| nisbah ralat(error ratio) | 1. Nisbah kadar kehilangan data berbanding dengan data yang selamat diterima. 2. Nisbah kadar kesilapan yang berlaku bagi sesuatu pengendalian. 3. Nisbah kadar kesilapan dalam dokumen yang ditaip. | Kamus Komputer |
| nisbah pengendalian(operating ratio) | Kadar peratus jumlah masa pemproses benar-benar bekerja berbanding dengan jumlah masa pemproses dihidupkan. Nisbah ini digunakan sebagai ukuran kecekapan penggunaan pemproses. | Kamus Komputer |
| nisbah keaktifan(activity ratio) | 1. Nisbah jumlah rekod dalam fail yang mempunyai keaktifan berbanding dengan jumlah keseluruhan rekod dalam fail. 2. Nisbah jumlah kerja dalam suatu masa bagi projek perkakasan atau perisian. | Kamus Komputer |
| nisbah bidang(aspect ratio) | Nisbah untuk menyatakan kaitan di antara ketinggian dengan kelebaran skrin paparan, tingkap, fon aksara, atau kawasan imej. | Kamus Komputer |