Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
keluh1. kata-kata dsb yg melahir­kan rasa sedih (kerana menderita sesuatu), rintihan; 2. = berkeluh-kesah melahirkan rasa sedih atau susah hati (dgn kata-kata rintihan atau suara merintih), mengeluarkan rasa hati (yg berkaitan dgn kesusahan atau penderitaan yg dialami); 3. = berkeluh-kesah tidak tenteram fikiran (kerana kese­dihan, penderitaan, kebimbangan, dsb), geli­sah: maka Tuanku Malim Deman tiadalah matanya beradu, ~-kesah seorang dirinya; keadaan kemarau yg berterusan itu membuat kaum petani di daerah itu berkeluh-kesah; ~-kesah sayu keluh-kesah yg menunjukkan kesedihan (dgn kata-kata yg sayu); ~(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran prb, Mn kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan; berkeluh = mengeluh; mengeluh melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb), berkeluh-kesah, merintih: kenaikan harga barang menyebabkan orang-orang kampung ~; dia termenung panjang lalu ~; mengeluhkan mengeluh tentang sesuatu perkara (keadaan dsb) yg mendukacitakan, merintihkan: ia ~ kepincangan-kepincangan dlm masyarakatnya; keluhan 1. kata-kata mengeluh, keluh-ke­sah, rintihan: ~ dan sungutan ini memang perkara biasa, tidak menghairankan lagi; 2. tarikan serta hembusan nafas yg panjang (sbg menandakan kesedihan, kekesalan atau penderitaan): yg terdengar hanya ~nya; kekeluhan perihal mengeluh: nada ~; pengeluh 1. orang yg suka (kerap) menge­luh; 2. bersifat suka mengeluh.Kamus Dewan Edisi Keempat
keluh-kesah1. kata-kata dsb yg melahir­kan rasa sedih (kerana menderita sesuatu), rintihan; 2. = berkeluh-kesah melahirkan rasa sedih atau susah hati (dgn kata-kata rintihan atau suara merintih), mengeluarkan rasa hati (yg berkaitan dgn kesusahan atau penderitaan yg dialami); 3. = berkeluh-kesah tidak tenteram fikiran (kerana kese­dihan, penderitaan, kebimbangan, dsb), geli­sah: maka Tuanku Malim Deman tiadalah matanya beradu, ~-kesah seorang dirinya; keadaan kemarau yg berterusan itu membuat kaum petani di daerah itu berkeluh-kesah; ~-kesah sayu keluh-kesah yg menunjukkan kesedihan (dgn kata-kata yg sayu); ~(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran prb, Mn kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
memegahkanmendatangkan (menimbul­kan) rasa megah, membanggakan: di hadapan mereka itu berjejal motokar yg serba ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyantaikanmenyebabkan atau me­nimbul­-kan rasa santai: pemandangan di situ amat ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
menganehkanmenganggap aneh, menim­bul­kan rasa hairan, menghairankan: sungguh ~ apa yg dikatakannya itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
cita rasa1. rasa spt sedap (lazat dsb); 2. kegemaran dan pilihan, kegemaran dan kecenderungan: setiap penonton mempunyai keinginan, ~ atau pandangan yg tertentu, khusus utk sesebuah rancangan terbitan RTM; bercita rasa mempunyai cita rasa; bercitarasakan mempunyai atau berdasar­kan sesuatu sbg cita rasa: adalah bagus sekiranya perlumbaan ini ~ budaya Malaysia.Kamus Dewan Edisi Keempat
penangguhanperihal menangguhkan (wak­tu dll): setiausaha pertubuhan itu menya­ta­kan rasa dukacitanya di atas ~ mesyuarat itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
menjijikkan1. berasa jijik akan, meng­anggap jijik; 2. menimbulkan (men­datang­kan) rasa jijik: perangaimu itulah yg ~ kami;Kamus Dewan Edisi Keempat
aneh(anéh) tidak spt yg biasa dilihat (didengar dsb), pelik, ganjil (bkn benda, perbuatan, dll): ~ sangat kelakuannya; kejadian yg ~; menganehkan menganggap aneh, menim­bul­kan rasa hairan, menghairankan: sungguh ~ apa yg dikatakannya itu; keanehan 1. sesuatu yg aneh, sifat (ciri dsb) yg aneh: tiap-tiap bahasa mempunyai ~ sendiri; 2. perihal aneh, keluarbiasaan, keganjilan: orang ramai masih bercakap-cakap tentang ~ kejadian itu; penganehan perihal menganehkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pahit I1. rasa spt rasa hempedu: terasa ~ sedikit minuman keras itu; mendapat kopi ~ a) mendapat kopi yg tidak bergula; b) kena marah; 2. ki menyakitkan hati, menyusahkan hati (perasaan): semua perkataannya ~ dan melukakan hati belaka; kenyataan yg ~; 3. ki tidak senang, susah, sukar, payah: betapa ~nya kehidupan orang-orang kampung; 4. sukar utk ditanggung atau diterima: peristiwa ~ yg diharungi mereka; ~(-pahit) darah panjang umur; ~ getir = ~ maung = ~ pahang kesulitan atau kesusahan yg bermacam-macam; ~ lepang Kl pahit benar; ~ meninggal (peninggal) a) bagai melekat di tekak (rasa pahit); b) sesudah di­makan baru terasa pahit; c) kemudiannya baru ternampak (terbukti) ketidakjujurannya; ~ peria Kl buruk (keji) tetapi berfaedah atau disukai; ~ dahulu, manis kemudian prb yg rumit (sulit dll) hendaklah dijelaskan atau dibincangkan dahulu (dlm perjanjian) supaya senang kemudiannya; sepahit; ~ semanis bersama-sama menderita dan bersuka; ~-pahit mambu, kelatnya menjadi ubat prb perkataan yg keras tetapi me­ngandungi pengajaran itu mendatangkan ke­baikan; berpahit-pahit 1. bersusah payah, bersusah-susah, berpayah-payah: ~ dahulu bermanis-manis kemudian; 2. berterus terang me­nyatakan sesuatu (yg buruk dan yg baik); memahitkan menyebabkan pahit, menjadi­kan pahit; kepahitan 1. perihal pahit; 2. ki kesusahan, kegetiran, penderitaan: sama-sama kami mengalami ~ hidup.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas