Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jika (kata tugas)
Bersinonim dengan kalau, sekiranya, seandainya, kalau-kalau, misal kata, katakanlah, senyampang, takdirnya.,

Peribahasa

566

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh,'' kataku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(22)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nilai1 taksiran harga sesuatu benda: Berapa ~ kereta ini? 2 harga sesuatu barang jika dibandingkan dgn harga barang lain: ~ ringgit Amerika pd masa ini kian merosot. 3 mutu; taraf: Buku ini sangat tinggi ~nya. ~ pH ist ukuran yg menunjukkan kealkalian atau keasidan sesuatu larutan (biasanya 7 utk neutral, kurang drpd 7, asid dan lebih drpd 7, alkali). ~ tara nilai pd nama atau pd perkataan saja (bkn duit dsb): Wang kertas seringgit ~ taranya bersamaan dgn 0.290299 gram emas tulen. bernilai mempunyai nilai; berharga: Barang-barang ini ~ 500/- ringgit. menilai me­nentukan nilai (harga sesuatu barang dsb); menaksir. ternilai dpt dinilai; dpt diberi harga: tidak ~ tidak dpt diberi harga. nilaian 1 harga; taksiran. 2 se­suatu yg dinilai; hasil menilai: Dosa ialah segala ~ keburukan. penilaian per­buatan atau hal menilai; penaksiran: Tiap-tiap orang membuat ~ yg berbeza. penilai orang yg menilai; penaksir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nilai1 taksiran harga sesuatu benda: Berapa ~ kereta ini? 2 harga sesuatu barang jika dibandingkan dgn harga barang lain: ~ringgit Amerika pd masa ini kian merosot. 3 mutu; taraf: Buku ini sangat tinggi ~nya. ~ pH ist ukuran yg menunjukkan kealkalian atau keasidan sesuatu larutan (biasanya 7 utk neutral, kurang drpd 7, asid dan lebih drpd 7, alkali). ~ tara nilai pd nama atau pd perkataan saja (bkn duit dsb): Wang kertas seringgit ~ taranya bersamaan dgn 0.290299 gram emas tulen. bernilai mempunyai nilai; berharga: Barang-barang ini ~ 500/- ringgit. menilai menentukan nilai (harga sesuatu barang dsb); menaksir. ternilai dpt dinilai; dpt diberi harga: tidak ~ tidak dpt diberi harga. nilaian 1 harga; taksiran. 2 sesuatu yg dinilai; hasil menilai: Dosa adalah segala ~ keburukan. penilaian perbuatan atau hal menilai; penaksiran: Tiap-tiap orang membuat ~ yg berbeza. penilai orang yg menilai; penaksir.Kamus Pelajar
merugikan1 menyebabkan rugi; mendatangkan rugi: Pemogokan itu telah ~ syarikat tsb berjuta-juta ringgit. 2 membawa atau mendatangkan sesuatu yg tidak baik: Tidaklah ~ jika ia terus belajar di sekolah malam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merugikan1/ menyebabkan rugi; mendatangkan rugi: Pemogokan itu telah ~ syarikat tsb berjuta-juta ringgit. 2 membawa atau mendatangkan sesuatu yg tidak baik: Tidaklah ~ jika ia terus belajar di sekolah malam.Kamus Pelajar
harga1 nilai sesuatu barang yg ditentukan dgn wang: Dia membeli satu kilogram ikan kembung dgn ~ sepuluh ringgit. 2 ki kehormatan (diri); nama baik: Dia tahu akan ~ dirinya. ~ borong harga barang yg dibeli secara borong (banyak-banyak). ~ jual (jualan) harga barang-barang yg dijual kpd pengguna. ~ kos ist a. perbelanjaan atau kos utk mengeluarkan sesuatu barang. b. harga barang jika dibeli secara borong (biasa­nya drpd pengeluar kpd penjual). ~ mati (tetap) harga barang yg tidak dpt ditawar lagi. ~ pasaran harga jualan. ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli. ~ runcit harga barang yg dibeli secara runcit (sedikit-sedikit dan lebih mahal drpd harga borong). ~ siling harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa. ~ tunai harga barang jika dibayar tunai. berharga 1 mempunyai harga; bernilai: Dia membeli sebuah kereta yg ~ tujuh puluh ribu ringgit. 2 tinggi nilainya; berfaedah; bermanfaat; pen­ting: Tugas penting bagi sesebuah muzium adalah mengumpulkan dan memelihara barang-barang yg ganjil, ~ dan ada nilai sejarahnya. menghargai 1 memberikan atau menentukan harganya; menilai: Dia tidak mahu menjual keretanya kerana orang ~nya terlalu rendah. 2 memuliakan; menghormati; menganggap penting; mengendahkan: Sbg ~ jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dianugerahi kehormatan “Order of Merit” oleh Raja England dlm tahun 1907. Nasihatnya tidak dihargai orang. terharga ternilai: tidak ~ tidak ternilai. penghargaan perihal (perbuatan) menghargai; penghormatan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jumlah1. campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar: ~ kerosakan ditaksirkan lebih drpd lima ratus ribu ringgit; 2. banyaknya, bilangannya: ~ wang yg diberi itu tidak memadai; sejumlah 1. sebanyak (yg dinyatakan): ke­rajaan telah membelanjakan ~ RM3 juta utk membina bangunan itu; 2. sebilangan (yg tidak dinyatakan jumlahnya): ~ besar penduduk negara ini beragama Islam; berjumlah mempunyai jumlah: hutangnya di kedai itu ~ dua ratus ringgit; menjumlah membuat kira-kira campur; menjumlahkan mencampurkan bilangan-bilangan menjadi satu: jika dijumlahkan semuanya wang itu cukup utk membeli se­buah rumah; terjumlah 1. terkumpul, telah dicampurkan; 2. termasuk dlm bilangan, terhitung: ke­luarganya ~ dlm golongan orang yg berada; terjumlahkan terkumpulkan, tercampur­kan; tidak ~ tidak terkira (terhitung); penjumlahan perihal atau perbuatan men­jumlahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
harga1. nilai sesuatu barang yg ditentukan dgn wang: Dia membeli satu kilogram ikan kembung dgn ~ tiga ringgit. 2. ki kehormatan (diri); nama baik: Dia tahu akan ~ dirinya. ~ borong harga barang yg dibeli secara borong (banyak-banyak). ~ jual (jualan) harga barang-barang yg dijual kpd pengguna. ~ kos ist a. perbelanjaan atau kos utk mengeluarkan sesuatu barang. b. harga barang jika dibeli secara borong (biasanya drpd pengeluar kpd penjual). ~ mati (tetap) harga barang yg tidak dpt ditawar lagi. ~ pasaran harga jualan. ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli. ~ runcit harga barang yg dibeli secara runcit (sedikit-sedikit dan lebih mahal drpd harga borong). ~ tunai harga barang jika dibayar tunai. berharga 1. mempunyai harga; bernilai: Dia membeli sebuah kereta yg ~ tujuh puluh ribu ringgit. 2. tinggi nilainya; berfaedah; bermanfaat; penting: Tugas penting bagi sesebuah muzium ialah mengumpulkan dan memelihara barang-barang yg ganjil, ~ dan ada nilai sejarahnya. menghargai 1. memberikan atau menentukan harganya; menilai: Dia tidak mahu menjual keretanya kerana orang ~nya terlalu rendah. 2. memuliakan; menghormati; menganggap penting; mengendahkan: Sbg ~ jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dianugerahi kehormatan “Order of Merit” oleh Raja England dlm tahun 1907. Nasihatnya tidak dihargai orang. terharga ternilai: tidak ~ tidak ternilai. penghargaan perihal (perbuatan) menghargai; penghormatan.Kamus Pelajar
rugi1. (dijual dll) lebih rendah drpd harga pokok, tidak mendapat keuntungan: jika suatu perniagaan itu ~, akan tibalah masa­nya modal utk menjalankan perniagaan itu habis; jatuh (menanggung, menderita) ~ tidak beroleh keuntungan; ~-~ untung walau­pun rugi ada baiknya juga; 2. kesusutan modal (kerana menjual lebih rendah drpd harga pokok): berjual beli getah pd masa ini akan mendatangkan ~; dia tidak sanggup lagi menanggung ~; ganti ~ = silih ~ wang dll sbg pengganti sesuatu yg rosak (hilang dll), pam­pas­­an; kira-kira untung ~ kira-kira yg me­nunjukkan untung dan rugi sesuatu per­niagaan; 3. tidak mendapat faedah (man­faat), tidak ada gunanya, sia-sia sahaja: ia berasa ~ datang menonton pertunjukan itu kerana apa yg disaksikannya adalah hasil seni yg amat murah; 4. sesuatu yg kurang baik (tidak berfaedah), mudarat: tidak ada ~nya kalau awak masuk belajar lagi di sekolah malam; 5. hilang, habis (wang dll): ia ~ kira-kira RM300 kerana menolong kawannya ber­kahwin; ~ barang (tempoh, tenaga, wang) habis barang (tempoh, tenaga, wang); ~ atas kertas kerugian akibat penurunan harga sesuatu sekuriti atau aset yg belum nyata kerana tidak dijual; ~ modal kerugian yg ditanggung drpd penjualan sesuatu sekuriti atau aset akibat drpd penurunan harga; ~ menen-tang laba, jerih menentang boleh prb harus bersusah payah (merugi dll) dahulu utk men-dapat sesuatu yg dikehendaki; berugi, merugi menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka be­rugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll); merugikan 1. menjadikan rugi, men­datang­kan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg ber­­­jalan selama tiga bulan telah ~ per­usa­haan itu berpuluh-puluh juta ringgit; ber­juta-juta ringgit hasil petani telah di­rugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja me­rugi: kerana menerima ceng­keram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. mem­­bawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali ber­niat hendak ~ hidupmu; kerugian 1. mengalami (menanggung, men­derita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan me­nimpa mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
jumlah1 campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar; jawapan drpd mencampurkan beberapa bilangan: Berapa ~nya jika 6981 dicampurkan dgn 1007? 2 banyaknya; bilangan: ~ anggota dlm persatuan itu ialah 300 orang. berjumlah mempunyai jumlah; banyaknya sekalian yg ada: Anak muridnya ~ 42 orang. menjumlah membuat hitungan campur: Dia sudah pandai ~ dan mendarab. menjumlahkan mencampurkan beberapa bilangan menjadi satu: Selepas ~ undi itu, didapati banyak orang yg tidak mengundi. terjumlah 1 terkumpul; telah dicampurkan. 2 termasuk dlm bilangan; terhitung: Namanya ~ dlm senarai orang jahat. sejumlah 1 sebanyak; banyaknya: Kerajaan telah mengeluarkan wang ~ dua juta ringgit utk projek itu. 2 sebahagian; sebilangan: ~ besar sebahagian besar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jumlah1. campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar; jawapan drpd mencampurkan beberapa bilangan: Berapa ~nya jika 6981 dicampurkan dgn 1007? 2. banyaknya; bilangan: ~ anggota dlm persatuan itu ialah 300 orang. berjumlah mempunyai jumlah; banyaknya sekalian yg ada:Anak muridnya ~ 42 orang. menjumlah membuat hitungan campur:Dia sudah pandai ~ dan mendarab. menjumlahkan mencampurkan beberapa bilangan menjadi satu: Selepas ~ undi itu, didapati banyak orang yg tidak mengundi. terjumlah 1. terkumpul; telah dicampurkan. 2. termasuk dlm bilangan; terhitung: Namanya ~ dlm senarai orang jahat. sejumlah 1. sebanyak; banyaknya:Kerajaan telah mengeluarkan wang ~ dua juta ringgit utk projek itu. 2. sebahagian; sebilangan:~ besar sebahagian besar.Kamus Pelajar
123

Kembali ke atas