| keselamatan komputer(computer security) | Perlindungan yang diberikan dari segi teknikal dan pentadbiran terhadap sistem komputer supaya tidak diceroboh, termusnah, atau tercemar secara sengaja atau tidak. | Kamus Komputer |
| keselamatan fizikal(physical security) | Peranti keselamatan, seperti penggera, penderia, kawalan pengawal, kunci, dan rantai yang digunakan untuk melindungi sistem komputer daripada pencerobohan secara fizikal. | Kamus Komputer |
| keselamatan fail(file security) | Kaedah atau mekanisme yang digunakan untuk melindungi fail daripada diceroboh. | Kamus Komputer |
| keselamatan data(data security) | Perlindungan yang diberikan dari segi teknikal dan pentadbiran terhadap data komputer supaya data tidak diceroboh, termusnah, atau tercemar secara sengaja atau tidak. | Kamus Komputer |
| ISA | kep Internal Security Act (Akta Keselamatan Dalam Negeri). | Kamus Dewan Edisi Keempat |