| ria I | 1. gembira, girang, riang, sukacita: ia cukup ~ menerima ijazahnya; bersuka ~ berseronok-seronok, bersuka-suka; 2. ramai atau riuh (oleh suara orang bersuka-suka, berseronok-seronok, dll); ~ gembira tersangat ria; ~ riuh ramai bersuka-suka; beria-ria bergembira, bersenang-senang, berseronok-seronok, bersuka-suka; meriakan menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan, menyukakan: mengapa pula dia tidak dapat ~ hatinya? keriaan perihal ria (kegembiraan, kegirangan, keseronokan, kesukaan): apa yg bagiku merupakan ~, baginya merupakan kepedihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| seronok | perasaan yg menyenangkan (menyuka-kan) atau menyedapkan hati, sedap didengar (dilihat dll): mereka berasa ~ membuat lukisan atau pekerjaan tangan; sangat ~ melihat mereka menari; berseronok-seronok bersuka ria, bersenang-senang, bergembira, berfoya-foya: sampai hati dia ~ dgn perempuan lain sedangkan isterinya sedang terlantar sakit di rumah; menyeronokkan menimbulkan rasa seronok (nyaman, enak, dll): bagi orang yg sabar, bunga ini sungguh ~ dan menenteram-kan hati; keseronokan perihal (keadaan, rasa, dsb) seronok, kesedapan sesuatu yg menyebabkan seseorang dsb berasa seronok: kanak-kanak mempunyai kecenderungan dlm pelajaran yg mendatangkan ~ kpd mereka; ketidakseronokan perihal (keadaan, rasa, dsb) tidak seronok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rai | (ra.i); meraikan 1. menjamu (utk memuliakan, menghormati): tujuan kenduri ini ialah melepaskan orang yg hendak berjalan dan meletakkan orang yg tinggal, yakni ~ orang yg pergi dan memberi gembira dan sokongan bagi orang yg tinggal; 2. mengadakan keramaian, merayakan: sekalian tertunggu-tunggu hendak ~ temasya bersuka ria; kaum Sakai dlm hutan itu sibuk bersiap-siap kerana hendak ~ perkahwinan anak Batin mereka; keraian 1. jamuan (utk memuliakan dll): suatu majlis ~ diadakan di Istana Negara; 2. keramaian, perayaan: ~ menyambut Maulud Nabi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| riang I | sangat gembira, girang hati, suka hati: anak-anak sedang menari dan menyanyi dgn ~; ~ gembira suka dan gembira; ~ hati girang (senang) hati, suka hati, sukacita; ~ ria riang gembira; beriang; ~ hati = beriang-riang bersuka-suka, bergembira-gembira, bergirang-girang: hamba tidak melarang tuan-tuan bersuka-suka, beriang-riang hati tetapi tiap-tiap sesuatu ada hingga batasnya; meriangkan menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan hati; keriangan 1. = ~ hati perasaan sukacita, kesukaan, kegembiraan; 2. berasa riang, berasa sangat gembira: Salina ~ melihat gelagat Si Bulat; periang (orang yg) selalu riang: ia seorang yg ~ dan peramah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| acara I | 1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa khas akan menyusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3. kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~ kemuncak kegiatan atau persembahan terpenting (biasanya juga yg teristimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi; beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya); 2. Id memeriksa (membicarakan) perkara di mahkamah; mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum; mengacarai 1. mengelolakan atau mengendalikan sesuatu acara (pertandingan, majlis dsb): seorang muka baru akan ~ majlis pelancaran produk itu; 2. Id memulai percakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa,” aku ~ percakapan; mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacarakan pd malam penghabisan; 2. Id mengadukan (perkara); pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| susah | 1. perasaan tidak puas hati (kerana sukar, sulit, dll), perasaan tidak senang: pekerjaan makan gaji itu memang ~ pd mulanya, tetapi kalau sudah biasa kelak menjadi senang; 2. tidak mudah (mendapat, mencari, dll sesuatu), sukar, sulit: masa itu memang ~ hendak membeli kain baju, kalau adapun harganya mahal-mahal; 3. = ~ hati tidak senang hati, sedih hati, dukacita: jangan ~, nanti ia akan kembali lagi; 4. serba kekurangan, miskin, papa: ~ dan senang kehidupan kaum keluarga, tidaklah menjadi penghalang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. kesukaran, kesulitan: adalah suatu ~ kepadaku sebab tidak tahu bahasa Hindustan itu; bersusah 1. = ~ payah = bersusah-susah melakukan sesuatu dgn susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu): Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar memberitahu dunia luar bahawa dunia Arab bersatu dlm hal itu; 2. = ~ hati berasa susah hati, berdukacita: dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi; menyusahi menjadikan (mendatangkan) susah, mengganggui: tak usah disusahi aku, bukannya apa-apa, aku cuma pening sahaja sedikit; menyusahkan 1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan yg kompleks; 2. menjadikan susah (sedih, risau, dll), mendukacitakan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg disusahkan; mempersusah menjadikan lebih susah: jangan dibiarkan hati tersandung duka, jangan fikiran dipersusah; kesusahan 1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan: separuh drpd ~ yg dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan; 2. menanggung susah, kepayahan: janganlah kamu biarkan pd masa ia dlm ~ atau keuzuran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| senang | 1. (serba) mudah, tidak ada kesulitan (perkara yg susah-susah), tidak ada yg me-nyusahkan: kerja mereka ~ dan mudah; makanan yg murah dan ~ mendapatnya utk memberikan tenaga ialah karbohidrat; 2. suka, mesra: kalau begitu, saya tidak ~ kpd engkau lagi; 3. berasa puas (enak, nyaman, gembira, dll), rehat: sehari-hari disuruhnya belajar tak satu, satu, tidak boleh ~; belum pernah dia tidur tengah hari, atau berbaring-baring dgn ~nya melainkan sentiasa dlm pekerjaannya; 4. bahagia (hidupnya), tidak susah atau melarat: susah dan ~ kehidupan keluarga mereka, tidaklah menjadi peng-halang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. ki bersahaja (percakapan dll), tenang: Lili meneruskan kata-katanya dgn tenang dan ~;~ cakap mudah memperkatakan sesuatu tetapi mengerjakannya (mengusahakannya) belum tentu; ~ hati berasa puas (gembira); ~-lenang berbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang; ~ sentosa sentiasa dlm aman bahagia; bersenang; ~ diri = bersenang-senang ber-buat sesuatu dgn senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka: kasihan, sepatut-nya engkau duduk ~-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; kita pun tualah sedikit, kita hendak ~-senang sentiasa; bersenangkan, bersenang-senangkan; ~ diri bersenang-senang; ~ lelah sl melepaskan lelah, berehat; menyenangi berasa senang (gembira) akan, suka akan, menyukai: dlm memilih jalan tengah, kami tahu kami tidak akan disenangi oleh pihak kiri dan pihak kanan; saya lebih ~ teater; tidak ada suatu pun yg kusenangi; menyenangkan 1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (perjalanan): utk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kpd beberapa kumpulan; 2. meng-gembirakan, menyukakan hati: muka yg satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesung-guhnya ~; 3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dll), memuaskan: hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yg tidak ~; 4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan: ia tidak dapat hendak memberikan ubat yg boleh ~ penyakit itu; 5. menjadikan senang (bahagia, mewah): aku nak menolong awak, nak ~ awak juga; kesenangan perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan: segala perintah dan hukumnya itu menuju kpd suatu perkara yg besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat; ~ dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| anjing | 1. sj binatang yg menyalak (ada yg dipelihara utk menjaga rumah dsb dan ada yg liar); 2. ki barua, tali barut, angsama, mun-cikari, jaruman, pinang muda: dia menjadi ~ musuh kerajaan; ~ air memberang, berang-berang, Lutra spp.; ~ ajak = ~ geladak anjing yg tidak dipelihara; ~ arau anjing belang putih hitam; ~ hitam ki orang jahat yg sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kpd umum; ~ hutan anjing liar yg hidup dlm hutan, Cuon alpinus; ~ koreng anjing yg bergaris-garis kuning dan hitam; ~ kumbang = ~ lotong anjing yg berwarna hitam; ~ ladang anjing belang hitam dan kuning tua; ~ laut sj mamalia laut, Halichoerus grypus; ~ langsat anjing yg berwarna kuning langsat; ~ nibung anjing yg berwarna kuning kecoklat-coklatan; ~ pandan anjing yg ber-warna merah; ~ penghidu anjing yg dilatih khas utk mengesan dadah, menjejaki pen-jenayah dsb; ~ polis anjing yg terlatih utk membantu polis menjejaki penjenayah, mengesan dadah dsb; ~ sabun anjing yg berwarna putih; ~ serigala sj anjing liar yg hidup dlm hutan; ~ sokom anjing yg berbintik-bintik hitam; ~ tanah sj serangga, Gryllotalpa vulgaris; ~ tarikan sj anjing yg digunakan oleh orang Eskimo utk menarik heretan mereka dsb; ~ diberi makan nasi bilakan kenyang prb sia-sia memberi nasihat yg baik kpd orang jahat; ~ ditepuk menjungkit ekor prb orang yg tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong; ~ galak, babi berani prb berani sama berani, kuat sama kuat; ~ itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yg banyak tulang prb orang yg tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman); ~ itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya; ~ mengulangi bangkai prb laki-laki yg meng-ulangi perbuatan yg tidak senonoh (perem-puan jahat dll); ~ menyalak bukit mahukah runtuh = beberapa pun ~ menyalak bukit bolehkah runtuh prb bagaimanapun orang yg jahat mencela orang yg baik tidak akan ada akibatnya; ~ tiada bercawat ekor prb se-suatu yg hina dan tidak berguna tidaklah indah pd mata sekalian orang; bagai ~ beranak enam prb dikatakan kpd perempuan yg kurus sekali kerana melahirkan anak; bagai ~ melintang denai prb seseorang yg sombong menunjukkan kesombongannya; bagai ~ menyalak di ekor (di pantat) gajah prb orang yg lemah hendak melawan orang yg berkuasa; bagai ~ tersepit di pagar prb seseorang yg dlm kesusahan serba salah halnya; bangsa ~ kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga prb orang yg biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yg jahat; bagai disalak ~ bertuah prb tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (bkn anak-anak yg tidak dapat ditolak kehendaknya); melepaskan ~ tersepit (sesudah lepas dia menggigit) prb menolong orang yg tidak tahu membalas budi; sbg ~ terpanggang ekor prb dikatakan kpd seseorang yg mendapat kesusahan yg amat sangat, sehingga kian ke mari mencari pertolongan; spt ~ berebut tulang prb dikatakan kpd orang tamak yg merebutkan harta; spt ~ berjumpa pasir prb orang yg selalu ria hati kerana mendapat benda yg disukainya; spt ~ beroleh bangkai prb dikatakan kpd orang tamak yg mendapat sesuatu dgn mudahnya; spt ~ dgn kucing prb ibarat orang yg selalu berbantah; spt ~ kedahuluan prb Mn seseorang yg didahului oleh orang yg lebih mulia (kaya) dlm hal meminang gadis dll; spt ~ kepala busuk prb orang yg telah diketahui kejahatannya, ke mana ia pergi dihinakan orang juga; spt ~ lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam prb orang yg melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan; spt ~ menggonggong bangkai prb dikatakan kpd orang laki-laki yg membawa perempuan jahat; spt ~ menggonggong tulang prb orang tamak yg hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yg habis; umpama ~ makan muntahnya prb orang yg tamak itu tidak membezakan yg baik dgn yg jahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |