| titik(point) | Unit terkecil bagi maklumat grafik dalam suatu permukaan paparan, grid, atau carta. | Kamus Komputer |
| titik tetap(fixed point) | Sistem nombor yang mewakili nombor dengan satu set digit yang mempunyai titik asas yang berkedudukan tetap. Misalnya, 679.345 merupakan nombor perpuluhan yang mempunyai titik perpuluhannya di tempat yang tetap. | Kamus Komputer |
| titik terapung(floating point) | Bentuk perwakilan nombor yang kuantitinya diwakili oleh suatu nombor, yang disebut mantisa, darab dengan kuasa bagi dasar. Misalnya, 0.0001234 atau 0.1234 ยด 10-3 dapat dilambangkan dalam bentuk titik terapung sebagai .123E -03. | Kamus Komputer |
| titik sisipan(insertion point) | Kedudukan tempat teks atau aksara dimasukkan ke dalam dokumen sedia ada. | Kamus Komputer |
| titik permulaan(entry point) | 1. Tahap permulaan yang perlu dicapai oleh sistem komputer bagi melaksanakan sesuatu kegunaan. 2. Tahap bagi kawalan atur cara memasuki suatu rutin atau prosedur. | Kamus Komputer |
| titik perduaan(binary point) | Titik yang memisahkan bahagian integer atau angka bulat nombor perduaan daripada bahagian pecahannya. Misalnya, 1011.0111. | Kamus Komputer |
| titik mula(start point) | Lihat titik permulaan. | Kamus Komputer |
| titik longgokan(dump point) | Tempat yang dikhaskan dalam atur cara untuk melonggokkan kandungan ingatan dan taraf sistem. | Kamus Komputer |
| titik intip(spy point) | Kedudukan dalam atur cara yang diletakkan untuk membolehkan pengatur cara mengawasi perjalanan atur cara tanpa memberhentikan atur cara. | Kamus Komputer |
| titik data(data point) | Nilai kedudukan data pada grid atau carta. | Kamus Komputer |