| renung I | ; merenung 1. memerhatikan dgn teliti, menatap: direnungnya muka anaknya lama-lama; 2. menjenguk, menjengul: ia ~ ke luar jendela; merenungi 1. memandang baik-baik, mengamat-amati dgn saksama, menatap(i): direnunginya wajah Siti Salina; lama juga ia ~ kitab itu; 2. memikirkan (sesuatu masalah dll), dgn mendalam; renungan 1. hasil merenung atau merenungi, tatapan, pandangan: malu rasa hatinya kerana ~ Sira Panji itu; drpd air muka dan ~ matanya nyatalah dia menyuruh gadis itu duduk; perenungan perbuatan dsb merenung(i): ~ tentang hubungan antara manusia sbg peribadi yg berdaulat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| renung; merenung | memandang dgn teliti atau dgn sungguh-sungguh; memperhatikan baik-baik: Dia ~ muka anaknya dan kemudian memanggil isterinya keluar. merenungkan memikirkan dalam-dalam; mempertimbangkan dgn sungguh-sungguh: Kita harus ~ nasihat ibu bapa kita. renungan 1 sesuatu yg difikirkan dalam-dalam; buah fikiran. <.b>2 cara (hal dsb) merenung atau merenungkan. | Kamus Pelajar |