| sosiologi | ilmu pengetahuan ttg masyarakat (termasuk cara kehidupannya, pertumbuhannya dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sosiologi | kajian tentang perkembangan, organisasi, kehidupan, dsb masyarakat manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sosiologi | ilmu pengetahuan ttg masyarakat (termasuk cara kehidupannya, pertumbuhannya dll). | Kamus Pelajar |
| ilmu kemasyarakatan | sosiologi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sosiologis | IB mengenai sosiologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pensyaratan | proses mengenakan syarat: pelbagai disiplin memerlukan ~ yg lain pd ciri sosiologi sastera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berimplikasi | mempunyai implikasi: perhubungan antara fakta dgn teori yg ~ besar terhadap skop analisis sosiologi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tentatif | (téntatif) 1. tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah; 2. buat sementara waktu: beberapa langkah ~ diambil utk memasukkan sains sepenuhnya ke dlm skop sosiologi ilmu pengetahuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kemasyarakatan | keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| akses | (aksés) 1. (Komp) proses atau cara utk mencapai (memperoleh, menggunakan dsb) sesuatu data, maklumat dsb, capaian: pengguna akan diberi ~ internet secara automatik; pemohon dipercayai mempunyai ~ kpd rahsia negara; 2. peluang utk mendekati seseorang: ahli sosiologi tidak mudah memperoleh ~ kpd anggota masyarakat kelas atas; mengakses mendapat atau memperoleh akses kpd sesuatu (fail komputer, data, maklumat dsb): sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn lebih mudah dan cepat; dgn cara ini dapatlah murid-murid ~ buku dgn menggunakan kad pintar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |