| skrin pipih(flat screen) | Paparan komputer dan mesin kira yang mempunyai panel skrin yang nipis. | Kamus Komputer |
| skrin penuh(full-screen) | Keadaan apabila keseluruhan ruang skrin peranti paparan digunakan untuk paparan. | Kamus Komputer |
| skrin grafik(graphic screen) | Permukaan paparan untuk menayangkan output grafik janaan komputer. | Kamus Komputer |
| penyuntingan skrin penuh(full-screen editing) | Sifat perisian pemproses kata atau penyunting yang membolehkan pengguna menggerakkan kursor ke keseluruhan skrin untuk menjalankan kerja penyuntingan teks. | Kamus Komputer |
| skrin terpeta bit(bit mapped screen) | Skrin paparan yang dibahagi-bahagikan kepada petak yang disebut piksel. Piksel ini pula dikaitkan secara langsung dengan suatu kawasan ingatan paparan dalam ingatan utama komputer. Untuk melukis objek pada skrin, komputer hanya perlu menulis data ke dalam ingatan. | Kamus Komputer |
| skrin tak silau(non-glare screen) | 1. Skrin yang diletakkan di hadapan kaca pengawas video untuk mengurangkan silau cahaya daripada mengganggu mata pengguna sistem. 2. Skrin pengawas video yang mempunyai kemampuan mengurangkan silau. | Kamus Komputer |
| penyalut skrin tak memantul(non-reflective screen coating) | Penyalut skrin pengawas video yang diperbuat daripada bahan yang tidak memantulkan cahaya. Penyalut ini diletakkan di hadapan skrin pengawas video untuk mengurangkan silau pada pengguna. | Kamus Komputer |