: ~ perkamusan yg tersimpan di Dewan Bahasa dan Pustaka masih belum lengkap. filem ~ filem yg menunjukkan peristiwa-peristiwa yg berlaku dlm masyarakat. | Kamus Pelajar |
| batu tanda | a) batu yg menunjukkan jarak di antara satu tempat ke satu tempat yg lain; b) peristiwa penting dlm sejarah, kehidupan, dll: peristiwa itu menjadi ~ tanda bermulanya sejarah perkembangan bahasa dan sastera Melayu di tanah air kita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| peristiwa | sesuatu (hal dll) yg berlaku (menarik perhatian dll), kejadian, perkara: pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu ~ yg penting dlm sejarah negeri ini; sekali ~ sl pd suatu kejadian; ~ bahasa Id sesuatu kejadian yg berkaitan dgn perkembangan bahasa; ~ sejarah kejadian-kejadian penting (besar) dlm sejarah; berperistiwa bersejarah; hari ~ hari yg bersejarah (kerana berlakunya kejadian penting). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gila | 1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya): kelakuannya spt orang ~; rumah (sakit) ~ rumah sakit tempat menggubat orang gila; anjing ~ anjing yg kena penyakit, anjing yg berbahaya; 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa; anyam ~ anyam yg tidak tentu coraknya; harga ~ harga yg bukan biasa, terlalu mahal (murah); main ~ melakukan sesuatu sekehendak hati sahaja (spt meninggalkan tugas atau kerja sesuka hati, berzina, dll); 4. ki terlalu gemar (asyik, sayang, cinta, dll) akan sesuatu: dia tu ~ menengok wayang; ~ angau sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila urat; ~ anjing = penyakit anjing ~ sj penyakit virus yg berbahaya pd anjing; ~ asyik (berahi, hati) terlalu cinta (asyik); ~ babi = ~ sawan sj penyakit ayan, pitam (sawan) babi, epilepsi; ~ bahasa = ~-~ bahasa rempang bahasa, kurang sihat sedikit atau tidak panjang fikirannya (cepat marah, pemberani, tidak malu, dll perangainya); ~ bayang cinta akan seseorang yg tidak tahu akan cintanya (tidak dibalas); ~ bayang-bayang perasaan ingin akan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh; ~ gadis (perempuan) terlalu gemar akan perempuan; ~ hormat sangat suka dihormati (dimuliakan) orang; ~ isim gila kerana tersalah mengamalkan (menuntut) ilmu batin; ~ judi terlalu suka bermain judi; ~ kebangsaan selalu bersemangat (berusaha) utk memperjuangkan (memajukan) bangsanya; ~ kuasa sangat ingin mendapat kuasa; ~ pangkat a) sentiasa ingin mendapat (mengejar) pangkat; b) berubah kelakuannya (sikapnya) setelah mendapat pangkat tinggi; ~ politik selalu asyik dgn cita-cita (kegiatan-kegiatan) politik; ~ renang = ~-~ air agak kurang sihat ingatannya (fikirannya); ~ seks kecenderungan atau keinginan yg melampau (kuat) terhadap aktiviti seksual; ~ talak tidak sihat fikirannya kerana bercerai (selalu teringat-ingat akan bekas isteri atau suaminya); ~ urat sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila angau; tiap ~ tiap berkongkong, tiap mandi tiap bergosok prb spt orang yg berbicara, setiap kali berbicara, setiap kali membayar belanja perbicaraan; gila-gila 1. bertingkah laku, bersikap dsb spt orang gila, seolah-olah, seakan-akan atau pura-pura gila: ini bukanlah tempat dan masanya utk bergurau dan berperangai ~; watak ~ ini memang susah juga, tetapi ada seronoknya; 2. berbuat dgn sekehendak atau sesuka hati tanpa memikirkan akibat atau kesannya dsb: dia memang suka memandu kereta ~ tanpa memikirkan keselamatan orang lain; 3. melampaui had atau batas yg sepatutnya, berlebih-lebihan, keterlaluan, bukan-bukan: suatu langkah yg berkesan harus diambil segera utk membendung kenaikan harga barang keperluan yg ~ sejak kebelakangan ini; bergila-gila 1. = gila-gilaan, menggila berkelakuan (berperangai dll) spt orang gila (tidak menggunakan fikiran, mengikut perasaan sahaja); 2. = tergila-gila terlalu amat ingin (suka, asyik, cinta, berahi) akan sesuatu: anak-anak muda sekarang banyak yg ~ mahu hidup di bandar; kulihat banyak gadis yg ~ kepadanya; 3. = menggila semakin sangat, menjadi-jadi, berlebih-lebihan; menggila 1. menjadi-jadi, bergila-gila: batuknya ~; peperangan sudah ~; 2. berkelakuan spt orang gila, bergila-gila: di dlm hatinya berharapkan semoga musuhnya akan ~ terus kepadanya; 3. berasa sangat asyik (suka, gemar, dll): pemuda yg ~ kepadanya; 4. menyebabkan gila (sangat kasih, suka sekali, dll); 5. berjalan (belayar dll) dgn laju sekali, tiada teratur dll (bkn kereta, kapal, dll): di jalan raya, motokar makin ~; korvet-korvet ini kian ~ di atas air spt ular kena palu; menggilai 1. terlalu mengasihi (mencintai, mengingini, dll): siapa nama perempuan yg digilainya?; memperoleh sotong-sotong yg ~ cahaya api; 2. = menggilakan Mn menjaga (memelihara, melayani, dll) baik-baik; menggilakan 1. menjadikan (menyebabkan) gila, membuat supaya gila; 2. = mempergilakan menganggap (melayani dll) spt orang gila, mempermainkan (memperolokkan); 3. Mn menjaga (memelihara); tergila-gila terlalu suka (ingin, asyik, dll) sangat: jangan ~ sangat hendak kahwin; tergila-gilakan terlalu sangat suka (ingin, asyik, cinta, dll) akan (seseorang atau sesuatu): abang sudah ~ gadis lain; ~ kuasa; kegilaan 1. perihal gila; 2. terlampau sangat suka (asyik): pemuda-pemuda yg ~ dan kedahagaan wanita mengajak pelayan-pelayan itu berbual; penulis-penulis muda di Singapura ~ mengadakan perjumpaan; 3. keadaan (peristiwa dll) yg tidak biasa atau berlebih-lebihan: memandang ~ alam dgn warna-warna senjanya yg keras, terang, pekat, kacau dan menakutkan; peristiwa seumpama itu ialah peristiwa yg boleh dikatakan ~; 4. ketololan, kebodohan; kegila-gilaan 1. sedikit gila, agak gila; 2. seakan-akan gila tampaknya: kalau diteruskan, hasilnya adalah bercorak ~ sahaja; gelak ketawa yg terlalu ~; 3. terlalu suka (asyik, gemar, dll) sangat, tergila-gila. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jalan | 1 tempat lalu lintas (kenderaan atau manusia) yg dibina drpd batu dan tar, tanah merah dll: ~ ke rumah saya belum bertar lagi. 2 ikhtiar; cara; akal: Ia mencari ~ utk mengambil buah yg tinggi itu. 3 gerakan (kereta, jarum jam dsb): Kereta ini laju ~nya. 4 perkembangan sesuatu peristiwa (cerita dsb): ~ cerita. ~ bahasa gaya penggunaan bahasa dlm sesebuah cerita (novel, prosa dsb). ~ belakang a. jalan masuk melalui pintu belakang. b. perbuatan yg tidak mengikut undang-undang. ~ buntu a. = ~ mati jalan yg tidak ada sambungannya. b. tidak dpt diteruskan lagi; terhenti. ~ fikiran cara berfikir. ~ keluar a. jalan tempat keluar. b. cara menyelesaikan sesuatu perkara yg telah buntu. ~ raya jalan yg besar dan bertar. ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kedai dsb. ~ tengah keputusan atau pendapat yg diambil antara dua pendapat yg berbeza. berjalan 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. berjalan-jalan 1 bersiar-siar dgn berjalan kaki atau dgn kenderaan: Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. 2 (pergi) makan angin atau melancong: Pd cuti sekolah yg lalu, mereka pergi ~. menjalani menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. menjalankan 1 mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. perjalanan 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tamparan | 1. pukulan dgn tapak tangan, tepukan: dia terkenang pd ~ suaminya; 2. ki pukulan (ombak dll), tempuhan (angin): ~ ombak yg tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan; 3. peristiwa, kritikan, dsb yg tidak menyenangkan hati: isu bahasa itu memberikan ~ yg hebat kepadanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |