| ribaan | bahagian paha yg menghala ke atas ketika duduk (bersila dll): spt bulan jatuh ke ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| ribaan | pangkuan: anak yg kecil itu duduk di atas ~ ibunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pangku | riba, ribaan: tuanku Malim Deman bersenda gurau dgn tuan Puteri Bungsu, pujuk, ~, belai, menghabiskan kesukaannya; berpangku (duduk, tidur, dll) di atas pangku: dia menjenguk ke dlm seketika dan mendapati orang banyak, ada yg sedang ~-pangku; anak kecil selalu berkehendakkan kebiasaannya itu umpamanya tidur berkipas, tidur ~, tidur berbuai; ~ tangan tidak berbuat apa-apa, tidak melakukan apa-apa kerja; memangku 1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), meriba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. mengelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggantikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Mahahakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pangkat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah menghabiskan harta tetapi hendaklah mencari keuntungan; pangkuan 1. ribaan: ia membaringkan Masdi di atas ~nya; 2. ki kalangan, lingkungan: Irian Barat telah kembali ke ~ ibu pertiwi; ia membaca doa perlahan-lahan supaya Jospin dikembalikan semula ke ~ mereka; pemangkuan 1. perbuatan memangku; 2. perbuatan mengelolakan (negara, tanah,dll); pemangku 1. orang yg memegang sesuatu jawatan; 2. timbalan (raja, pegawai, dll); ~ raja timbalan raja: Tun Abdul Razak, ~ Perdana Menteri; 3. orang yg menyelenggarakan pemerintahan dll, pengelola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| riba I | , = ribaan bahagian paha yg menghala ke atas ketika duduk (bersila dll): spt bulan jatuh ke ~. beriba duduk di atas riba. meriba meletakkan di atas riba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| riba I | = ribaan pangkuan: anak yg kecil itu duduk di atas ~ ibunya; beriba duduk di atas riba (pangkuan); meriba memangku: isterinya ~ anaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pangkuan | 1. ribaan: ia membaringkan Masdi di atas ~nya; 2. ki kalangan, lingkungan: Irian Barat telah kembali ke ~ ibu pertiwi; ia membaca doa perlahan-lahan supaya Jospin dikembalikan semula ke ~ mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| haribaan | pangkuan, ribaan: si Hitam melihat Berontak datang menyembah ke ~ orang tua itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cendera II | sl lena atau nyenyak (tidur): maka raja pun tidurlah di ribaan Hang Jebat terlalu sangat ~nya; jendera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyungkum | meniarap dgn muka mencecah atau kena pd tanah dll, menekapkan muka pd (ribaan ibu dll); ~ tanah sujud; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sungkum | ark; menyungkum meniarap dgn muka mencecah atau kena pd tanah dll, menekapkan muka pd (ribaan ibu dll); ~ tanah sujud; tersungkum tersembam (muka ke tanah dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |