Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekelilingnya

Peribahasa

Kecil dikandung ibu,
     besar dikandung adat,
mati dikandung tanah.

Bermaksud :

Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
buta1. tidak dapat melihat: sekelilingnya hitam pekat bagaikan kedua-dua belah matanya benar-benar ~; 2. tidak terang melihat; ~ rabun = ~ radam mata kabur; 3. ki tidak tahu (menulis, membaca, dll), tidak dapat mengenal (warna, huruf): Karim memang ~ bahasa Inggeris; 4. dlm erti tidak ada (mempunyai) sesuatu; gaji (wang) ~ gaji tanpa bekerja; perigi ~ perigi yg tidak berair; surat ~ surat tanpa nama si pengirim; 5. kata utk menyatakan amat sangat; gelap ~ sangat gelap; malam ~ malam yg sangat gelap; pagi-pagi ~ pagi-pagi sangat; sepeser ~ pun tidak ada sesen pun tidak ada; ~ angka tidak pandai atau tidak tahu mengira; ~ ayam a) rabun (kabur mata) waktu senja; b) petang hari (sesudah waktu senja); ~ belalang buta tetapi mata tidak rosak; ~ belengset buta dgn kelopak mata bahagian bawah terkeleweh; ~ bular buta kerana mata berselaput; ~ celik = ~ cemik = ~ cemer buta dgn biji mata yg tidak rosak; ~ hati a) tidak berhati perut, kejam; b) gelap fikiran (tidak berpengetahuan); ~ kayu bp buta huruf; ~ kesip = ~ pecah buta dgn biji mata yg pecah (rosak); ~ komputer tidak tahu atau tidak pandai menggunakan komputer; ~ larangan tidak dapat melihat jauh; ~ malam buta pd malam hari; ~ mereluh buta langsung; ~ perut a) bp tidak menggunakan akal fikiran, tidak berakal (dlm melakukan sesuatu perbuatan); b) ki asal makan saja (tidak peduli rasa makanan); ~ rengga Kl bermacam-macam jenis buta; ~ siang buta pd siang hari; (mem)buta tuli tidak peduli, tidak mengendahkan sesuatu apa; ~ warna tidak dapat membezakan warna, tidak tahu warna apa sesuatu warna itu; bagai si ~ pergi bergajah prb pekerjaan yg sia-sia (tidak mungkin dapat dilakukan); bongkok baru betul, ~ baru celik prb orang yg hina dan papa kalau mendapat kesenangan maka mengada-ngada; orang ~ dapat tongkat, dipukulkan ~ tuli = spt si ~ baru melihat prb sombong kerana baru beroleh kekayaan (kemuliaan); orang ~ diberi bersuluh prb perbuatan yg sia-sia; spt orang ~ kehilangan tongkat prb berada dlm kesukaran; si ~ membilang bintang di langit prb membuat pekerjaan yg sia-sia; yg ~ peniup lesung prb walau bagaimanapun bodoh dan lemahnya orang, ada juga gunanya; membuta 1. berpura-pura buta; 2. bk tidur: saya sudah ~ waktu dia pulang malam tadi; 3. = ~ tuli = buta-butaan tidak mengendahkan sesuatu apa (berbuat sekehendak hati); membutakan membuat buta, mengakibatkan buta: perompak itu ~ kedua-dua belah mata mangsanya; kau pula hendak ~ hati aku; kebutaan perihal buta, keadaan buta.Kamus Dewan Edisi Keempat
bongak IVKl tanah yg tinggi (drpd sekelilingnya).Kamus Dewan Edisi Keempat
permatangjalan kecil yg tinggi sedikit drpd permukaan di sekelilingnya (di sawah dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
peranipadang yg berbentuk bundar dgn tempat penonton ditinggikan di sekelilingnya (spt tempat sarkas).Kamus Dewan Edisi Keempat
berparitmempunyai parit: kebun sayurnya agak luas, berpagar dan ~ di sekelilingnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggempakanmenjadikan bergempa; menggegarkan atau menggoncang: Letupan yg kuat itu telah ~ kawasan sekelilingnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
antisiklonkawasan yg tekanan udaranya lebih tinggi berbanding dgn tekanan udara di sekelilingnya sehingga menghasilkan keadaan cuaca yg tenang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nasi tingkasnasi putih yg dibubuh nasi kunyit (yg berwarna lain) di sekelilingnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tingkasnasi ~ nasi putih yg dibubuh nasi kunyit (yg berwarna lain) di sekelilingnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggempakanmenggoncangkan, meng­gegarkan dgn keras (tanah dll): letupan bom itu ~ tempat di sekelilingnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas