| kapar | , = kaparan kayu atau sampah sarap yg hanyut di air. berkaparan bersepah di sana sini dgn tidak menentu; berserak-serak atau bertaburan di sana sini: Banyaklah orang yg mati dan mayat pun ~ di sana sini. terkapar terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berkaparan | bersepah di sana sini dgn tidak menentu; berserak-serak atau bertaburan di sana sini: Banyaklah orang yg mati dan mayat pun ~ di sana sini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berkaparan | bersepah di sana sini dgn tidak menentu; berserak-serak atau bertaburan di sana sini: Banyaklah orang yg mati dan mayat pun ~ di sana sini. | Kamus Pelajar |
| kapar | = kaparan kayu atau sampah sarap yg hanyut di air. berkaparan bersepah di sana sini dgn tidak menentu; berserak-serak atau bertaburan di sana sini: Banyaklah orang yg mati dan mayat pun ~ di sana sini. terkapar terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu. | Kamus Pelajar |
| percik | titik-titik air dll yg berserak-serak ke sana sini (setelah air terhempas ke batu dll), recik, renjis; berpercikan berhamburan, bersemburan, bertaburan ke sana sini (bkn benda cair spt air dll): air hujan dr bumbung rumah mencurah jatuh menimpa batu dan ~; memercik menghambur ke sana sini (utk titik air dll): kereta itu berjalan dgn laju menempuh air menyebabkan air itu ~ ke kaki lima; ombak menghempas ke batu dan air laut ~ ke udara; memerciki menaburkan titik-titik air kpd, merenjisi: baju yg hendak diseterikanya itu dipercikinya dgn air; memercikkan menyebabkan berpercikan (air dll), merenjiskan: seorang lepas seorang ~ air mawar pd kedua-dua pengantin yg sedang bersanding; kain yg dipercikkan dgn air emas kain yg disulam dgn air emas; terpercik 1. kena percik (air dll): tepuk air di dulang ~ muka sendiri juga; 2. memercik, keluar menghambur: air di dlm bekas itu ~ bajunya; percikan 1. sesuatu yg memercik (air dll), renjisan: sudah nampak ~ air dan budak-budak berenang dan menyelam; luka matanya kerana termasuk ~ karat; 2. fikiran (perasaan, sinar, dll) yg tiba-tiba timbul atau memancar: beberapa ~ telah terbit dlm fikirannya; kelihatan ~ cahaya matahari menyuluh langit berpinar-pinar; pemercik alat yg digunakan utk memercikĀkan air dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| guling-gelantang | tergolek-golek di sana sini, tergelimpang di sana sini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| guling-gantang | tergolek-golek di sana sini, tergelimpang di sana sini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| guling | ; ~-gantang = ~-gelantang tergolek-golek di sana sini, tergelimpang di sana sini; bantal ~ bantal panjang yg bulat (bantal golek); berguling bergulung (berpusing dll) berbalik-balik, bergolek: pd musim kemarau pokok Selaginella tergulung menjadi spt bola dan apabila ditiup angin ~lah ia ke merata tempat; berguling-guling berguling berkali-kali, bergolek-golek; bergulingan berguling-guling, bergolek-golek: meja dan kerusi tidak menentu letaknya, tin-tin kosong ~; mengguling bergolek, berguling, senget ke sisi (bkn perahu);menggulingkan 1. menyebabkan berguling: ~ kayu balak ke sungai; 2. ki menjatuhkan, meruntuhkan, mengalahkan: mereka diberitahu tentang satu komplot utk ~ kerajaan; 3. sl menggelengkan: Siti Wang Gemala pun ~ kepalanya; terguling telah digulingkan, tergolek: dlm pilihan raya lepas partinya ~; terguling-guling berguling-guling (dgn tidak sengaja), berpusing berbalik-balik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berlubang-lubang | 1. berlubang (dinding, jarum, dsb) di sana sini; 2. berlubang (tanah dsb) di sana sini, berlekuk-lekuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| recik | titik-titik air yg berhamburan ke sana sini; percik: ~ air hujan membasahi bajunya. merecik terhambur ke sana sini (bkn air dll); memercik: Dikibas-kibaskan tangannya yg basah itu dan air ~ ke lantai. mereciki merecik pd: Air hujan ~ langsir. merecikkan menyebabkan jadi merecik: Dia ~ minyak wangi sedikit pd bajunya. recikan sesuatu yg merecik (air dsb). perecikan perbuatan (hal dsb) merecik, mereciki atau merecikkan. perecik alat utk merecikkan (air dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |