Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pungut
Kata Terbitan : memungut, pungutan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
referendum(réferéndum) pemungutan suara rakyat berhubung dgn sesuatu dasar politik, dsb yg penting, pungutan suara: dgn ~ ini, semua rakyat ditanyai buah fikiran mereka berkenaan sesuatu masalah yg besar.Kamus Dewan Edisi Keempat
undi1. sesuatu utk memilih atau menentukan sesuatu (mis siapa yg akan mendapat sesuatu, memulakan sesuatu permainan, dll); buah ~ ark dadu; buang ~ = membuang ~ menentu-kan (memilih) dgn undi; kena ~ menang dlm undi (terpilih dll); kertas ~ kertas yg ditandakan sbg menunjukkan pilihan; main ~ a) main loteri; b) ark bermain dadu; men-cabut ~ menentukan sesuatu dgn mencabut atau menarik kertas dsb undi; 2. = undian pemilihan seseorang atau penentuan sesuatu dgn penandaan pd kertas undi (pungutan suara dsb): ~ kaum wanita merupakan 50% drpd seluruh ~ negara; berundi sedang memilih (menentukan dll) dgn undi; mengundi 1. menentukan (memilih dll) dgn membuang undi; baiklah kita ~ siapa yg me-musingkannya dahulu; 2. = ~ suara memutuskan sesuatu dgn mengira undi (memungut suara dll), memilih (menentukan dll) sesuatu dgn membuang undi: setelah diundi, beliau telah terpilih menjadi Yang Dipertua Persatuan itu lagi; Peguam Negara boleh di-lantik menjadi ahli jawatankuasa Parlimen, tetapi dia tidak boleh ~; memperundikan menentukan (membahagi-kan, memberikan, menetapkan, dll) dgn cara diundi: lapangan tempat meletak kereta akan diperundikan antara mereka yg berkereta; undian 1. sesuatu yg diundi, loteri; ~ wang loteri (wang); menarik ~ mendapat hadiah dlm undian wang dll, menang loteri; 2. hasil mengundi, pemilihan undi: pd hari ini, ter-paksalah wakil-wakil dilantik dgn ~ ramai; 3. ki cubaan (utk menentukan sesuatu), ujian; pengundian perihal (perbuatan, proses, dsb) mengundi, pemilihan dgn cara mengundi: pengumuman keputusan ~ memilih pucuk pimpinan UMNO; pengundi 1. orang yg mengundi: bilangan ~ yg berdaftar di seluruh Tanah Melayu dijangka meningkat hingga tiga juta orang; ~ hantu pengundi tidak berdaftar yg muncul dgn tiba-tiba saja dlm sesuatu pengundian (pilihan raya dsb); 2. sesuatu yg digunakan utk mengundi (kertas, surat, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
pungutansesuatu yg dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat;Kamus Dewan Edisi Keempat
pungut; memungut 1 mengambil sesuatu yg ada di bawah atau di tanah: Dia membongkok lalu ~ wangnya yg terjatuh di jalan itu. 2 mengambil hasil drpd tanam-tanaman (spt memetik bunga, buah): Sekarang kaum petani mula ~ hasil tanaman mereka. 3 mengutip cukai (tambang, sewa dll): Pd tiap-tiap awal bulan, datanglah dia ~ sewa rumahnya. 4 mengambil faedah (untung) drpd sesuatu: Orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg ~ hasilnya. ~ derma mengutip wang utk derma. ~ suara mengundi dgn mengambil persetujuan (suara). pungutan apa-apa yg dipungut: wang ~. pemungutan perbuatan atau hal memungut: ~ yuran; ~ cukai. pemungut orang yg memungut: ~ zakat; ~ hasil tanah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pungut;memungut1 mengambil sesuatu yg ada di bawah atau di tanah: Dia membongkok lalu ~ wangnya yg terjatuh di jalan itu. 2 mengambil hasil drpd tanam-tanaman (spt memetik bunga, buah dll): Sekarang kaum petani mula ~ hasil tanaman mereka. 3 mengutip cukai (tambang, sewa dll): Pd tiap-tiap awal bulan datanglah dia ~ sewa rumahnya. 4 mengambil faedah (untung) drpd sesuatu: Orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg ~ hasilnya. ~ derma mengutip wang utk derma. ~ suara mengundi dgn mengambil persetujuan (suara). pungutan apa-apa yg dipungut: wang ~. pemungutan perbuatan atau hal memungut: ~ yuran; ~ cukai. pemungut orang yg memungut: ~ zakat; ~ hasil tanah.Kamus Pelajar
pungut; anak ~ anak orang lain yg dipelihara dr kecil (anak angkat); mak ~ mak kpd anak pungut; saudara ~ orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang, saudara angkat; memungut 1. mengambil atau mengutip se­suatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau me­metik (karangan dll), mengambil atau memin­jam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, meng­ambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, meng­ambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua; memunguti memungut (mengambil) berkali­-kali; memungutkan memungut (mengambil) se­suatu utk orang lain; pungutan sesuatu yg dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat; pemungutan perbuatan memungut: ~ hasil (cukai dll); ~ suara; pemungut 1. orang yg memungut: ~ derma; ~ sampah; ~ zakat; 2. orang yg mengetuai jabatan memungut hasil dll: ~ hasil tanah; ~ hasil setem.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas