| mengenal pasti | mengetahui serta menentukan, mengetahui sehingga dapat menyatakan dgn pasti: kerajaan akan memperhebat lagi usaha bagi ~ bidang perusahaan baru yg boleh disertai oleh usahawan Melayu; polis telah ~ ketiga-tiga orang lelaki yg terbabit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kemakmuran | perihal makmur (mewah, serba cukup, sejahtera, dll): ~ sesebuah negeri bergantung terutama sekali pd kerajinan penduduk-penduduk negeri itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kenal pasti | ; mengenal pasti mengetahui serta menentukan, mengetahui sehingga dapat menyatakan dgn pasti: kerajaan akan memperhebat lagi usaha bagi ~ bidang perusahaan baru yg boleh disertai oleh usahawan Melayu; polis telah ~ ketiga-tiga orang lelaki yg terbabit; pengenalpastian perihal (usaha dsb) mengenal pasti: makluman itu dapat membantu pihak pentadbir dlm proses ~ pelajar-pelajar yg memerlukan kelas pemulihan dlm bahasa Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dan I | 1. kata yg menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat): saya ~ dia; ada orang yg menyanyi ~ ada pula yg menari; ~ juga serta; 2. selanjutnya, seterusnya (biasanya pd permulaan ayat sbg meneruskan sesuatu yg telah diperkatakan terlebih dahulu); ~ lagi tambahan lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| makmur | 1. mempunyai hasil yg banyak (daerah, negeri, dll), mempunyai penduduk yg banyak dan cukup kehidupannya: negeri Jepun adalah negeri yg paling ~ di Asia pd masa ini; 2. bp hidup mewah (serba cukup dll), tidak kekurangan apa pun: nampaknya engkau ~ sekarang; persemakmuran persekutuan negara-negara yg pernah dijajah oleh British, iaitu Komanwel; memakmurkan memajukan supaya makmur: ia diberi tugas utk ~ daerah yg mundur itu; kemakmuran perihal makmur (mewah, serba cukup, sejahtera, dll): ~ sesebuah negeri bergantung terutama sekali pd kerajinan penduduk-penduduk negeri itu; pemakmuran perihal (perbuatan, tindakan dsb) memakmurkan: sumbangan ini amat membantu utk membina ~ budaya ummah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |